omniture

HanaroFarm akan Bekalkan Sistem Penanaman Berautonomi di Vietnam

Born2Global Centre
2019-08-29 11:04 93

TAM KY, Vietnam, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- HanaroFarm bakal memperkenalkan sistem penanaman berautonomi di Vietnam yang berasaskan pertanian urban bandar pintar gaya Korea.

Born2Global Centre mengumumkan bahawa syarikat anggota HanaroFarm telah menandatangani satu MOU pada Julai lalu di Tam Ky City Hall bersama syarikat-syarikat Vietnam Dai Nam Pharma (DNP) dan Edunet berhubung pembangunan teknologi ladang pintar untuk pengeluaran dan pemprosesan sam ngoc linh (Panax vietnamensis).

Signing Ceremony
Signing Ceremony

Melalui MOU ini, HanaroFarm, DNP dan Edunet akan memulakan pembinaan ladang sam ngoc linh seluas 200 hektar di kawasan Ngoc Linh Tam Ky pada separuh pertama tahun 2020. Projek pembinaan tersebut akan dijalankan dengan bantuan tunai dan pelaburan tanah (lebih 50 tahun) daripada kerajaan Vietnam.

HanaroFarm merancang untuk menggunakan teknologi ladang pintar (penanaman anak benih tiruan) untuk menanam sam ngoc linh, yang biasanya tumbuh di kawasan tinggi altitud, bagi meningkatkan kecekapan penanaman dan taburannya. Selain itu, bagi memastikan penanaman sam ngoc linh yang stabil (yang perlu ditanam di kawasan ladang terbuka selama bertahun-tahun), sistem kawalan berasaskan ICT yang berupaya untuk mengawal pemboleh ubah yang berkaitan dengan persekitaran luar akan dibangunkan dan dipasang. Sam ngoc linh, yang hanya tumbuh di kawasan dengan altitud antara 1,200 dan 1,800 meter, dikenali kerana kandungan saponin yang lebih tinggi daripada ginseng Panax (ginseng Korea). Lantaran kejadian kecurian dan kerosakan yang disebabkan oleh perosak dan haiwan liar semasa penanaman, kadar tuaian ginseng berusia enam tahun adalah hampir 20 hingga 30 peratus. Oleh itu, anak benih akan ditanam dalam ladang vertikal dengan sistem tertutup yang dicipta dengan teknologi ladang pintar HanaroFarm yang dijangka dapat meningkatkan kadar tuaian.

Melalui jalinan kerjasama Vietnam National University Ho Chi Minh City, Quy Nhon University dan Thu Dau Mot University, HanaroFarm akan menjalankan kajian tentang perubahan dalam persekitaran penanaman sam ngoc linh, hubungan antara bahan-bahan aktif serta gen sam ngoc linh dan perubahan dalam bahan-bahan aktif berdasarkan tempoh penanaman.

Ketua Pegawai Eksekutif HanaroFarm Jae-wook Kim berkata, "Kami akan mengembangkan perniagaan kami ke Asia Tenggara, bukan sahaja dengan membangunkan sistem pertanian bandar bernilai tambah tinggi untuk pengeluaran item-item seperti makanan, produk farmseutikal, malah kosmetik, tetapi turut memanfaatkan IT bagi mewujudkan platform pendidikan mengenai pertanian."

Untuk maklumat lebih terperinci tentang HanaroFarm, kunjungi www.hanarofarm.com

Perhubungan Media
Born2Global Centre: jlee@born2global.com
www.born2global.com
www.linkedin.com/company/born2global
www.facebook.com/born2global

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2562402-1?lang=0 

Source: Born2Global Centre
Keywords: Computer/Electronics