omniture

UNISOC Lancar Tiger T710, Platform Pengkomputeran Pinggir Didayakan AI Berprestasi Tinggi

UNISOC
2019-08-30 02:12 444

BEIJING, 30 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai pembekal global yang terkemuka bagi cipset komunikasi mudah alih dan cipset IoT, hari ini UNISOC mengumumkan pelancaran platform pengkomputeran pinggir didayakan AI baharu, Tiger T710. Direka untuk rangkaian komprehensif aplikasi AI dalam bidang perindustrian, perdagangan, penjagaan perubatan, kediaman dan pendidikan, platform ini bakal mempercepatkan peralihan daripada masyarakat perindustrian tradisional kepada masyarakat pintar.

Mewakili generasi baharu penyelesaian AI UNISOC, Tiger T710 adalah berasaskan seni bina okta-teras yang terdiri daripada empat 2.0GHz ARM Cortex-A75 dan empat teras 1.8GHz ARM Cortex-A55. Menggunakan seni bina cip generasi akan datang, Tiger T710 UNISOC menonjolkan pengkomputeran berprestasi tinggi, kecekapan tenaga tinggi dan pengurangan masa pembangunan.

Tiger T710 UNISOC ialah platform cipset pertama yang menerima pakai NPU seni bina dwi-teras heterogen yang inovatif, membolehkannya menangani senario aplikasi yang semakin rumit dan memenuhi tuntutan yang lebih besar terhadap kuasa pengkomputeran. Menurut senarai ujian cip Penanda Aras AI terkini yang dikeluarkan oleh Swiss Federal Institute of Technology Zurich, Tiger T710 UNISOC mengungguli papan pendahulu dengan skor cemerlang sebanyak 28,097.

Selain seni bina berkuasa dan kuasa pengkomputeran, Tiger T710 menyerlah dalam kecekapan tenaga lebih atau setara dengan 2.5TOPS/W, iaitu 30% lebih tinggi berbanding purata industri. Tiger T710 yang berkuasa menyokong pelbagai format rangka kerja AI, termasuk TensorFlow, TensorFlow Lite, Caffe dan pelbagai format data AI, termasuk pengkuantitian (INT4, INT8, INT16) dan titik terapung (FP16). Serasi dengan Android NNAPI, Tiger T710 didatangkan dengan SDK proprietari UNISOC untuk pembangunan dan penggunaan yang lebih cekap bagi aplikasi AI pihak ketiga.

Tiger T710 UNISOC dijangka akan disediakan di seluruh dunia bermula pada tahun 2020.

Latar Belakang UNISOC 

Sebagai subsidiari utama Tsinghua Unigroup, UNISOC merupakan sebuah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi terkemuka yang komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk cipset teras dalam komunikasi mudah alih serta IoT. Produk-produknya mencakupi platform cipset mudah alih yang menyokong piawaian komunikasi 2G/3G/4G/5G dan pelbagai penyelesaian cipset dalam bidang IoT, RFFE, sambungan tanpa wayar, sekuriti, TV dan sebagainya. Dengan anggaran 4,500 kakitangan, 14 pusat R&D dan 7 pusat sokongan pelanggan di seluruh dunia, UNISOC berdedikasi untuk menjadi salah satu daripada tiga pembekal cipset mudah alih terkemuka dari segi bahagian pasaran global, penyedia cipset terbesar untuk IoT dan peranti ketersambungan serta syarikat 5G yang terkemuka di China. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisoc.com.

Source: UNISOC
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services