omniture

Pameran Alat Muzik Asia terbesar bakal diadakan pada Oktober

Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
2019-09-03 10:00 578

SHANGHAI, 3 September 2019 /PRNewswire/ -- Music China, salah satu pameran alat muzik paling terkenal di dunia, akan diadakan mulai 10-13 Oktober di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Dikenali sebagai pameran perdagangan terbesar Asia dalam industri muzik, Music China 2019, dianjurkan oleh Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd., menghimpunkan lebih 2,200 pempamer antarabangsa dari lebih 30 negara dan wilayah. Mereka dijangka mempersembahkan semua jenis alat muzik dan produk berkaitan muzik di ruang pameran besar berkeluasan 145,000 meter persegi.

Tatkala industri muzik China berkembang secara dramatik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenama-jenama terkenal di seluruh dunia menerokai cara untuk menembusi pasaran ini dan menarik minat rakan-rakan kongsi Cina. Music China, salah satu platform perdagangan yang paling berpengaruh dalam industri muzik, menjadi pilihan utama mereka untuk membangunkan perniagaan di China. Jenama-jenama yang disahkan akan menghadiri Music China 2019 termasuk Marshall, Bluethner, Buffet, Fazioli, Fender, GEWA, Laney, Ludwig, Orange, Roland, Native Instrument, Pioneer, Selmer, Samick, Schimmel, Steinway, Tama, Yamaha, Pearl River, Hsinghai, KHS, Jinyin, Fengling, dan Shanghai No.1 National Musical Instruments Factory.

Selain pameran tersebut, Music China juga menganjurkan pelbagai seminar dan forum untuk pembeli profesional dan juga pengamal industri, membantu mereka agar seiring dengan pembangunan industri. Pelancaran Global Produk Baharu, salah satu acara yang ditonjolkan dalam Music China, menjadi platform yang paling digemari untuk pempamer melancarkan produk terkini mereka, mempersembahkan teknologi termaju kepada pengedar dan pengunjung tepat pada masanya. Forum Industri CMIA NAMM akan menunjukkan trend terkini dalam industri muzik dan menganalisis pasaran global dalam perspektif profesional. Dalam Sesi How-To, pelbagai topik akan dirangkumkan termasuk jualan runcit, harga, penjenamaan, pengurusan dan isu-isu hangat lain yang berkaitan dengan amalan sebenar.

Music China bukan sahaja merupakan platform perdagangan untuk golongan profesional, tetapi juga sebagai karnival muzik untuk peminat muzik umum. Music Lab mencipta ruang yang inovatif dan interaktif untuk produk dan teknologi penghasilan muzik. Art Salon mengundang artis-artis dan pemuzik-pemuzik ternama untuk berkongsi pengalaman artistik mereka. Pertandingan muzik, termasuk Pertandingan Jazz Master dan Pertandingan EDM Asal, selain lebih 600 persembahan secara langsung akan membawa pengunjung menelusuri perjalanan muzik yang menakjubkan.

Laman sesawang Music China 2019: www.musicchina-expo.com. Prapendaftaran kini dibuka dalam talian secara percuma. Music China menantikan pengunjung di Shanghai. 

Hubungi:
Cik Arlene Zhu
+86-21-6295-5609
zhuliwen@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
Keywords: Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Music Retail Trade show news