omniture

H3C Teroka Pasaran Malaysia, Bentuk Masa Depan Pintar Bersama Rakan Kongsi

H3C
2019-09-03 20:25 260

KUALA LUMPUR, 3 September 2019 /PRNewswire/ -- Pendigitalan semakin pantas muncul sebagai faktor utama untuk berjaya dalam perubahan ekonomi global hari ini. Sebagai penggiat utama dalam pembangunan ekonomi Asia Tenggara, Malaysia bekerja keras untuk memenuhi visinya dengan projek digital 2020 untuk mempromosikan pembinaan digital.

H3C anjur Acara Rakan Kongsi Pembukaan Besar-besaran Malaysia
H3C anjur Acara Rakan Kongsi Pembukaan Besar-besaran Malaysia

Pada 29 Ogos, H3C, peneraju industri dalam penyediaan Penyelesaian Digital di China, menganjurkan Acara Majlis Pembukaan Besar-besaran Rakan Kongsi Malaysia dengan tema "Navigasi Digital Masa Depan". Di persidangan ini, H3C melancarkan pelbagai produk dan penyelesaian untuk pasaran Malaysia. Gary Huang, Naib Presiden Kanan H3C, dan para pelanggan kerajaan, syarikat teknologi dan industri lain menghadiri persidangan ini dan menyertai perbincangan mengenai pembangunan masa depan digital Malaysia.

Pihak berkuasa Malaysia meningkatkan pelaburan dalam bidang ICT dengan konsisten, termasuk data raya dan keselamatan maklumat pada tahun-tahun kebelakangan ini, yang bertujuan untuk menyokong transformasi digital industri tempatan. Berdasarkan kepada wawasannya yang mendalam tentang situasi dan tuntutan ICT semasa Malaysia, H3C menawarkan portfolio penuh produk Infrastruktur Digital, meliputi merangkumi pengiraan, penyimpanan, perangkaian, keselamatan dan domain yang berkaitan, dan menyediakan platform digital setempat yang komprehensif yang merangkumi awan pengkomputeran, data raya, saling hubungan, keselamatan maklumat, pengawasan video baharu, Internet Komunikasi Benda (IoT), pengkomputeran pinggir, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian 5G, dan perkhidmatan teknikal hujung-ke-hujung.

Di samping itu, H3C akan terus melaksanakan strategi "Platform Inklusif, Ekosistem Tanpa Sempadan" dan "Pengutamaan Saluran" untuk memperkasakan rakan kongsi bernilai tinggi, menyokong teknikal dan penyelesaian dalam projek-projek utama. H3C menyasarkan penggabungan kekuatan ekosistem rakan kongsi untuk menyerlahkan potensi platform digital pintar, dan membantu menyokong aplikasi perniagaan pelanggan, yang dapat memohon dan membangunkan "Projek Minda Digital" yang dilancarkan tahun ini.

Penerimapakaian ekonomi digital akan menjadi kunci untuk Malaysia mengekalkan daya saingnya dalam pasaran global yang baharu. Kerajaan Malaysia telah melihat peluang dan kepentingan digitalisasi.

Di majlis itu, pelanggan dari kerajaan Malayisa berkongsi pandangannya tentang kepentingan transformasi digital bagi kerajaan dan perusahaan Malaysia. "Sebagai pemimpin dalam teknologi maklumat negara, kita melihat transformasi digital sebagai perniagaan terasnya. Dengan mewujudkan perkongsian yang mendalam dengan H3C, kami berharap dapat bekerjasama untuk mempromosikan pembinaan digital dalam sistem kerajaan dan awam berdasarkan pengalaman kedua-dua pihak, mempercepatkan pelaksanaan pembinaan rangkaian Malaysia."

"Kami telah menubuhkan sebuah pasukan tempatan di pasaran Malaysia untuk mendorong jualan, sokongan teknikal dan perkhidmatan, pembangunan saluran dan mewujudkan perkongsian dengan berpuluh-puluh rakan saluran," kata Gary Huang, Naib Presiden Kanan H3C. "Pada masa akan datang, kami berharap dapat bergabung dengan lebih banyak rakan kongsi dalam penerokaan dan inovasi, untuk memperkasakan pelanggan kami dalam kerajaan, pendidikan dan industri lain bagi menggalakkan transformasi digital dan membina masa depan pintar yang baharu di Malaysia."

Latar Belakang H3C

H3C ialah peneraju industri dalam penyediaan Penyelesaian Digital, dan komited untuk menjadi rakan kongsi paling dipercayai oleh pelanggan kami dalam usaha mereka untuk inovasi perniagaan dan transformasi digital. Kami menawarkan portfolio penuh produk Infrastruktur Digital, merangkumi pengkomputeran, penyimpanan, perangkaian, keselamatan dan domain yang berkaitan, dan menyediakan platform digital yang menyeluruh yang meliputi penyelesaian pengkomputeran awan, data raya, kesalinghubungan, keselamatan maklumat, pengawasan video baharu, Internet Komunikasi Benda (IoT), pengkomputeran pinggir, kecerdasan buatan (AI) dan 5G, serta perkhidmatan teknikal hujung-ke-hujung.

Untuk maklumat lanjut tentang H3C, sila lawati http://www.h3c.com/en/ 
Ikuti berita terkini H3C di LinkedIn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190830/2566202-1?lang=0

Source: H3C
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security Telecommunications Corporate Expansion