LOS ANGELES, 5 September 2019 /PRNewswire/ -- HCT Group secara rasminya memperoleh pemilikan sebanyak 100% daripada HCT Kent Packaging Ltd setakat 2 Julai 2019. Kedua-dua syarikat telah bekerjasama selama lebih 13 tahun dan HCT Group teruja untuk mengambil alih pemilikan penuh kilang Cina berkeluasan 500,000 kaki persegi itu. HCT Kent ditubuhkan bersama-sama pada tahun 2006 oleh HCT dan Kent Lee. Kemudahan HCT Kent pada masa kini mempunyai barisan pemasangan yang automatik sepenuhnya dan mengkhusus dalam pembentukan suntikan plastik, EBM (pembentukan tiup leleran) dan IBM (pembentukan tiup suntikan).
Jenny Hsu, Ketua Pegawai Strategi, HCT Group menyatakan, "Pemerolehan ini memberi kami kuasa untuk menggabungkan lagi keupayaan reka bentuk dan inovasi bertaraf dunia kami dengan pembuatan dalaman yang bersepadu sepenuhnya. Kami mempunyai rancangan untuk menggandakan saiz kilang bagi tujuan meningkatkan kapasiti, yang akan membolehkan kami menguasai perniagaan yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya ini secara agresif. Di samping itu, pemerolehan ini akan memberi keupayaan kepada kami untuk meluaskan penawaran produk kami dan menawarkan perkhidmatan kepada pasaran baharu, sekaligus memberi kualiti dan perkhidmatan hebat yang sinonim dengan HCT Group."
Selama lebih 25 tahun, HCT Group kekal sebagai peneraju global dalam pembuatan kosmetik dan merupakan pembekal perkhidmatan penuh yang ulung untuk banyak jenama yang paling berjaya dalam industri kecantikan. Meskipun syarikat bekerjasama dengan jenama-jenama dari serata dunia, pemerolehan ini akan memberi mereka keupayaan yang diperlukan untuk menguasai perniagaan yang sebelum ini tidak dapat dikuasai dan membantu mereka untuk menembusi pasaran kecantikan yang luas di China.
Tatkala HCT bersiap sedia untuk tahun yang amat membuahkan hasil susulan pemerolehan ini, mereka turut merenung dengan teliti dan berterima kasih atas hasil usaha yang berkembang maju selama bertahun-tahun dengan En. Kent Lee.