omniture

Acronis True Image 2020 Automasikan Sandaran 3-2-1 sebagai Satu-satunya Penyelesaian Peribadi untuk Replikasi Sandaran Setempat dalam Awan

Acronis
2019-08-26 08:31 162

SINGAPURA, 26 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Acronis, peneraju global bagi perlindungan siber, hari ini melancarkan Acronis True Image 2020, versi baharu bagi penyelesaian perlindungan siber peribadi yang memenangi anugerah. Sebagai sebahagian daripada pengumuman, syarikat memperkenalkan versi baharu yang membolehkan pengguna untuk mereplikasi sandaran setempat dalam awan secara automatik – lalu menjadikannya penyelesaian peribadi yang pertama mengautomasikan peraturan sandaran 3-2-1 yang disarankan oleh hampir kesemua pakar perlindungan data.

Acronis True Image 2020, perlindungan unggul terhadap perisian hasad
Acronis True Image 2020, perlindungan unggul terhadap perisian hasad

Tambahan pula, ciri replikasi Dwiperlindungan hanyalah satu daripada lebih 100 penambahbaikan dan keupayaan baharu yang digabungkan ke dalam Acronis True Image 2020 yang direka untuk meningkatkan lagi prestasi, kawalan dan keselamatannya.

"Dengan mengambil kira betapa kita bergantung pada data hari ini, aset digital kita menjadi lebih bernilai berbanding sebelum ini. Namun demikian, penggunaan ini juga bermaksud kita berhadapan dengan lebih banyak data dan lebih banyak peranti berbanding sebelum ini. Melindungi kesemuanya daripada risiko ancaman siber yang semakin meningkat membawa beberapa cabaran – seperti peningkatan kerumitan, keselamatan dan kebimbangan kos," kata Serguei "SB" Beloussov, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Acronis. "Dengan menjadikan perlindungan siber yang komprehensif mudah, cekap dan terjamin, Acronis dapat membantu individu-individu memastikan semua data mereka dilindungi."

Keluaran ini merupakan penyelesaian terkini oleh syarikat yang merealisasikan visi perlindungan sibernya yang menggabungkan perlindungan data tradisional dan keselamatan siber dalam satu penyelesaian. Hasil daripada pendekatan ini, Acronis True Image 2020 ialah satu-satunya penyelesaian peribadi untuk menangani kesemua Lima Vektor Perlindungan Siber -- menjamin keselamatan, kebolehcapaian, privasi, ketulenan dan sekuriti data (SAPAS).

Pendekatan unik ini bermakna Acronis True Image 2020 dapat memberi perlindungan siber yang mudah, cekap dan terjamin kepada pengguna di rumah, pengguna profesional (prosumer) dan perniagaan yang dijalankan di rumah.

Sandaran yang mudah, andal

Sebagai penginovasi yang diiktiraf dalam industri, Acronis telahpun menyediakan beberapa "ciri pertama" yang direka untuk melindungi data pengguna. Kemajuan ini termasuk menjadi yang pertama menawarkan sandaran imej penuh kepada pengguna di rumah dan sandaran pertama menawarkan kebolehan untuk mengklon cakera sistem – kedua-dua Windows dan Mac – apabila ia sedang digunakan. Selain itu, ia masih merupakan satu-satunya penyelesaian sandaran peribadi yang menyediakan pertahanan anti-perisian hasad bersepadu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan, selain pensijilan dan penentusahan ketulenan data berasaskan rantaian blok. Mendayakan replikasi automatik sandaran setempat dalam awan merupakan yang terkini dalam rekod prestasi syarikat melibatkan inovasi canggih.

Di samping itu, Acronis True Image 2020 menjadikannya lebih mudah untuk pengguna menyimpan semua data, aplikasi dan sistem mereka dengan selamat. Meskipun makmal bebas telahpun menyimpulkan bahawa Acronis True Image adalah sehingga 10 kali lebih pantas berbanding persaingan, keluaran tahun 2020 itu memperkenalkan format sandaran baharu yang memberikan prestasi keseluruhan yang lebih baik, termasuk kelajuan sandaran dan pemulihan yang lebih pantas. Ia juga membolehkan pengguna menyemak imbas fail dalam sandaran awan mereka dengan lebih pantas.

Pusat Pemberitahuan Dulang baharu menyediakan pengguna dengan kemas kini mutakhir tentang status sandaran agar mereka dapat menyelesaikan isu-isu dengan segera. Mereka juga akan menerima berita terkini untuk meningkatkan perlindungan siber mereka.

Hasil daripada komitmen syarikat untuk menjamin keselamatan data dengan sandaran yang andal, pemimpin-pemimpin industri seperti Tech Data kerap mengesyorkan Acronis True Image kepada pelanggan mereka.

"Berbanding tahun sebelumnya, permintaan terhadap penyelesaian perlindungan siber daripada rakan-rakan kongsi Tech Data berkembang pesat dan Acronis merupakan jenama yang paling pantas berkembang dalam segmen tersebut dengan lebih 1 petabait data yang kini CyberFit hasil daripada penyelesaian mereka," kata Daniel Isidro, Pengurus Produk Komersial, ESD, Tech Data. "Dengan Acronis True Image 2020, kami dapat memberi perlindungan siber yang mudah, berkesan dan selamat kepada pelanggan pengguna profesional (Prosumer) kami, memberi mereka ketenangan minda sama ada data mereka disimpan secara setempat atau dalam awan. Kami dapat melihat pertumbuhan mantap menerusi platform ESD Digital On-Demand kami dengan pertumbuhan lebih 50% berbanding tahun sebelumnya."

