Rekod prestasi terbukti Simrell dalam membina perniagaan maklumat misi kritikal dan berorientasi perisian akan membantu Prometric untuk terus menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam kelas dan memberi nilai yang dipertingkat kepada pelanggannya.
BALTIMORE, 5 September 2019 /PRNewswire/ -- Prometric LLC ("Prometric"), peneraju global bagi pembangunan ujian, penyerahan ujian dan perkhidmatan data, hari ini mengumumkan bahawa Roy Simrell telah menyertai syarikat sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif. Simrell, yang menggantikan Charlie Kernan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Prometric, akan turut menyertai lembaga pengarah.
Simrell mempunyai pengalaman selama lebih dua dekad memimpin syarikat-syarikat perkhidmatan data dan didayakan teknologi yang terkemuka mencakupi pelbagai sektor. "Rekod prestasi terbukti Roy dalam membangunkan dan menyediakan produk serta perkhidmatan bernilai tambah, disokong oleh tumpuan beliau untuk membina pasukan yang berprestasi tinggi dan budaya yang mantap, akan menjadi kritikal sewaktu kami memasuki fasa pertumbuhan yang seterusnya untuk Prometric. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Roy apabila beliau menyandang jawatan baharu beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif," kata Euan Menzies, Pengerusi bukan eksekutif Prometric. "Banyak sumbangan Charlie kepada Prometric sepanjang dua dekad lalu dan khususnya kepimpinan beliau tatkala syarikat menjadi perniagaan berorientasi pasaran yang bebas sepenuhnya sejak 24 bulan yang lalu, telah mengukuhkan kedudukan Prometric untuk fasa pertumbuhannya yang seterusnya." Kernan akan terus berkhidmat dengan Prometric sebagai penasihat sehingga suku pertama tahun 2020.
"Saya berbesar hati dapat menyertai pasukan Prometric," kata Roy Simrell. "Selama lebih 25 tahun, Prometric meraih reputasi sebagai penyedia yang paling boleh dipercayai bagi sokongan dan perkhidmatan operasi berkualiti tinggi untuk persatuan profesional terkemuka, syarikat dan organisasi pembuktian kelayakan lain yang menganugerahkan sijil profesional atau memberi lesen untuk pekerjaan dan kemajuan dalam pelbagai industri. Saya teruja untuk memimpin pasukan Prometric sewaktu kami memberi tumpuan untuk menyediakan perkhidmatan yang paling andal dalam industri dan membangunkan produk serta perkhidmatan baharu demi memberi nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami."
Latar Belakang Prometric
Prometric membolehkan penaja-penaja ujian seluruh dunia memajukan program-program pembuktian kelayakan mereka melalui penyelesaian pembangunan dan penyerahan ujian yang menetapkan piawaian dari segi kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan. Prometric menawarkan pendekatan yang komprehensif dan andal untuk memberi khidmat nasihat, membangunkan, mengurus dan menyediakan program-program dalam persekitaran bersepadu yang didayakan teknologi merentas rangkaian ujian yang paling selamat di dunia di lebih 180 negara atau melalui kemudahan perkhidmatan ujian dalam talian. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.prometric.com atau ikuti kami di Twitter melalui @PrometricGlobal dan www.linkedin.com/company/prometric/.
Perhubungan Media:
Tom Warren
Prometric
443.455.8652
tom.warren@prometric.com