omniture

Jalan Sutera Xinhua: jenama auto Cina "Hongqi" giatkan usaha untuk tingkatkan premium jenama, sasar pasaran bernilai tinggi

Xinhua Silk Road Information Service
2019-09-03 19:21 538

BEIJING, 3 September 2019 /PRNewswire/ -- Hongqi, jenama auto Cina yang terkenal yang meningkat naik bersama industri automotif China yang semakin berkembang, menggiatkan usahanya untuk membentuk "jenama murni baharu" yang menyasarkan penerokaan yang lebih mendalam terhadap pasaran bernilai tinggi.

Baru-baru ini Hongqi memperkenalkan beberapa langkah besar untuk meningkatkan lagi nilai jenamanya, termasuk menyelaraskan sumber penyelidikan dan pembangunan (R&D) globalnya, mewujudkan sistem piawaian kualiti bertaraf dunia dan menggabungkan lebih banyak konsep bertaraf antarabangsa dalam reka bentuk produk.

HS5 Hongqi membuat penampilan sulung di Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai ke-18 (Auto Shanghai 2019).
HS5 Hongqi membuat penampilan sulung di Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai ke-18 (Auto Shanghai 2019).

Jenama sedan Cina ini berikrar untuk menggunakan pasukan R&D antarabangsa yang terdiri daripada 5,000 kakitangan penyelidikan dan juga telah membangunkan sistem R&D global yang amat cekap untuk mengoptimumkan lagi daya saing R&D.

Jenama sedan Cina yang berusia lebih 60 tahun ini mengambil langkah-langkah ini berlatarkan persaingan yang semakin sengit dalam industri auto global, yang menimbulkan peningkatan penaiktarafan penggunaan dan hasilnya mencipta peluang-peluang untuk memberi nafas baharu kepada jenamanya sebagai jenama klasik "buatan China".

Pada masa kini, Hongqi mempunyai "Sebuah ibu pejabat dan empat institut penyelidikan" di serata dunia. Di China, Changchun ialah ibu pejabat R&D globalnya, dengan cawangan penyelidikan teknologi prospektif, institut penyelidikan tenaga baharu, cawangan penyelidikan reka bentuk prospektif dan cawangan R&D buatan, masing-masing terletak di Beijing, Shanghai, Munich dan Silicon Valley di A.S.

Dari segi kedudukan pelanggan, Hongqi menyasarkan pelanggan mewah baru muncul yang mampu memiliki kenderaan dengan harga antara 200,000 yuan hingga enam juta yuan.

Selain itu, penyediaan produk-produk tersuai kepada pelanggan kelas tinggi juga merupakan cara penting yang disasarkan oleh Hongqi. Sebagai contoh, edisi terhad khas L5 Hongqi, sebuah limusin di bawah jenama ini, menyediakan enam gaya hiasan dalaman dan laman sesawang rasmi dalam tujuh bahasa yang disesuaikan untuk penyesuaian model ini telah dibuka tahun lalu bagi menyediakan perkhidmatan penyesuaian dalam talian yang berkaitan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308045.html  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190830/2566338-1?lang=0


Source: Xinhua Silk Road Information Service
Related Links:
Keywords: Auto Publishing/Information Service Transportation Trade show news