omniture

Sangfor Technologies Perkenal Penyelesaian Perlindungan Titik Akhir Baharu dengan Pengesanan Perisian Hasad 0-Hari Termaju

Sangfor demonstrasikan Endpoint Secure di Sidang Kemuncak Inovasi 2019 di Kuala Lumpur pada 6 September 2019
Sangfor Technologies
2019-09-10 12:51 187

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 September 2019 /PRNewswire/ -- Sangfor Technologies, peneraju bagi penyelesaian sekuriti hujung-ke-hujung dan pengkomputeran awan, hari ini memperkenalkan Endpoint Secure, suit perlindungan yang unik, semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak Inovasi di Kuala Lumpur. Endpoint Secure membolehkan organisasi untuk mengenal pasti dan melindungi pelbagai peranti daripada perisian hasad & ancaman Berulang Lanjutan (APT) 0-hari menggunakan pengesanan dan perlindungan Artificial Intelligence (AI) yang canggih. Ia juga dapat mencegah penyebaran perisian tebusan dan APT lain dalam seluruh rangkaian.

Sidang Kemuncak Inovasi Sangfor ialah sebuah acara tahunan yang menghimpunkan pemimpin industri IT global untuk berkongsi pengalaman mereka bagi mendidik, menginspirasikan dan menginovasi melalui imaginasi golongan profesional yang sealiran dalam bidang yang sentiasa berubah-ubah.

Aspek utama Endpoint Secure ialah enjin pengesanan perisian hasad/APT kecerdasan buatan Sangfor, Engine Zero. Engine Zero dapat mencapai kadar pengesanan yang tinggi dan kadar positif palsu yang rendah dengan mengenal pasti secara tepat "DNA" perisian hasad/perisian tebusan yang tidak diketahui berdasarkan pembelajaran kecerdasan buatan secara berterusan. Ini dapat memberi maklumat kepada pengguna tentang sifat ancaman bakal tiba, sambil mengenal pasti dan menyekat dengan lebih berkesan 0-hari serta ancaman tidak diketahui yang lain. Engine Zero, digabungkan dengan Neural-X, platform perisikan ancaman berasaskan awan yang hebat, dapat meningkatkan pembelajaran mendalam dengan melatih ribuan nod dalam pelbagai model pengesanan algoritma berbilang dimensi. 

Endpoint Secure bergabung dengan produk keselamatan rangkaian yang sedia cemerlang Sangfor, untuk meningkatkan keupayaan pertahanan organisasi ini dengan ketara. Keupayaan tembok api hos agen Endpoint Secure Protect dapat mencegah penyebaran timur-barat aktiviti berniat jahat dengan menyekat komunikasi rangkaian yang mencurigakan atau yang tidak dibenarkan. Endpoint Secure bersepadu dengan Sangfor NGAF untuk menghentikan penyusupan keluar ke pelayan Perintah & Kawalan dan akses ke laman disyaki mencuri data di perimeter dengan memberi isyarat kepada NGAF mengenai hos yang sedang menunjukkan tingkah laku yang luar biasa atau berniat jahat.

"Kami amat teruja untuk menawarkan ciri-ciri termaju Endpoint Secure. Endpoint Secure bukan sahaja bergabung dengan seluruh rangkaian Produk Keselamatan Sangfor, menyediakan perlindungan hujung-ke-hujung yang terkini, ia meningkatkan pulangan pelaburan (ROI) dengan ketara dengan menjadikannya lebih mudah untuk mengurus ribuan agen sama ada di premis, pada awan atau kedua-duanya," kata Jason Yuan, Naib Presiden, Produk dan Pemasaran, Sangfor International. "Dengan data berdasarkan tingkah laku yang lebih baik disediakan kepada pengguna, organisasi-organisasi dapat membangunkan strategi untuk mengurangkan pencerobohan perisian tebusan dan ancaman APT yang lain."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Endpoint Secure, sila kunjungi laman sesawang kami: http://go.sangfor.com/endpointsecure-release

Perhubungan Media:
+86 (0)755-8656 0605
jonathan@sangfor.com
Pengarah Pemasaran Luar Negara

Source: Sangfor Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications New products/services