omniture

Sim Leisure Group meterai perjanjian, bakal bawa Cabaran ESCAPE ke Paradigm Mall Petaling Jaya menjelang cuti sekolah akhir tahun 2019

Sim Leisure Group Ltd.
2019-09-02 10:27 173
  • Tandatangan perjanjian dengan Jelas Puri Sdn Bhd, syarikat subsidiari WCT Holdings Bhd yang tersenarai di KLSE, untuk bina dan kendali pusat rekreasi dalaman 35,000 kaki persegi di Paradigm Mall ikonik di Petaling Jaya
  • Pembinaan ESCAPE Challenge bermula manakala pelancaran rasmi taman tema dalaman dijadual sebelum musim cuti sekolah akhir tahun
  • ESCAPE Challenge, versi dalaman taman ESCAPE yang berjaya di Pulau Pinang, menandakan kemunculan Kumpulan untuk menguasai trend pusat gaya hidup dan pembeli belah yang mengunjungi pusat membeli-belah untuk memenuhi keperluan rekreasi mereka

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 September 2019 /PRNewswire/ -- Sim Leisure Group Ltd. ("Sim Leisure" atau "Syarikat", bersama-sama anak-anak syarikatnya, "Kumpulan"), pemaju dan pengendali taman tema yang berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia telah mengumumkan penandatanganan perjanjian dengan Jelas Puri Sdn Bhd ("Jelas Puri"), sebuah syarikat subsidiari WCT Holdings Bhd yang tersenarai di KLSE, untuk membina dan mengendalikan pusat rekreasi dalaman di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Malaysia.

Bekerja sama dengan Sim Leisure Group, Paradigm Mall Petaling Jaya, pusat membeli-belah pinggir bandar yang ikonik, bertujuan menyediakan pembeli belah dengan pelbagai pilihan untuk hari santai yang mengembirakan. Meneruskan usahanya dalam memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat, Paradigm Mall Petaling Jaya berusaha untuk kekal relevan dan menarik tumpuan bagi semua pembeli belah.

Sesuai dengan perjanjian itu, Sim Leisure telah memulakan pembinaan pusat rekreasi dalaman 35,000 kaki persegi. Kumpulan akan mereka bentuk, memasang dan mengendalikan pusat di bawah perjanjian penyewaan untuk tempoh sehingga 12 tahun. Kumpulan ini menjangkakan pusat rekreasi ini siap dan dilancarkan secara rasmi menjelang akhir November 2019, sebelum musim cuti sekolah akhir tahun.

Paradigm Mall Petaling Jaya telah menjadi ikon yang semakin meningkat di tengah-tengah Petaling Jaya, bersebelahan salah satu lebuh raya paling sibuk di Lembah Klang, Lebuhraya Damansara-Puchong. Pusat membeli-belah ini meliputi enam tingkat dengan 700,000 kaki persegi ruang runcit dan menempatkan lebih daripada 300 kedai.

Dengan memanfaatkan kejayaan taman ESCAPE Kumpulan di Pulau Pinang, ESCAPE Challenge, versi ESCAPE dalam bangunan, menyasarkan golongan belia dan keluarga muda dalam populasi bandar. Dengan ESCAPE Challenge, Kumpulan bermatlamat untuk menguasai trend pusat gaya hidup yang semakin meningkat di mana para pembeli belah sering mengunjungi pusat membeli-belah untuk memenuhi keperluan rekreasi mereka.

Digambarkan: Gambaran artis untuk ESCAPE Challenge di Paradigm Mall
Digambarkan: Gambaran artis untuk ESCAPE Challenge di Paradigm Mall

Mengulas mengenai perkembangan terbaharu Kumpulan, Encik Sim Choo Kheng, Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure, berkata, "Selama bertahun-tahun, kami telah didatangi oleh pemaju dan pengusaha pusat untuk membangunkan versi ESCAPE dalam bangunan tatkala pusat membeli-belah tradisional berkembang menjadi pusat gaya hidup di mana warga bandar memenuhi keperluan rekreasi mereka dalam persekitaran yang mereka senangi.  Paradigm Mall Petaling Jaya ialah rakan kongsi komuniti yang mantap dan mengetengahkan ciri-ciri unik sebuah pusat membeli-belah keluarga. Kami amat berbangga dengan perkongsian dengan Paradigm Mall Petaling Jaya ini berdasarkan daya tarikannya sebagai taman permainan dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak. Meletakkan kawasan permainan di pusat membeli-belah amat bersesuaian sekali kerana tidak ada pusat membeli-belah lain di Lembah Klang yang mempunyai pusat rekreasi genre ini."

Sim menjelaskan lagi, "ESCAPE Challenge di Paradigm Mall menandakan permulaan bahagian perniagaan lain yang telah kami rancang selama bertahun-tahun. ESCAPE Challenge akan menjadi pusat rekreasi dalaman kami yang akan kami gunakan sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami di China, Singapura dan Rantau ASEAN. Kami meramalkan versi ESCAPE dalaman ini akan pesat berkembang pada tahun-tahun akan datang tatkala perniagaan membeli-belah runcit terus mengalami transformasi."

"Berikutan tawaran awam permulaan dan keuntungan yang mencatat rekod pada TK2018, aspirasi global kami kekal berada di landasan yang betul. Kami akan terus menskalakan model perniagaan terbukti dan berjaya kami ke pasaran baharu di seluruh rantau ini yang menanti genre baharu hiburan keluarga yang berpatutan dan sihat."

Latar Belakang Sim Leisure Group Ltd.

Kumpulan ini ialah pemaju dan pengendali taman tema yang berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia. Pengasas Kumpulan, Sim Choo Kheng, mempunyai lebih daripada 29 tahun pengalaman dalam industri taman tema mereka. Kumpulan ini kini mengendalikan taman tema ESCAPE (http://www.escape.my/), di Pulau Pinang, Malaysia dan memenuhi keperluan pengunjung tempatan dan asing. ESCAPE Adventureplay ialah taman tema pengembaraan luar yang mengandungi ciri-ciri mesra alam dan unsur-unsur reka bentuk yang mengingatkan kampung-kampung tradisional dan hiburan masa lapang di Malaysia. ESCAPE Waterplay ialah taman air pertama di Pulau Pinang dan juga mempunyai elemen reka bentuk yang mesra alam dan tradisional yang sama seperti ESCAPE Adventureplay. ESCAPE Gravityplay, yang akan menampilkan lif kerusi dan dua trek kart menuruni bukit, adalah yang ketiga dalam siri taman tema ESCAPE dan disasarkan untuk dilancarkan pada separuh pertama 2019. Taman tema ESCAPE mengalu-alukan kira-kira 112,000 pengunjung pada tahun 2017 dan kira-kira 185,000 pelawat pada tahun 2018.

ESCAPE telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan TripAdvisor setiap tahun dari 2014 hingga 2019, Sijil Merit dan Pemenang dalam kategori Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan/Taman Tema Buatan) masing-masing di Anugerah Pelancongan Malaysia ke-19 untuk tahun 2014/2015 dan Anugerah Pelancongan Malaysia Ke-20 untuk tahun 2016/2017.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190830/2566183-1?lang=0

Source: Sim Leisure Group Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Retail Travel Licensing/marketing agreements