omniture

SKYWORTH cetus masa depan AIoT di IFA 2019

SKYWORTH
2019-09-10 06:56 488

BERLIN, 10 September 2019 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, perintis bagi AIoT skrin besar dan pengeluar perkakasan yang terkemuka, memperkenalkan barisan penuh perkakas rumah pintar baharunya di IFA 2019 di Berlin. Barisan perkakas baharu ini memperlihatkan komitmen SKYWORTH dalam meneraju industri di bawah era AIoT baharu.

SKYWORTH di IFA 2019
SKYWORTH di IFA 2019

IFA tahun ini secara keseluruhannya berkisar tentang "Ketersambungan". Dengan kawalan suara dan kecerdasan buatan (AI) menjadi lebih tersebar luas, perkakas rumah juga telah mula menggabungkan dan menghubungkan fungsi-fungsi dan ciri-ciri daripada beberapa peranti melalui AIoT bagi membolehkan pengguna untuk menyambungkan segala-galanya di hujung jari mereka. Sebagai penginovasi utama dalam industri ini, SKYWORTH memanfaatkan sistem Swaiot® proprietari sepenuhnya untuk membina spektrum penuh perkakas rumah pintar. Hal ini benar-benar selari dengan visi SKYWORTH dalam membangunkan hab yang inovatif untuk pengguna melalui aplikasi AIoT, membolehkan mereka untuk mendepani masa depan yang dibawa oleh era AIoT.

Swaiot® ialah ekosistem AIoT skrin besar yang terbuka. Ia bukan sahaja menghubungkan peranti SKYWORTH, tetapi juga sebarang peranti pintar pihak ketiga. Dengan adanya sistem Swaiot®, pengguna dapat menghubungkan dan mengawal ekosistem kediaman pintar mereka dengan mudah, seperti dapur pintar dan sistem bilik mandi, peti sejuk pintar dan sistem dobi serta sistem pencahayaan pintar, lalu mewujudkan dunia kehidupan pintar yang holistik dan meriah.

Perkakas rumah terkini daripada SKYWORTH yang dipamerkan di IFA tahun ini terdiri daripada 21 produk daripada kategori penyejukan dan mesin basuh, mewujudkan dunia kehidupan pintar menyeluruh yang diperkasa oleh ekosistem AIoT Dunia Pintar Swaiot® SKYWORTH.

Awal tahun ini, syarikat turut mengumumkan hala tuju baharunya dalam memajukan keupayaan AIoT di arena global. Dengan berkongsi sumber-sumbernya dalam teknologi, kilang pembuatan, rantaian bekalan dan kandungan, syarikat dapat memeterai banyak kolaborasi yang saling menguntungkan dengan jenama-jenama bertaraf tinggi dalam industri untuk menggalakkan nilai serta budaya korporat. Melalui langkah penjenamaan ini, SKYWORTH berkedudukan baik untuk menjadi pelopor industri dalam transformasi AIoT skrin besar di persada global.

"Perkembangan Kecerdasan Buatan dan Internet Pelbagai Benda akan terus berkembang sepantas mungkin, hasil daripada kemunculan 5G," kata En. Tony Wang, Pengerusi & Presiden SKYWORTH TV. "AIoT sememangnya akan menjadi medan tempur yang seterusnya untuk syarikat-syarikat yang berhasrat untuk menjadi peneraju dalam industri ini. SKYWORTH akan terus berkembang maju dan mencipta semula standard kehidupan pintar."

Latar Belakang SKYWORTH

SKYWORTH Digital Holdings Limited (HKG: 00751) ialah pembekal terkemuka bagi penyelesaian teknologi yang canggih dan mampu milik. Ditubuhkan pada tahun 1988, syarikat kini merupakan salah satu daripada lima jenama TV warna terkemuka di dunia, dengan nilai eksport melebihi USD76 juta pada tahun 2018 serta merupakan jenama terkemuka dalam pasaran industri paparan Cina. Ia juga merupakan salah satu daripada tiga penyedia global utama bagi platform TV Android. 
Maklumat tambahan disediakan di: http://www.iSKYWORTH.com

Perhubungan Media

SKYWORTH 
Lydia Xie 
Telefon: +86 185 2036 0310  
Emel: xielidi@skyworth.com 

BCW untuk SKYWORTH

Belyndia Wang

Telefon: +852 2963 6787

Emel: skyworth@bcw-global.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190909/2573200-1?lang=0

Source: SKYWORTH
Related Stocks:
HongKong:0751 OTC:SWDHY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news