BEIJING, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- UNISOC, pembekal global yang terkemuka bagi cipset komunikasi mudah alih dan cipset IoT hari ini melancarkan Tiger T618, platform mudah alih LTE seni bina Okta-teras baharu yang membawakan pemprosesan imej dinaik taraf sepenuhnya dan keupayaan AI bagi memberi pengalaman telefon pintar yang tiada bandingan kepada pengguna di seluruh dunia.
Tiger T618 UNISOC adalah berasaskan proses 12nm dan menggabungkan dua 2.0 GHz Arm Cortex-A75 dan enam pemproses 1.8 GHz Arm Cortex-A55 dengan Mali G52 MP2 GPU. Platform telefon pintar berprestasi tinggi ini memberikan kualiti imej yang mengagumkan, mempunyai generasi kelima Image Engine Vivimagic 5.0 proprietari UNISOC, ISP Tri-teras bersepadu dan menyokong kamera 48-megapiksel yang popular. Dengan algoritma pemprosesan imej yang dinaik taraf sepenuhnya dan alatan AI Tunning yang inovatif, Tiger T618 menawarkan pengguna dengan pengalaman rakaman yang unggul.
Bagi memberi pengalaman fotografi yang berkembang, SoC Tiger T618 UNISOC menyediakan pelbagai ciri yang mengagumkan termasuk:
Tiger T618 UNISOC menyokong API Rangkaian Neural Android (NNAPI), membolehkan pembangun aplikasi pihak ketiga untuk melaksanakan pelbagai fungsi AI dengan lebih berkesan dan menjimatkan.
Dari segi paparan, Tiger T618 membawakan sistem pengurusan warna gamut luas dan sistem pengecaman konteks pintar yang berupaya untuk menyesuaikan pelarasan suhu warna semula jadi, adaptasi kecerahan, peningkatan definisi dinamik dan ciri-ciri pelarasan kualiti imej yang lain. Peningkatan visual siang hari dan teknologi peningkatan kontras dinamik membolehkan pengguna untuk menikmati paparan berkualiti tinggi dalam persekitaran terbuka dan tertutup. Pelarasan penindasan cahaya biru, kawalan kecerahan skrin adaptif dan teknologi penukaran resolusi pintar dapat membantu melindungi mata pengguna.
Untuk komunikasi tanpa wayar, Tiger T618 menyokong enam mod radio tanpa wayar, TDD-LTE / FDD-LTE/TD-SCDMA/WCDMA/CDMA2000/GSM. Ia turut menyokong teknologi Dwi-SIM, Dwi-Siap Sedia (DSDS) yang membolehkan kedua-dua slot SIM menyokong prestasi 4G dan VoLTE, ViLTE, suara HD serta panggilan suara.