omniture

Pengusaha teknologi kewangan Singapura pimpin PKS tempatan dalam Projek Bandar Pintar Satu Jalur Satu Jalan utama

PLMP Fintech
2019-08-29 03:11 353

SINGAPURA, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Firma rantaian blok Singapura PLMP Fintech akan membawa kumpulan pertama PKS dan usahawan tempatan ke Kemboja pada minggu hadapan sempena jelajah penerokaan Bandar Pintar Rantaian Blok Creatanium akan datang di pinggir ibu kota Phnom Penh, yang akan melibatkan penerimaan rasmi bersama Duta Republik Kerajaan tersebut, Michael Tan.

Bandar Pintar PLMP Fintech ialah satu pembangunan utama yang akan diperkenalkan menerusi tiga fasa dalam Zon Pentadbiran dan Ekonomi Khas Kong Pisei, kawasan yang keluasannya mencakupi lebih 1 juta meter persegi yang mendapat kebenaran daripada Majlis Kerajaan dan Pembangunan (CDC) Kerajaan Kemboja sebagai projek kerjasama pertanian dan perindustrian China-Kemboja yang penting dalam inisiatif Satu Jalur Satu Jalan.

Antara zon teras industri dan perdagangan, taman demonstrasi serta tapak makanan dan pertanian, satu perlima daripada kawasan tersebut telah diperuntukkan kepada PLMP Fintech bagi tujuan pembinaan dan pengurusan kluster kediaman menerusi kondominium, unit berkembar, unit berasingan dan unit teres untuk penduduk SEZ daripada kalangan golongan profesional Kemboja dan ekspatriat antarabangsa. Kawasan tersebut juga akan menempatkan rumah kedai dan pusat membeli belah untuk menjadi hos kepada industri perkhidmatan yang berkaitan.

"Kami mempunyai bandar, penduduk dan aktiviti perniagaan berkaitan: lokasi yang ideal untuk melaksanakan suit penyelesaian rantaian blok kami, bermula dengan pengurusan hartanah sehinggalah kontrak pintar kepada e-bayaran," jelas Peter Lim, pakar strategi PLMP Fintech yang sengaja menangguhkan aplikasi digital ke fasa terakhir. "Teknologi terbaik sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan visi suatu kenyataan: atas sebab inilah begitu banyak projek gagal menjayakan apa yang telah dirancangkan."

Ketika kerja-kerja pembinaan diteruskan, PLMP Fintech telahpun mengintai peluang pengembangan rantaian blok Creatanium miliknya melangkaui kawasan kediaman dan komersial ke seluruh pelosok SEZ, yang mana pemprosesan harian dan transit produk-produk pertaniannya akan mendapat manfaat daripada pengesanan yang terjamin dan penyeragaman harga yang dicapai melalui platform dagangan komoditi yang berjaya dibangunkan oleh firma Singapura tersebut untuk Indonesia.

Sejajar dengan visi penubuhannya untuk mencipta rangkaian sebenar dan maya yang dapat memberi manfaat kepada perusahaan kecil-kecilan dan sederhana (PKS), PLMP Fintech bekerjasama dengan CSME, platform yang menghimpunkan perniagaan dari seluruh wilayah untuk memudahkan pengembangan ke luar negara mereka, yang mana tumpuan mereka masa kini adalah terhadap Bandar Pintar akan datang dan pelbagai peluang yang ditawarkan olehnya demi berkhidmat kepada ribuan penduduk.

Source: PLMP Fintech
Keywords: Computer/Electronics Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Blockchain Future Events