SINGAPURA, 28 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Sektor logistik global sedang berkembang pesat seiring dengan perdagangan antarabangsa yang berkembang maju manakala rantaian bekalan global dijangka menjadi lebih cekap, lebih pintar dan mampan bagi menyokong aliran serta pertukaran modal dan juga maklumat. Toshiba berkongsi bagaimana logistik generasi akan datang dan penyelesaian pengurusan penghantaran yang cekap dapat membantu menangani keperluan yang meningkat ini.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_20190828.shtml
Robot yang tidak memerlukan arahan lebih awalan
Menggunakan sensor canggih untuk pengecaman imej, model-model maya untuk mensimulasikan keadaan yang rumit dan fungsi robot untuk mengautomasikan pengangkutan barangan, lingkungan tawaran perkhidmatan Toshiba dapat menyingkirkan operasi intensif tenaga buruh untuk menyumbang kepada persekitaran logistik yang lebih pantas dan lebih cekap. Salah satu teknologi daripada Toshiba ialah De-Palletizer Robot, yang menggunakan teknologi robotik untuk menginovasi kerja-kerja di tapak-tapak logistik.
Satu ciri tersendiri ialah ia tidak perlu diajar, yang mana ia mengenali keadaan kotak dan menentukan apa yang perlu dilakukan dengannya secara automatik. Ia menggunakan kombinasi teknologi kamera dan sensor Toshiba untuk menilai pelbagai faktor, mengenali keadaan kotak secara automatik dan mengendalikannya sendiri.
Ia juga mempunyai fungsi cengkaman dua-sisi (mekanisme ortogon) yang terdiri daripada cengkaman, dilengkapi dengan cawan sedutan yang melekat pada bahagian atas kotak dan sisi yang berhampiran dengan robot, apabila ia menggerakkan objek tersebut. Ia juga dapat menggerakkan kotak yang diperbuat daripada bahan-bahan mudah pecah, seperti yang mempunyai tebukan pada bahagian atas, dengan selamat dan tanpa menyebabkan kerosakan.
Robot ini dapat mengendalikan maksimum 500 hingga 600 kotak sejam tanpa sebarang masa henti, mengurangkan penglibatan manusia dan meningkatkan kecekapan. Ia dapat menyediakan sumber manusia untuk tugas-tugas lain dan membantu meningkatkan kecekapan di tapak-tapak ini secara keseluruhan. Robot ini dapat kekal dengan fungsi tidak perlu diajar pada masa depan, walaupun apabila produk-produk yang dikendalikan menjadi lebih pelbagai atau rumit, kerana teknologi pengecaman imej.
Pengautomatan, menggunakan AI dan pembelajaran mesin, menerajui usaha dari segi bagaimana kita beroperasi dalam persekitaran logistik. Pada masa depan, Toshiba merancang untuk menggabungkan pembelajaran mendalam dan teknologi-teknologi baharu yang lain untuk meningkatkan prestasi robot dan membawanya ke tahap yang jauh lebih tinggi, sama ada melibatkan fungsi pemuatan atau pengedaran ke pasaran-pasaran luar negara.
Untuk melihat pandangan selanjutnya, klik pada pautan di bawah:
https://www.toshiba-clip.com/en/detail/5903?utm_source=tapl&utm_content=506e
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190730/2537938-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190730/2537938-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190730/2537938-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190730/2537938-1-d?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190730/2537938-1logo?lang=0