omniture

Jalan Sutera Xinhua: Pameran Makanan Kreatif Hidangan Kukus Liuyang diadakan di Beijing

Xinhua Silk Road Information Service
2019-09-04 00:09 403

BEIJING, 4 September 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Makanan Kreatif Hidangan Kukus Liuyang telahpun diadakan baru-baru ini di Pusat Belia China untuk Perubahan Antarabangsa di Beijing, menggamit perhatian khalayak antarabangsa dari lebih 30 negara termasuk Perancis, Amerika Syarikat, Itali dan juga Colombia.

Audiens antarabangsa dari lebih 30 negara di pameran makanan ini
Audiens antarabangsa dari lebih 30 negara di pameran makanan ini

"Ini ialah minyak camellia, kacang perang (Liuyang) tempatan yang ditapai, serbuk cili dan daging diawet secara tempatan". Dengan mengikuti pengenalan yang dibuat oleh kakitangan kerja, Lydia Taghzouit, dari Algeria, mula memasak hidangan kukus Liuyang.

Apabila bau wangi menerpa keluar daripada pengukus di sebelahnya, beliau berteriak, "pasti enak rasanya!"

"Saya tahu irama lagu berjudul Sungai Liuyang dan saya sukakan bunga api China. Saya tidak percaya wujudnya makanan yang menarik di tanah ajaib ini, dan ia sangat mudah untuk dimasak. Saya ingin pulang dan mencubanya serta akan membeli beberapa bahan untuk dikongsikan bersama rakan-rakan saya," kata Andres Mora, dari Colombia.

Semasa berlangsungnya pameran, 20 hidangan kukus kreatif dalam empat siri telah dimasak dan dibawa ke meja makan.

Menurut Gao Zhi, ketua jawatankuasa pengurusan Taman Perindustrian Kebudayaan Liuyang, "Penduduk Liuyang mengekalkan rasa asli makanan dengan cara yang paling ringkas dan sihat. Ini bukan sahaja satu kaedah memasak, tetapi juga suatu sikap terhadap kehidupan dan kebijaksanaan."

"Dengan menambah kreativiti budaya kepada hidangan kukus tradisional, kami ingin menyediakan penyelesaian Liuyang dalam menikmati makanan kepada lebih ramai orang dan kami berharap agar acara hari ini dapat mempromosikan pengantarabangsaan hidangan masakan Cina," tambah Gao.

Pada masa kini, nilai tahunan hidangan masakan kukus Liuyang mencecah 22 bilion yuan.

Pameran Makanan Hidangan Kukus Kreatif Liuyang bersama-sama dikelolakan oleh jabatan latihan Jalur dan Jalan International Youth University dan Pusat Pendidikan Cina Antarabangsa Beijing serta dianjurkan oleh jawatankuasa pengurusan Taman Perindustrian Kebudayaan Liuyang.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308067.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190903/2567716-1?lang=0

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Food/Beverages Trade show news