omniture

JA Solar Bekalkan Modul PERC Mono kepada Loji PV 33.1 MW di Ukraine

JA Solar Co., Ltd.
2019-08-30 02:15 401

BEIJING, 30 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar Co., Ltd, pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia membekalkan semua modul PERC mono berkecekapan tinggi kepada loji solar 33.1MW, yang diberi nama Scythia-Solar-2 di Ukraine, yang berjaya dihubungkan kepada grid pada Julai 2019. Loji ini ialah salah satu projek PV yang terbesar dengan modul PERC mono di negara berkenaan dan amat penting untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Ukraine.

Sejak menembusi pasaran Ukraine pada tahun 2015, JA Solar telah diiktiraf secara meluas untuk produk-produk berkualiti tingginya dan menjalin hubungan kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan yang terkemuka dalam industri termasuk pemaju projek Scythia-Solar-2, UDP Renewables, sebahagian daripada UFuture Investment Group, iaitu sebuah firma ekuiti persendirian Ukraine dan kumpulan syarikat yang berpangkalan di Kyiv. Kini JA Solar mempunyai penghantaran modul yang mantap di wilayah tersebut, mewakili lebih 30% bahagian pasaran solar tempatan sejak 4 tahun lalu.

Dengan jalinan kolaborasi JA Solar dan UDP Renewables, Scythia-Solar-2 menandakan permulaan fasa kedua projek tenaga boleh diperbaharui yang berskala besar, Scythia-Solar. Loji ini terletak di wilayah Zaporizhia, Ukraine, yang mana terdapat perbezaan suhu yang besar sepanjang tahun. Semua modul PV dipasang dalam projek ini adalah berdasarkan teknologi PERC berkecekapan tinggi daripada JA Solar. Modul-modul JA Solar telah melepasi ujian keandalan jangka panjang dan ujian kebolehsuaian persekitaran yang ketat, berserta pekali suhu yang sangat baik dan rintangan terhadap pengecilan PID. Modul-modul ini memberi tahap keandalan tinggi dan kecekapan penjanaan kuasa yang cemerlang di bawah keadaan cuaca yang melampau, memastikan penjagaan kuasa elektrik yang stabil daripada loji kuasa. Loji PV dijangka untuk menjana 42,000,000kWj kuasa elektrik dan mengurangkan emisi gas karbon dioksida sebanyak 51,000 tan setahun, lantas membolehkan ia memberi kuasa kepada 13,300 isi rumah.

En. Jin Baofang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, menyatakan, "Pasaran fotovolta Ukraine berkembang dengan pesat. Untuk menyediakan pelanggan dengan modul yang amat andal dan perkhidmatan profesional yang cemerlang, JA Solar akan terus menaik taraf teknologinya dan meningkatkan infrastruktur perkhidmatannya untuk mengukuhkan serta meluaskan lagi kehadirannya dalam pasaran Eropah timur."

Source: JA Solar Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities