omniture

Tayangan Perdana Filem Filipina Kesukaan Ramai Pecah Panggung ABS-CBN Films di Malaysia

ABS-CBN Films
2019-08-31 02:22 574

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Hello, Love, Goodbye ialah sebuah filem yang eksploratif dan bersifat menyeluruh yang diterbitkan oleh ABS-CBN Films tentang natijah pilihan, satu introspeksi dekat tentang kekeliruan dan ketakketaraan di sebalik keputusan yang akhirnya akan membentuk masa depan individu-individu yang terjerat dalam dunia realiti masing-masing. Ia merupakan sebuah kisah yang menarik dan mendalam yang memberi tumpuan pada pengalaman yang dikongsi antara warga Malaysia dan Filipina, kisah dengan sentuhan lembut tentang pengorbanan dan sejauh mana yang dilalui oleh individu demi keluarga mereka. Filem ini menimbulkan persoalan: dalam aturan hal yang lebih besar, perlukah usaha mengejar cinta diutamakan melebihi impian peribadi dan aspirasi keluarga? 

Kathryn Bernardo dan Alden Richards dalam Hello, Love, Goodbye
Kathryn Bernardo dan Alden Richards dalam Hello, Love, Goodbye

Filem ini mengikuti kisah naratif saling berkait tentang kekasih muda warga Filipina, masing-masing mencari nafkah dalam kepayahan, kecekalan hati dan kegetiran dunia kosmopolitan Hong Kong: Joy, seorang pembantu rumah bersemangat yang menganggap Hong Kong sebagai perhentian sebentar ke tempat lain di mana beliau akhirnya dapat mencapai kejayaan besar dan Ethan, seorang pelayan bar yang berkarisma dan suka berfoya-foya yang membina kehidupan tetap di Hong Kong. Satu pertemuan yang tidak sengaja antara mereka berdua berputik menjadi hubungan yang seakan tidak serasi yang mana mereka menemui ketenangan tatkala bersama, sewaktu mereka menempuhi cabaran hidup sebagai pekerja asing.

Diterbitkan oleh ABS-CBN Films dan diarahkan oleh Cathy Garcia-Molina, Hello, Love, Goodbye kini merupakan salah sebuah filem Filipina dengan kutipan tertinggi tahun ini, menikmati kejayaan pecah panggung tempatan dan antarabangsa. Ia dibintangi oleh dua selebriti Filipina yang paling terkenal hari ini, setiap seorang mempunyai kebolehan yang mengagumkan untuk filem blokbuster disukai ramai dan rancangan televisyen dengan kedudukan tinggi.

Kathryn Bernardo, yang melakonkan watak Joy, sememangnya merupakan salah seorang pelakon wanita berbakat yang paling jelita bagi filem Filipina. Sejak penampilan lakonan sulung beliau pada tahun 2003, beliau telah membintangi pelbagai filem dan siri televisyen yang terkenal, dikagumi atas kebolehan luar biasa beliau untuk menguasai intipati watak-watak beliau dengan kedalaman dan kepekaan yang tidak menampakkan usia muda beliau.

Memainkan watak Ethan ialah Alden Richards, seorang artis terkenal pelbagai bakat yang melakar kejayaan luar biasa dalam filem, televisyen dan media sosial Filipina. Beliau turut meraih status platinum sebagai artis rakaman dengan tiga album di bawah nama beliau.

"Hello, Love, Goodbye" kini ditayangkan di pawagam-pawagam berikut di Malaysia: TGV KLCC, TGC Jaya, TGV 1st Avenue, MMC eCurve, MMC JB City Square, Growball, LFS Sandakan

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190829/2565042-1?lang=0

Hubungi: 
Joseph Paul Asong
+63-917-775-9602
joseph.asong@bonseyjaden.com

Source: ABS-CBN Films
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture New products/services