omniture

Country Garden keluar laporan keputusan Separuh Pertama 2019

Keuntungan kasar naik 56.9%
Country Garden Holdings
2019-08-26 15:42 444

HONG KONG, 26 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pada 22 Ogos, Country Garden mendedahkan keputusan kewangannya untuk separuh pertama tahun 2019 di Hong Kong. Ini merupakan laporan hasil pertama Country Garden sejak pemaju hartanah China naik ke tempat ke-177 dalam senarai Fortune Global 500 bulan lepas. Dalam tempoh enam bulan yang lalu, syarikat terus menerajui industri dari segi jualan, dengan pendapatan, keuntungan kasar, keuntungan bersih dan penunjuk lain telah meningkat dengan ketara apabila dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas, manakala nisbah hutang bersih kekal selesa di bawah norma untuk industri. Semua penunjuk ini mempamerkan bahawa pemaju hartanah terus mengekalkan pertumbuhan yang mantap sepanjang tempoh tersebut.

Sehingga 30 Jun 2019, Country Garden merekodkan jualan berkontrak berjumlah 281.95 bilion yuan (lebih kurang US$39.8 bilion), meningkat 47.6% daripada separuh kedua 2018. Keluasan lantai kasar berkontrak mencapai 31.29 juta meter persegi, berterusan menerajui seluruh industri.

Dalam tempoh pelaporan, Country Garden mencatatkan pendapatan sebanyak 202.01 bilion yuan (lebih kurang US$28.5 bilion), naik 53.2% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan kasar berjumlah 54.86 bilion yuan (lebih kurang US$7.7 bilion), naik 56.9% berbanding tahun sebelumnya, dengan margin keuntungan kasar penyelesaian berjumlah 27.2%, peningkatan sebanyak 0.7 mata peratusan dalam tempoh yang sama tahun lepas. Keuntungan bersih berada pada 23.06 bilion yuan (lebih kurang US$3.3 bilion) untuk setengah tahun, peningkatan 41.3% berbanding tahun sebelumnya. Di samping itu, keuntungan bersih serta keuntungan bersih daripada aktiviti pasaran utama yang boleh diagihkan kepada para pemegang saham mencapai 15.64 bilion yuan (lebih kurang US$2.2 bilion) dan 15.98 bilion yuan (lebih kurang US$2.3 bilion) masing-masing, meningkat 20.8% dan 23.4%. Pada hari yang sama, lembaga pengarah syarikat mengisytiharkan dividen interim sebanyak 0.2287 yuan (lebih kurang US$ 03.2) sesaham, meningkat sebanyak 23.5% dari tahun sebelumnya.

Dalam tempoh itu, leveraj kewangan Country Garden kekal pada salah satu tahap terendah dalam kalangan rakan sebaya dalam industri, dengan nisbah pinjaman bersih sebanyak 58.5%, lebih rendah daripada tahap penolakan pembiayaan sebanyak 70% untuk tahun ke-12 berturut-turut. Country Garden telah menjadi salah satu daripada beberapa pemaju dalam industri yang mencapai kedua-dua pertumbuhan skala dan kawalan hutang. Walaupun mempunyai kawalan sistematik ke atas modal, syarikat kekal mempunayi aliran tunai positif pada setiap masa. Sehingga akhir bulan Jun 2019, syarikat mempunyai baki tunai sebanyak 222.84 bilion yuan (kira-kira US$31.5 bilion), mencakupi 12.8% daripada jumlah aset. Di samping itu, pemaju mempunyai keupayaan kredit bank berjumlah kira-kira 313.3 bilion yuan (lebih kurang US$44.2 bilion) dalam simpanan. Modal operasi yang banyak dan status kredit yang baik terus menyokong perkembangan mantap kumpulan ini.

Pada 17 Jun tahun ini, Country Garden dipilih sebagai salah satu daripada konstituen Hang Seng China Enterprise Index di Hong Kong. Firma ini sudah termasuk dalam Indeks Hang Seng China 25, Indeks Komposit Hang Seng dan Tanah Besar Hang Seng 100, mempamerkan bahawa pertumbuhan perusahaan dalam saiz korporat, keuntungan yang kukuh dan potensi pertumbuhan yang besar telah diiktiraf oleh para pelabur institusi. Country Garden diberi penarafan 'BBB-' oleh Fitch, 'BB +' oleh S & P dan 'Ba1' oleh Moody's (prospek stabil), yang semuanya menjadi bukti kukuh bahawa tiga agensi penarafan kredit berwibawa antarabangsa mempunyai keyakinan terhadap masa depan syarikat.

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Related Links:
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Earnings