Kawalan lebih hebat

Selain daripada teknologi lebih baik pada sandarnya, Acronis True Image 2020 memastikan pengguna dapat menyimpan data mereka dengan selamat di mana-mana pun mereka berada. Keluaran baharu ini membolehkan pengguna memilih rangkaian Wi-Fi yang dibenarkan oleh mereka untuk membuat sandar dan beroperasi melaluinya, membolehkan mereka untuk mengelakkan sambungan meter dan rangkaian awam tidak selamat yang boleh memberi risiko kepada data mereka.

Pengguna juga ingin memastikan sandar tidak mengganggu penggunaan komputer mereka, seperti membuat sandar yang mengakibatkan penyusutan kuasa bateri komputer riba semasa mereka menggunakannya. Dengan Acronis True Image 2020, pengguna mengawal apabila sandar berjalan semasa komputer riba beroperasi pada kuasa bateri. Mereka dapat mengelakkan penghasilan sandar apabila menggunakan bateri semata-mata atau menyesuaikan tahap kuasa minimum -- maka, sekiranya bateri berada di bawah kapasiti 40%, sandar tidak akan dilaksanakan.

Lebih selamat terhadap ancaman siber

Sejak tiga tahun lalu, Acronis True Image menjadi satu-satunya penyelesaian sandaran peribadi dengan pertahanan anti-perisian hasad terbina dalam yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan. Teknologi bersepadu ini, yang dikenali sebagai Acronis Active Protection, menghentikan serangan perisian tebusan dan perampasan kripto pada waktu nyata – memulihkan sebarang fail yang terjejas secara automatik.

Tidak lagi mengimbas corak perisian hasad yang diketahui, teknologi ini memantau sistem untuk mengesan tingkah laku yang menunjukkan serangan. Hasil daripada pendekatan ini, ia amat berkesan untuk mengesan dan menewaskan sebarang jenis serangan, termasuk strain perisian hasad yang belum pernah dilihat sebelum ini. Bahkan, ia dapat menyekat lebih 400,000 serangan perisian hasad tahun lalu.

Meskipun jelas berkesan, syarikat meningkatkan pertahanan berkuasa AI ini bagi tujuan pelancaran Acronis True Image 2020. Versi baharu menyediakan model pembelajaran mesin yang dipertingkat untuk menjadikan Acronis True Image 2020 lebih berkesan bagi menghentikan semua jenis serangan siber.

"Kebanyakan pengguna di rumah memahami nilai dan keperluan untuk membuat sandar bagi maklumat digital mereka bagi mencegah kehilangan data. Namun demikian, ramai yang tidak menyedari keluasan dan kerumitan yang semakin meningkat melibatkan serangan berniat jahat seperti perisian tebusan. Acronis telah membangunkan pendekatan komprehensif terhadap perlindungan siber, yang menggabungkan kedua-dua sandar dan keselamatan siber yang dibawakan dalam platform bersepadu awan tunggal untuk kegunaan peribadi," kata Andrew Smith, Pengurus Penyelidikan, Kumpulan Sistem, Platform dan Teknologi Infrastruktur di IDC. "Kemas kini untuk True Image akan membantu pengguna memastikan sandar yang automatik dan selamat, di samping turut meningkatkan keupayaan pengguna untuk mengesan dan mencegah ancaman siber moden."

Harga dan Ketersediaan

Tiga versi Acronis True Image disediakan:

  • Standard ialah lesen kekal yang direka untuk pelanggan yang menyimpan data mereka pada pemacu setempat sahaja. Tiada storan awan atau ciri-ciri berasaskan awan disertakan. Menyediakan sandaran setempat dengan bilangan peranti mudah alih tanpa had. Harga bermula pada $49.99 untuk satu komputer.
  • Lanjutan (pilihan paling popular) ialah langganan selama setahun termasuk 250 GB Storan Awan Acronis dan akses kepada semua ciri berasaskan awan, termasuk sandar setempat dan awan dengan bilangan peranti mudah alih tanpa had. Harga bermula pada $49.99 setahun untuk satu komputer.
  • Premium ialah langganan selama setahun termasuk pensijilan data berasaskan rantaian blok dan keupayaan tandatangan elektronik, selain 1 TB Storan Awan Acronis. Bermula dengan harga $99.99 setahun untuk satu komputer.

Semua versi termasuk Acronis Active Protection, pertahanan anti-perisian hasad berkuasa AI dan meliputi bilangan peranti mudah alih tanpa had. Pelanggan langganan boleh membeli storan awan tambahan sebagaimana yang diperlukan.

Latar Belakang Acronis

Acronis menerajui dunia dalam perlindungan siber - menyelesaikan cabaran keselamatan, kebolehcapaian, privasi, ketulenan dan sekuriti (SAPAS) dengan sandaran, keselamatan, pemulihan bencana dan penyelesaian penyegerakan dan perkongsian fail perusahaan yang beroperasi dalam persekitaran awan hibrid: di premis, dalam awan, atau di pinggir. Dipertingkat oleh teknologi AI dan pengesahan data berasaskan rantaian blok, Acronis melindungi semua data, dalam sebarang persekitaran, termasuk beban kerja dan aplikasi fizikal, maya, awan serta mudah alih. Dengan 500,000 pelanggan perniagaan dan komuniti seluruh dunia yang mantap melibatkan penyedia perkhidmatan didayakan API Acronis, penjual semula dan rakan kongsi ISV, Acronis dipercayai oleh 80% daripada syarikat Fortune 1000 dan mempunyai lebih 5 juta pelanggan. Dengan dua ibu pejabat di Switzerland dan Singapura, Acronis ialah sebuah organisasi global yang mempunyai pejabat-pejabat di seluruh dunia serta pelanggan dan rakan kongsi di lebih 150 negara. Ketahui lebih lanjut di acronis.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190821/2557904-1?lang=0

Source: Acronis
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology New products/services