omniture

Ekspo Bandar Pintar Dunia 2019 'Bandar Pintar, Menghubungkan Masa Depan' Bakal Berlangsung

- Acara bertaraf antarabangsa yang terbesar di rantau Asia Pasifik akan menyediakan pelbagai acara seperti persidangan, pameran dan acara penyertaan orang awam
World Smart City Expo (WSCE)
2019-08-26 16:59 387

ILSAN, Korea Selatan, 26 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- 'Ekspo Bandar Pintar Dunia 2019' (WSCE 2019)', acara bertaraf antarabangsa bandar pintar yang terbesar di rantau Asia Pasifik, dianjurkan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan (Menteri: Kim Hyun-mee) serta Kementerian Sains dan ICT (Menteri: You Young-min) dan dianjurkan bersama LH, K-water dan juga KINTEX, akan berlangsung di Goyang KINTEX mulai 4 hingga 6 September.

Ekspo Bandar Pintar Dunia 2019
Ekspo Bandar Pintar Dunia 2019

Gambaran Keseluruhan Ekspo Bandar Pintar Dunia (WSCE) 2019

Acara tahun ini menggabungkan Minggu Bandar Pintar Dunia dan Sidang Kemuncak Inovasi Bandar Pintar Asia, yang diadakan pada tahun 2017 serta acara-acara berkaitan bandar pintar Korea yang lain. Ia baru dinamakan sebagai 'Ekspo Bandar Pintar Dunia 2019'. Acara ini dipersiapkan untuk permulaan baharu sebagai acara bandar pintar yang terkemuka di dunia.

Di bawah tema 'Bandar Pintar, Menghubungkan Masa Depan', banyak jenis acara akan diadakan bukan sahaja untuk pakar bandar Korea dan antarabangsa, syarikat berkaitan, kerajaan dan organisasi antarabangsa yang berkaitan dengan bandar pintar, tetapi juga untuk penduduk seperti Makeathon, Idea Contest dan Talk Salon.

Majlis perasmian pada 4 September akan dihadiri oleh kira-kira 350 orang dari hampir 30 negara, termasuk pakar antarabangsa domestik, kerajaan, ahli perniagaan dan datuk bandar bagi bandar luar negara yang mengambil bahagian dalam pelbagai program semasa acara tersebut.

Di samping itu, pakar perancangan bandar yang terkemuka di dunia, Florida Richard, seorang profesor di Sekolah Pengurusan di University of Toronto, diundang sebagai penyampai ucaptama.

Acara tersebut khususnya dirancang untuk menyebarkan kesedaran awam dan kesepakatan tentang dasar bandar pintar dengan berkongsi pelbagai idea tentang bandar pintar menerusi penyertaan daripada semua penduduk, iaitu kanak-kanak dan golongan dewasa.

Talk Salon, yang akan diadakan dalam bentuk rancangan bual bicara, diwujudkan untuk meningkatkan pemahaman orang awam tentang bandar pintar melalui tafsiran dan perspektif humanistik serta akan dibuka kepada semua orang. Profesor Jeong Jae-seung, Perancang Induk Bandar Pintar Rintis bagi Sejong 5-1 Life Zone, yang dipromosikan sebagai projek dasar teras kerajaan, akan membimbing rancangan bual bicara berkenaan dengan tema 'Sejauh Mana Anda Mengetahui tentang Bandar Pintar?' di KINTEX pada 5 September.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190822/2558882-1-a?lang=0

Source: World Smart City Expo (WSCE)
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Internet Technology Telecommunications Trade show news Future Events