omniture

Habanos, S.A. Lancar di Perancis Penampilan Sulung Dunia Quai D'Orsay Edisi Terhad Pertama: Senadores

HABANOS SA
2019-09-10 21:00 128

- Quai D'Orsay, Edisi Terhad 2019, akan dipersembahkan secara eksklusif oleh Coprova dan Seita Cigares pada 12 September, di Paris

- Senadores ialah vitola yang dipilih untuk Edisi Terhad 2019 ini, tahun yang menyaksikan jenama Quai D´Orsay meraikan ulang tahun ke-45

HAVANA, 10 September 2019 /PRNewswire/ -- Habanos, S.A., melalui pengedar eksklusifnya untuk Perancis, Coprova dan Seita Cigares, akan melancarkan penampilan sulung dunia bagi Quai D'Orsay Senadores Edisi Terhad (48 tolok gelang x 157 mm panjang).

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8602651-habanos-launches-quai-dorsay/

Penampilan Quai D'Orsay Senadores akan berlangsung pada 12 September di Paris, Perancis. Acara ini akan menghimpunkan sekitar 150 tetamu yang akan merasai pengalaman unik di kapal layar mewah sepanjang sungai indah Seine di mana mereka akan mendapat keistimewaan untuk menikmati Edisi Terhad pertama jenama Quai D'Orsay ini.

Keluaran ini akan dipersembahkan dalam bekas unik yang direka secara eksklusif untuk Edisi Terhad pertama jenama ini. Kotaknya akan menyediakan 25 Habanos yang dibuat secara "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang, susulan pemilihan teliti kertas pembungkus, isian dan daun pengikat dari kawasan Vuelta Abajo* yang berprestij, di Pinar del Río*, yang dianggap sebagai kawasan terbaik di dunia untuk menanam tembakau.

Jenama Quai D'Orsay meraikan ulang tahun ke-45nya pada tahun 2019, tahun yang mana peminat-peminat Habanos ini akan berpeluang untuk menikmati vitola baharu ini, Senadores, yang dibezakan oleh rasa halus adunan jenama ini.

Jenama Quai D'Orsay berasal daripada rasa halus pasaran Perancis. Dicipta pada tahun 1970-an, ia mendapat namanya daripada jalan Paris terkenal yang terletak di tebing Sungai Seine. Dihasilkan menurut permintaan Menteri Kewangan Perancis pada ketika itu, Habanos ini menggabungkan kehalusan dan seni Perancis berserta ketulenan dan keghairahan Cuba. Dari mula lagi, Quai D'Orsay menawan hati peminat Perancis yang menghargai seni merokok yang baik melalui adunan ciri yang menggoda melalui kehalusan aromanya dan rasa yang manis.

Coprova y Seita Cigares 

Seita Cigares telah mengedar Jenama-jenama Quai D'Orsay untuk dekad-dekad yang lalu, sehingga akhir September 2019. Sejak suku lalu dari tahun 2019, Coprova, pengedar eksklusif Habanos di Perancis, akan menggalas tanggungjawab baharu bagi pengedaran dan promosi rangkaian Quai D'Orsay, selain jenama-jenama Habanos lain yang telahpun terdapat dalam portfolio Coprova.

*Apelasi Asal Terpelihara

Bahan Grafik: https://fileshare-emea.bm.com/fl/PiCoVFsQrD 

Untuk lebih maklumat umum:
www.habanos.com 
https://www.instagram.com/habanos_oficial/ 
https://twitter.com/Habanos_Oficial
https://www.youtube.com/channel/UCstGLy96wdZG7eCM4855_DA  

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/970927/Quai_D_Orsay_Senadores.jpg

Untuk maklumat akhbar selanjutnya:

Habanos, S.A.: 
Daymi Difurniao
, ddifurniao@habanos.cu, Tel. +5372040513 samb. 565

 

Limited Edition Quai D'Orsay Senadores
Limited Edition Quai D'Orsay Senadores

 

Burson Cohn & Wolfe:
press.habanos@yrbrands.com 
Carla Lladó, Tel: +34-669-54-69-09 
Leyre Merino, Tel: +34-93-201-10-28

 

Source: HABANOS SA
Keywords: Retail Tobacco Broadcast feed announcements New products/services MAT (Mature Audience)