omniture

Bola golf ProPILOT Nissan ubah setiap pemain jadi professional

Diilhamkan oleh sistem bantuan pemandu ProPILOT 2.0 baharu, konsep bantu peminat capai matlamat setiap masa
Nissan Motor Co., Ltd.
2019-08-29 08:37 452

YOKOHAMA, Jepun, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Nissan telah menghapuskan "kegusaran memukul leret" yang ditakuti daripada golf.

Bola Golf ProPilot
Bola Golf ProPilot

Konsep ini diinspirasikan oleh teknologi bantuan pemandu ProPILOT 2.0 daripada Nissan, yang bakal diperkenalkan julung kalinya pada Nissan Skyline baharu pada bulan hadapan di Jepun. Direka untuk pemanduan lebuh raya1 bagi tanjakan masuk ke tanjakan keluar (tanjakan-ke-tanjakan), ProPILOT 2.0 berhubung dengan sistem navigasi kenderaan bagi membantu mengendalikan kereta mengikut laluan yang ditentukan sebelumnya di jalan raya yang ditetapkan. Sistem ini merupakan yang pertama di dunia yang menggabungkan fungsi ini dengan keupayaan pemanduan lepas-tangan sambil memandu di lorong tunggal.2

Sama seperti teknologi termaju ProPILOT 2.0 Skyline, bola golf ProPILOT menyokong pemain golf dengan mengikuti laluan ditentukan sebelumnya ke sasarannya. Pemain dapat berasa yakin bahawa mereka dapat mencapai sasaran mereka dengan mudah pada setiap pukulan leret. Menggunakan teknologi yang dipengaruhi oleh Mobiliti Pintar Nissan – visi syarikat dari segi bagaimana kereta diberi kuasa, dipandu dan disepadukan ke dalam masyarakat – bola menavigasi laluannya merentas kawasan hijau dan ke dalam lubang melalui pukulan leret pertama, lantas memberi pengalaman golf tanpa tekanan.

Kamera atas mengesan kedudukan bola dan lubang. Apabila bola dipukul, satu sistem pemantauan menghitung laluan yang betul berdasarkan pergerakan bola dan melaraskan trajektorinya. Menggabungkan teknologi pengesanan dengan motor elektrik dalaman, bola golf ProPILOT tetap di laluannya sehingga mendekati lubang – lalu membuatkan pemain golf baharu, pada semua peringkat usia, terasa seperti pemain profesional.

Bola golf ProPILOT Nissan merupakan yang terkini dalam siri konsep yang diilhamkan oleh teknologi Mobiliti Pintar Nissan. Contoh-contoh terdahulu termasuk Kerusi Tempat Letak Kereta Pintar, Kerusi ProPILOT dan ProPILOT Park Ryokan (menampilkan selipar simpan-sendiri)

Para pengunjung boleh mencuba bola golf ProPILOT mulai 29 Ogos hingga 1 September di Galeri Ibu Pejabat Global Nissan di Yokohama. Demonstrasi disediakan mulai jam 10 pagi hingga 8 malam.

Video Konsep: https://youtu.be/ZWtoDRsWgkk

Concept Video (Twitter): https://twitter.com/NissanJP/status/1164371764756901889

1 Lebuh raya kebangsaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Lebuh Raya Kebangsaan. Lebuh raya terhad sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Jalan Raya.

2 Ciri lepas-tangan tidak disediakan di jalan raya yang mempunyai trafik dua hala, dalam terowong, di jalan raya berliku, di kawasan tol, lorong bergabung atau kawasan dengan bilangan lorong yang berkurangan dan di kawasan apabila kawalan manual diperlukan. Apabila memasuki bahagian jalan raya yang mana pemanduan lepas-tangan tidak disediakan, sistem ini akan memberi amaran kepada pemandu lebih awal agar pemandu dapat mengawal stereng secara manual.

Latar Belakang Nissan Motor Co., Ltd. 

Nissan ialah pengeluar kenderaan rangkaian penuh global yang menjual lebih 60 model di bawah jenama Nissan, INFINITI dan Datsun. Pada tahun fiskal 2018, syarikat menjual 5.52 juta kenderaan di seluruh dunia, menjana pendapatan sebanyak 11.6 trilion yen. Ibu pejabat global Nissan di Yokohama, Jepun mengurus operasi di enam rantau: Asia & Oceania; Afrika, Timur Tengah & India; China; Eropah; Amerika Latin; dan Amerika Utara. Nissan bekerjasama dengan pengeluar kenderaan Perancis Renault sejak tahun 1999 dan memperoleh 34% kepentingan dalam Mitsubishi Motors pada tahun 2016. Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi menjual 10.76 juta kenderaan tergabung pada tahun kalendar 2018.

Untuk maklumat lanjut tentang produk, perkhidmatan dan komitmen kami terhadap mobiliti mampan, kunjungi
nissan-global.com. Anda juga boleh mengikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn serta melihat kesemua video terkini kami di YouTube.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2562542-1?lang=0

Source: Nissan Motor Co., Ltd.
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation