omniture

Keuntungan bersih separuh pertama Risen Energy melonjak 295.52%

Risen Energy Co., Ltd
2019-08-31 02:14 198

NINGBO, China, 31 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd. mendedahkan keputusan kewangannya untuk separuh pertama tahun 2019 pada 23 Ogos lalu. Sepanjang enam bulan lalu, syarikat mencatatkan jumlah pendapatan operasi sebanyak 6.056 bilion yuan (kira-kira US$847 juta), satu peningkatan sebanyak 27.59% berbanding setahun yang lalu. Keuntungan bersih mencecah 485 juta yuan (kira-kira US$67.8 juta), melonjak 295.52%.

Mengulas tentang pertumbuhan untuk separuh tahun, presiden Risen Energy Xie Jian berkata: "Kami sentiasa mengutamakan pelanggan, memberi maklum balas dengan teliti kepada permintaan pasaran, mengoptimumkan struktur produk dan meningkatkan daya saing teras dalam penyelidikan serta pembangunan saintifik, promosi produk yang cekap, penambahbaikan proses, pengeluaran kecil-kecilan, pengurusan kos dan aspek-aspek lain. Dengan kebolehan yang cemerlang serta kekayaan pengalaman pasukan pengurusan, kami dapat meramal hala tuju industri, merebut peluang pasaran dan mencapai prestasi perniagaan yang bagus dengan berkesan."

Terus meningkatkan pelaburan R & D, agar inovasi teknologi dapat menjamin kualiti produk

Pada tahun 2019, dengan pengembangan berterusan pasaran fotovolta global dan penaiktarafan berlelaran bagi teknologi pembuatan fotovolta, Risen Energy terus memberi perhatian terhadap trend dari segi pembangunan teknologi dan industri, tekal meningkatkan R&D kepada teknologi cekap dan pelaburan penyelidikan saintifik serta membangunkan banyak teknologi teras.

Pada 19 Ogos, Risen Energy mengadakan upacara pecah tanah untuk projek sel dan modul heterosimpang berkecekapan tinggi 2.5GW di Ninghai, sebuah daerah dalam bandar Ningbo, wilayah Zhejiang. Jumlah pelaburan untuk projek ini mencecah 3.3 bilion yuan (kira-kira US$467 juta). Sel heterosimpang syarikat mempunyai kecekapan penukaran melebihi 23% dan telah menyepadukan lapisan belakang separa potong, berimbrikat, dwikaca dan tinggi pemantulan ke dalam pembinaan sel tersebut. Melalui aplikasi teknologi sel heterosimpang dwimuka berkecekapan tinggi, komponen heterosimpang Risen Energy dapat menjana kuasa elektrik pada kedua-dua sisi panel dan menyediakan pelabur dengan kadar pendapatan 10-30% lebih tinggi daripada kuasa yang dijana.

Selain sel heterosimpang, pasukan R&D teknologi Risen Energy juga berjaya membangunkan teknologi separa potong generasi kedua penggunaan cahaya ultra tinggi dan kehilangan kuasa ultra rendah melalui pengoptimuman bersama teknologi pempasifan bateri canggih dan teknologi pempakejan komponen berkecekapan tinggi. Selepas diuji oleh pertubuhan pensijilan dan pengujian pihak ketiga bebas TUV SUD, kecekapan penukaran fotoelektrik syarikat untuk siri Jaeger HP dengan 72 komponen mencecah 21%, antara yang tertinggi dalam seluruh sektor. Kecekapan penukaran maksimum untuk sel monohablur MBB melangkaui 23.00%, dengan purata kecekapan mencecah 22.73%. Syarikat turut merancang untuk menyelesaikan peralihan secara berperingkat-peringkat daripada teknologi 5BB kepada MBB yang dimulakan pada Jun 2019 dan mencapai pengeluaran besar-besaran yang sepenuhnya untuk teknologi MBB dalam tahun ini.

Pada masa kini, kapasiti output tahunan bagi modul fotovolta untuk Risen Energy ialah 9.1 GW. Dalam beberapa tahun akan datang, dengan pengembangan projek-projek komponen bateri di Ninghai dan Jintan, jumlah kapasiti pengeluaran syarikat dijangka mencapai 12GW-15GW.

Berdasarkan permintaan dalam pasaran baru muncul, ribuan projek dibangunkan dan diserahkan di seluruh dunia

Pasaran di luar China dijangka terus berada di laluan pertumbuhan mampan. Dengan bantuan daripada kemajuan berterusan dalam teknologi cekap dan kelebihan kapasiti pengeluaran utama dalam seluruh industri, Risen Energy menggunakan peluang yang dibawakan oleh permintaan dalam pasaran-pasaran baru muncul, mengembangkan perniagaannya dalam pasaran-pasaran luar negara dan menggalakkan pembangunan global.

Tahun ini, Risen Energy membina ladang solar Merredin 132MW (dc), loji kuasa boleh diperbaharui berskala besar di Australia Barat. Reka bentuk kejuruteraan, pembinaan, penempahan dan operasi projek kesemuanya dijalankan oleh Risen Energy. Pemaju modul solar telah mewujudkan reputasi yang kukuh dan bahagian pasaran yang penting di Australia menerusi penyelidikan dan pembangunan teknikal berterusan, kualiti komponen yang cemerlang dan pasukan projek yang berpengalaman. Ia juga menjadi salah satu pembekal terbesar dan paling andal bagi komponen solar di Australia lantaran pembangunan berterusannya di sana.

Selain mengukuhkan pelaburan dan pembinaan stesen kuasa di Australia, Risen Energy menyumbang kepada inisiatif "Satu Jalur, Satu Jalan" kerajaan Cina melalui aktiviti-aktiviti dalam pasaran banyak negara dan wilayah di sepanjang laluan ini. Sebagai salah satu daripada kumpulan pertama pengeluar fotovolta yang mewujudkan operasi di Vietnam, Risen Energy mendapat banyak pesanan besar dalam pasaran menerusi produk teknikal yang cekap, kekayaan pengalaman EPC dan strategi operasi yang setempat. Setakat ini, syarikat telah memenangi projek solar 61MW dengan Tasco, projek stesen kuasa solar 50MW yang dimiliki oleh subsidiari Bitexco Group berpangkalan di Vietnam, projek 62 MW Hoang Son dan projek 50MW PNP HANOI, antara projek-projek utama lain di Ninh Thuan.

Sehingga kini, syarikat telah membangunkan dan menyerahkan ribuan projek di seluruh dunia. Komponen-komponen cekapnya telah dijual ke Kazakhstan, India, Nepal, Belarus, Ukraine, Romania, Bulgaria dan Macedonia selain negara-negara dan wilayah-wilayah lain di seluruh dunia.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Earnings