omniture

Coocaa ialah Rakan Kongsi Platinum Rasmi Sukan SEA 2019, Melangkah ke September dengan Kempen Dalam Talian 9.9 Mengagumkan

Coocaa
2019-09-05 00:04 265

Coocaa lancar TV pintar Android 9.0 65", 55", 50" dan 40" bertemakan Sukan SEA eksklusif dan serba baharu khususnya di LazMall semasa kempen 9.9  

JAKARTA, Indonesia, 5 September 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Coocaa, jenama internet sederhana-hingga-tinggi berpangkalan di Shenzhen yang menyediakan produk elektronik pintar pengguna dengan spesifikasi tinggi dan berprestasi kos tinggi, secara rasminya mengumumkan peranan utamanya sebagai penaja platinum untuk Sukan SEA 2019. Bersama-sama perkongsian penting ini, Coocaa melancarkan beberapa penglibatan bertumpu pelanggan, aktiviti dan kempen, dipenuhi dengan barisan tawaran hebat serta hadiah sekali seumur hidup.

Wang Zhiguo menyampaikan ucapan
Wang Zhiguo menyampaikan ucapan

Wang Zhiguo, Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif, Shenzhen Skyworth - RGB Electronic Co Ltd., memanfaatkan peluang tersebut untuk memperkukuh visi jenama Coocaa, "Kami berusaha untuk terus meneroka nilai jenama gaya hidup baharu dan untuk menjadi penyedia penyelesaian kediaman pintar yang paling kreatif. Coocaa telah mengukuhkan kedudukannya sebagai 'Coo-life' yang mewakili gaya hidup muda yang popular dengan sikap yang berusaha demi masa depan yang lebih baik dengan melabur dalam minatnya. Hal ini sejajar dengan kedua-dua perkongsian platinum Sukan SEA dan kempen dalam talian 9.9 yang bakal bermula."

Jojit Alcazar, Ketua Pemasaran dan Operasi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC), berkata bahawa "Kami gembira dengan adanya Coocaa sebagai sebahagian daripada keluarga Sukan SEA. Sumbangan ini memainkan peranan penting dalam membantu PHISGOC untuk membawakan Sukan SEA yang terbaik di negara ini, melibatkan kira-kira 11,000 atlet yang bertumpu dalam acara selama 12 hari mulai 30 November hingga 11 Disember. Kami tidak sabar-sabar untuk menjadi tuan rumah kepada semua perlawanan sukan yang mengujakan dan memuji komitmen Coocaa dalam menggalakkan gaya hidup yang aktif."

Jing Yin menyampaikan ucapan
Jing Yin menyampaikan ucapan

Jing Yin, Presiden, Komersial untuk Lazada Group, menekankan kejayaan perkongsian strategik antara Lazada dan Coocaa setakat ini: "Kolaborasi berterusan kami dengan Coocaa bertindak sebagai contoh hebat sejauh mana kami dapat mencipta peluang yang saling menguntungkan bersama-sama rakan-rakan kongsi jenama. Kami berupaya menyediakan pembeli belah kami dengan akses eksklusif kepada produk-produk Coocaa yang asli dan berkualiti tinggi di LazMall, manakala Coocaa memanfaatkan capaian, teknologi dan penyelesaian pada platform kami untuk mencapai jualan yang kukuh serta mewujudkan ikutan jenama yang besar di Indonesia."

Dalam usaha untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan perlindungan terhadap alam sekitar, mulai 2 hingga 25 September, Coocaa turut memulakan satu lagi kempen bertumpu-media-sosial seluruh negara yang mana pengikut digalakkan untuk menyiarkan video mereka membaling, menembak atau menendang sampah ke tong sampah atau bakul sampah. Mereka akan menyiarkan video ini di Instagram mereka, memberi tag @coocaaindonesia, meletakkan tagar #CoocaaSEAGamesChallenge #FreeTicketToSEAGames. Coocaa telah mengkhususkan 1 tiket tambang perjalanan pergi balik ke Filipina dan 1 tiket untuk menyaksikan perlawanan Sukan SEA untuk pemenang pertama dan kemudian 1 unit TV pintar 50S6G untuk pemenang tempat kedua dan 1 unit pembesar suara Live-time Bluetooth bagi tempat ketiga. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ke arah sokongan Coocaa terhadap gaya hidup sihat, penyertaan dalam Sukan SEA 2019 dan juga tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Andita Frida Aisha 
+62-0813 16 333 266

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190903/2567774-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190903/2567774-1-b?lang=0

Source: Coocaa
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements