omniture

Deutsche Telekom perakui cipset NB-IoT UNISOC, IVY8908A

Kejayaan Pengesahsahihan Perkukuh Kedudukan UNISOC sebagai Peneraju dalam Domain NB-IoT
UNISOC
2019-08-29 03:07 275

SHANGHAI, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Dunia hari ini yang kita sedang menjalani kehidupan di dalamnya ialah ruang transformatif bagi data, kelajuan dan teknologi. Telefon, alat dan perkakas - kesemuanya bertukar menjadi lebih pintar dengan akses yang semakin berkembang kepada ketersambungan digital 24x7. Internet Pelbagai Benda, atau IoT, memainkan peranan yang amat besar dalam mengubah masa depan saling terhubung ini menjadi realiti yang ketara. Dalam usaha untuk mempercepatkan lagi visi ini, baru-baru ini Deutsche Telekom memperakui cipset NB-IoT UNISOC, IVY8908A sebagai salah satu penyelesaian NB-IoT yang disyorkan.

Namun demikian, apakah yang membuatkan perkembangan tersebut begitu penting dan mengapa ia disebut-sebut sebagai pengubah industri? Memahami hal ini memerlukan kita untuk memahami terlebih dahulu NB-IoT dan pembezaan yang dipermudahkan oleh UNISOC dengan IVY8908A.

Apa itu NB-IoT?

IoT jalur sempit atau NB-IoT sebagaimana ia biasa dikenali, ialah teknologi kawasan luas berkuasa rendah (LPWA) berasaskan standard yang akan mendayakan sejumlah besar peranti dan perkhidmatan IoT baharu di seluruh dunia. Ia dapat meningkatkan penggunaan kuasa, kapasiti sistem dan kecekapan spektrum bagi peranti pengguna. Teknologi ini disokong oleh semua pengeluar cipset dan peralatan mudah alih utama dan dapat wujud bersama dengan rangkaian mudah alih 2G, 3G dan 4G. Ia juga mendapat manfaat daripada rangkaian mudah alih daripada ciri-ciri keselamatan dan privasi seperti integriti data, pengesahan entiti dan sokongan untuk kerahsiaan identiti pengguna, antara lain.

Apakah yang ditawarkan oleh IVY8908A UNISOC?

IVY8908A UNISOC ialah penyelesaian NB-IoT cip-tunggal mod-tunggal yang inovatif dan amat bersepadu yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penghantar-terima RF, unit pemprosesan pusat, modem, keupayaan pengurusan kuasa, unit storan ROM/RAM, antara lain. IVY8908A menyokong protokol 3GPP Release 14, dengan penggunaan kuasa ultra rendah IoT jalur sempit, kapasiti yang lebih besar dan liputan yang luar biasa. Tambahan pula, ia mempunyai julat frekuensi meliputi 690~2200MHz dan dapat disesuaikan kepada rangkaian pembawa domestik dan luar negara. Ini menjadikannya sempurna untuk meter pintar, peranti pengesanan dan produk sedemikian yang lain.

Mengapa pensijilan Deutsche Telekom penting?

Deutsche Telekom ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu yang terkemuka di dunia dan kini menawarkan perkhidmatan kepada sekitar 178 juta pelanggan mudah alih, 28 juta talian rangkaian tetap dan 20 juta talian jalur lebar. Menerajui dalam penggunaan NB-IoT, Deutsche Telekom telahpun melancarkan secara komersial rangkaian NB-IoT di lapan negara Eropah, serta di Amerika Syarikat.

Setelah mendapat perakuan oleh Deutsche Telekom, IVY8908A UNISOC menjadi salah satu penyelesaian NB-IoT yang paling disyorkan dan telah disepadukan dalam Pengoptimum Penyelesaian IoT Deutsche Telekom.

Pengoptimum Penyelesaian IoT Deutsche Telekom ialah perkhidmatan berasaskan web yang membantu memodelkan dan menganalisis prestasi, keandalan dan kemampanan penyelesaian IoT yang direka di bawah keadaan penggunaan tertentu yang terus membimbing pelanggan untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian IoT yang bersedia untuk perniagaan. Penerimaan IVY8908A dalam Pengoptimum Penyelesaian IoT Deutsche Telekom memberi lebih banyak peluang kepada pelanggan untuk menyediakan produk-produk IoT yang matang.

Meskipun implikasi penuh pengumuman ini masih lagi belum dapat dilihat, ia sesuatu yang mengujakan apabila dapat menyaksikan pengusaha telekomunikasi utama mengambil langkah-langkah ketara ke arah memenuhi visi dunia yang amat saling terhubung dan didorong teknologi. Dengan lebih banyak pengusaha dalam domain ini bersiap sedia untuk menerima pakai penyelesaian IoT yang canggih, kami pasti dapat melihat lebih banyak inovasi dan keupayaan kejuruteraan produk yang dipertingkat membentuk teknologi masa depan dan mendorong pertumbuhan signifikan peranti IoT sepanjang dekad akan datang.

Source: UNISOC
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications