omniture

Huion Perkenal Inspiroy Ink H320M dan Kamvas Pro 16 Premium di Berlin IFA 2019

Shenzhen Huion Animation Technology
2019-09-06 18:00 520

BERLIN, 6 September 2019 /PRNewswire/ -- Huion Animation Technology menyertai IFA Berlin untuk berkongsi peranti input grafik terkini bersama dunia. Produk pertama siri Inspiroy Ink, H320M dan satu lagi yang menampilkan gamut warna tertinggi dalam barisan produk Huion, Kamvas Pro 16 Premium dipamerkan di sana untuk mengagumkan orang ramai dari seluruh pelosok dunia.

Inspiroy Ink H320M ialah tablet pena pertama dalam industri yang menggabungkan tablet pena dan tablet penulisan LCD. Gabungan ini bukan sahaja memaksimumkan kebolehgunaan peranti, tetapi juga memberikan pengguna lebih banyak kemudahan. Teknologi E-kertas yang digunakan untuk tablet memastikan penggunaan kuasa rendah tablet penulisan, dan oleh itu bateri syiling sel terbina dalam dapat menyokong pengguna merangka draf pada LCD selama lebih kurang dua tahun. Empat kaki getah anti-gelincir dilekatkan pada LCD dan pada lengan tablet yang didatangkan bersama peranti boleh melindungi kawasan kerja pada kedua-dua belah daripada tercalar semasa berkarya. 8192 tahap kepekaan tekanan dan kadar laporan 266PPS tablet pena boleh memberikan pengguna pengalaman lukisan sama seperti dunia sebenar yang lancar, dengan kemahiran lukisan asli mereka dapat digunakan sepenuhnya. Melukis draf pada LCD apabila idea berkunjung tiba dan kemudian jadikan ia realiti menggunakan sebelah paparan lagi. Pusingkannya, dan teruskan berkarya. Anda tidak akan kehilangan idea menarik, dan tiada juga gangguan aliran kreatif anda.

Inspiroy Ink H320M
Inspiroy Ink H320M

Kamvas Pro 16 Premium ialah paparan pena yang menawarkan gamut warna tertinggi, 150% sRGB, dalam kalangan barisan produk Huion. Selain itu, nisbah kontras 1200: 1 peranti juga merupakan yang tertinggi pada masa ini, yang dapat memeriahkan lagi karya anda pada skrin. Penggunaan kraf laminasi penuh dan kaca anti-silau akan meminimumkan paralaks skrin dan pada masa yang sama memberikan pengguna geseran pena pada kertas. Terdapat 6 butang tekan yang boleh diprogramkan pada panel, yang membolehkan pengguna untuk memperibadikan paparan pena mereka dan oleh itu meningkatkan kecekapan kerja.

Kamvas Pro 16 Premium
Kamvas Pro 16 Premium

"Permintaan Pengguna, Penyertaan Pengguna dan Berorientasikan Pengguna" ialah mantera Huion yang memacu syarikat ke arah masa depan yang lebih baik di mana semua pelanggan akan menemui tablet pena Huion yang ideal buat mereka. Untuk mengetahui tablet Huion yang sesuai untuk anda, sila lawati www.huion.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190831/2566384-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190831/2566384-1-b?lang=0

Source: Shenzhen Huion Animation Technology
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Trade show news