omniture

LONGi terima lebih 2GW pesanan untuk modul Hi-MO4 dengan wafer M6 (166mm), tekankan keperluan ketekalan dalam piawaian

LONGi Solar
2019-08-28 21:00 447

XI'AN, China, 28 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- "Menjelang akhir tahun 2020, LONGi akan menaik taraf rangkaian sel dan modul sedia ada dan mengubahnya untuk tujuan pengeluaran dengan wafer 166mm. Rangkaian baharu - seperti rangkaian sel monohabluran 5GW di Yinchuan, akan direka untuk saiz 166mm dari peringkat awal," kata Wang Yingge, Ketua Pemasaran Global, LONGi Solar, "Buku pesanan untuk modul Hi-MO4 LONGi menggunakan wafer silikon monohabluran M6 telah melangkaui 2GW. Pengeluaran berskala besar akan bermula pada suku ketiga tahun 2019."

Saiz wafer yang lebih besar meningkatkan kawasan yang terdedah kepada cahaya, meningkatkan kuasa dan mengurangkan kos. "Peralatan melukis dan menghiris kristal sedia ada serasi dengan wafer silikon bersaiz 166mm. Kos peralatan pengeluaran untuk sel dan modul adalah lebih rendah dan lebih mudah dicapai. "Dihitung oleh 'fluks', tertib pengeluaran menggunakan wafer 166mm akan meningkatkan kapasiti sebanyak 13% berbanding dengan saiz 156mm," kata Profesor Shen Wenzhong, Pengarah, Institut Penyelidikan Tenaga Solar di Shanghai Jiaotong University. 

LONGi mengumumkan harga wafer silikon monohabluran M6 pada Mei 2019 pada harga 3.47 RMB/keping, iaitu hanya minimum 0.4 RMB premium berbanding dengan wafer M2. Keserasian tertib pengeluaran wafer dengan M6 akan memastikan bekalan berskala besar pada tahun 2019, mengurangkan perbezaan harga kepada kurang daripada 0.2 RMB, kata Wang Yingge.

Latar Belakang LONGi

LONGi ialah salah satu pengeluar solar yang terkemuka di China, dengan rantaian bekalan monohabluran bersepadu secara vertikal sepenuhnya bermula daripada jongkong silikon, wafer, sel kepada modul. Kapasiti sel dan modul syarikat masing-masing akan mencecah 10GW dan 16GW menjelang akhir tahun 2019 dan dijangka mencecah 15GW dan 25GW pada akhir tahun 2020.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO?lang=0

Source: LONGi Solar
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services