omniture

HRG Robotics Perkenal Kekuatan Inkubasi di WRC2019

HIT Robot Group
2019-08-29 03:13 248

BEIJING, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- HIT Robot Group (HRG Robotics atau "Kumpulan"), pengendali platform dan penyedia perkhidmatan untuk inovasi teknologi dan inkubasi syarikat baharu dalam industri-industri baru muncul, memperkenalkan inovasi robotiknya dan kekuatan menginkubasi di Persidangan Robot Dunia 2019 yang berlangsung mulai 20 hingga 25 Ogos di Beijing.

Semasa persidangan, inkubasi syarikat-syarikat robotik Kumpulan tersebut menggamit perhatian khususnya apabila Presiden Kumpulan Wang Meng berkongsi pengalaman syarikat dalam menginkubasi syarikat pendidikan robot perindustrian dalam satu ucapan di Forum Robot Dunia 2019, sebahagian daripada WRC 2019.

Dividen demografi sedang menghadapi tekanan kemerosotan dan dalam banyak industri, robot digunakan untuk memenuhi kapasiti pengeluaran, kata Wang, seraya menambah bahawa China telah menjadi pasaran robot perindustrian yang terbesar di dunia selama enam tahun berturut-turut. Pada awal tahun 2017, pelbagai kementerian mengeluarkan data yang menunjukkan bahawa industri pembuatan akan menyaksikan berlakunya kekurangan bakat yang besar menjelang tahun 2025.

Bagi memenuhi tuntutan terhadap pekerja-pekerja mahir dalam segmen pembuatan, pada tahun 2015, HRG Robotics mula menginkubasikan HRG EduBot, sebuah syarikat yang memberi tumpuan pada pendidikan robot perindustrian. Ia memperkenalkan aplikasi pendidikan dalam talian yang kini mempunyai lebih satu juta pengguna dengan 90,000 pengguna aktif harian serta menyediakan sokongan pengetahuan penyelidikan dan pembangunan kepada pengguna berusia 18 hingga 23 tahun dan latihan di tempat kerja kepada pengguna berusia 24 hingga 30 tahun. Setakat ini, HRG Edubot telahpun bekerjasama dengan hampir seratus buah sekolah di China bagi mewujudkan kurikulum latihan robot dan program-program profesional.

Melalui dedikasi Kumpulan untuk mewujudkan "Biosfera Robotik", satu inisiatif bagi merealisasikan penyepaduan optimum kesemua sumber dalam sektor robotik, HRG EduBot turut memanfaatkan sekolah-sekolah luar talian di Jiangsu, Anhui, Shandong, Jiangxi, Chongqing dan Guangdong, meliputi bandar-bandar utama dan kawasan-kawasan yang menyasarkan untuk membangunkan industri pembuatan pintar.

"Inovasi ialah daya penggerak asas Kumpulan ini dan bakat merupakan keutamaan kami, diikuti oleh tanggungjawab inkubasi kami. Kami memberi perhatian penuh dalam menangani masalah pembangunan dalam industri dan inkubasi HRG EduBot kami mencerminkan hal ini sepenuhnya," kata Wang.

Sebagai bahagian penting dalam inisiatif Biosfera, Kumpulan ini membantu lebih 100 syarikat dalam ekosistem, yang dinamakan sebagai "syarikat-syarikat Biosfera HRG." HRG Robotics menawarkan pelbagai sokongan dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat, mengubah pencapaian penyelidikan kepada produk dan menukarkan produk menjadi barang dagangan. Melalui inisiatif "Biosfera Robotik", program inkubasi HRG Robotics menawarkan sokongan termasuk inovasi, kewangan, sumber manusia, perundingan undang-undang, pengurusan, menjalin hubungan dengan kerajaan tempatan, sokongan dalam rantaian bekalan dan pengeluaran.

"Kami percaya bahawa pertumbuhan pesat ekosistem 'Biosfera Robotik' akan meningkatkan nilai jenama HRG Robotics. Setakat ini, kami aktif memanfaatkan dan menyepadukan sumber industri, bakat dan sumber kewangan untuk menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat yang diinkubasikan dalam ekosistem ini," kata Wang.

Kumpulan ini turut menganjurkan pertandingan jerayawara, satu program yang dimulakan oleh Fanxing Institute, cabang latihan korporat HRG Robotics, untuk memperkasa syarikat-syarikat baharu dalam industri-industri termasuk industri pembuatan, penjagaan kesihatan, Internet, hiburan, pendidikan, tenaga baharu dan makanan serta membantu mereka memadankan peluang yang sesuai dan meluaskan sumber.

Semasa persidangan, sebanyak 16 syarikat Biosfera HRG turut mempamerkan produk-produk mereka yang berkisarkan robot perindustrian, keselamatan AIoT, robot rehabilitasi perubatan, robot perkhidmatan, robot khas dan pendidikan tentang robot perindustrian.

Sorotan utama termasuk Bee Robot yang diterima baik di Jepun selain sistem bersepadu untuk tertib pemasangan klac automotif yang telah digunakan di Rusia. Bee Robot, AMR kolaboratif yang dibangunkan oleh Yiwu Laisi Technology, sebuah syarikat biosfera HRG, dilengkapi dengan teknologi penyetempatan dan pemetaan serentak. Robot ini menawarkan pengguna dengan pengalaman pergudangan logistik berkualiti tinggi yang disokong oleh sistem pengurusan pergudangan pintar. Kemampanan bateri optimum robot memastikan ia dapat beroperasi selama lapan jam tanpa henti dan mencari stesen pengecasan secara automatik apabila bateri rendah. 

Tertib pemasangan dan pengeluaran klac automobil terselaras manusia-mesin HRG Robotics dan mengurangkan dengan ketara kos peralatan. Tertib pengeluaran ini hanya memerlukan lima orang pekerja, lebih cekap berbanding tertib pengeluaran manual biasa yang memerlukan 17 hingga 22 orang pekerja. Produk ini telahpun dieksport ke Rusia dan kini sedang dipromosikan di seluruh China.

Latar Belakang HRG Robotics 

Ditubuhkan pada tahun 2014, HIT Robot Group (HRG) ialah pengendali platform dan penyedia perkhidmatan untuk inovasi teknologi dan inkubasi syarikat baharu dalam industri-industri baru muncul, terutamanya industri robotik. Dibina berasaskan struktur tiga tonggak industri-inkubasi-inovasi, HRG memberi tumpuan kepada pembangunan koordinatif bagi ekonomi entiti, inovasi teknologi, kewangan moden dan sumber manusia yang disokong dengan menyepadukan rantaian penyelidikan, perindustrian dan kewangan, menyasarkan kepada pencapaian dalam inovasi teknologi, pengkomersialan IP dan pemupukan industri. Kini, HRG ialah sistem yang menggalakkan inovasi, keusahawanan dan pembangunan industri yang dicapai oleh jaringan perniagaannya yang terdiri daripada sebuah ibu pejabat, empat pusat perniagaan, puluhan pangkalan industri dan pejabat luar negara.

Source: HIT Robot Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)