ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 12 September 2019 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan beberapa penyelesaian tenaga yang inovatif berasaskan 5G dan AI di Kongres Tenaga Dunia 2019, di bawah tema 'Inovasi Menakrifkan Semula Tenaga'. Huawei berkolaborasi dengan lebih 70 menteri tenaga, 500 Ketua Pegawai Eksekutif tenaga dan pelbagai rakan kongsi, dengan hadirin ini datangnya dari lebih 150 negara bagi meluaskan visi untuk mendorong pembangunan tenaga mampan oleh ICT yang inovatif. Huawei berkongsi pandangan yang difikirkan dengan teliti tentang 5G, AI, awan dan teknologi inovatif yang lain, bagaimana ia membentuk semula industri tenaga dan bagaimana ia membina teras untuk dunia digital bagi mempercepatkan transformasi industri tenaga daripada pendigitalan kepada kecerdasan.
Ji Xiang, Pengurus Besar Jabatan Perniagaan Tenaga, Huawei Enterprise BG, berkata: "Pembangunan tamadun manusia amat berkait rapat dengan evolusi tenaga. Seratus tahun yang lalu, penggunaan kuasa elektrik berskala besar menandakan bermulanya revolusi perindustrian kedua. Teknologi komunikasi, seperti 2G, 3G dan 4G, mengiringi revolusi perindustrian ketiga dan menghubungkan orang ramai bersama-sama. Kini, 5G, AI, awan dan banyak lagi inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lain membawakan revolusi perindustrian keempat. 5G menampilkan kelajuan tinggi, kependaman rendah dan kapasiti besar, seraya membolehkan ketersambungan yang merata. AI menonjolkan kuasa pengkomputeran tinggi, penggunaan kuasa rendah dan aplikasi semua senario, lalu mendayakan kecerdasan pervasif. Awan menyokong virtualisasi, skala ultra besar dan kebolehskalaan tinggi, lantas membolehkan perkongsian yang meluas. Ia bersama-sama mendorong transformasi digital dalam semua industri dan membina asas untuk dunia digital masa depan. Huawei berdedikasi untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dan pelanggan bagi menjadikan tenaga pintar suatu kenyataan."
Penyelesaian Stesen Pangkalan Perkongsian 5G
Stesen pangkalan 5G menggunakan jalur frekuensi yang tinggi dan mempunyai liputan yang kecil seraya membawa kepada ketumpatan stesen pangkalan yang tinggi. Oleh itu, 'ruang yang terhad untuk pelbagai tapak' menjadi suatu sekatan yang menghalang penggunaan pantas rangkaian 5G. Huawei menyediakan penyelesaian baharu untuk membina stesen pangkalan 5G di substesen, yang dapat menangani isu ini sewajarnya. Penyelesaian ini membolehkan pembekal tenaga, penyedia menara dan pembawa untuk mendapat manfaat dengan berkongsi sumber infrastuktur. Pembekal tenaga menyediakan pangkalan fizikal untuk substesen, yang boleh digunakan oleh pembawa untuk menggunakan stesen pangkalan 5G. Pembawa memajakkan kabinet substesen dan bekalan kuasa daripada penyedia tenaga untuk memastikan bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) untuk stesen pangkalan 5G. Menggunakan teknologi antena 5G yang unik daripada Huawei, penyedia menara dapat memanfaatkan dan menyepadukan sumber-sumber menara mereka sepenuhnya dengan memasang pelbagai jenis antena pada satu menara tiang mono.
Penyelesaian Perlombongan 5G
Huawei dan Yuexin Intelligent Machinery berkolaborasi untuk membangunkan aplikasi dengan teknologi 5G. Dengan menggunakan ciri Komunikasi Kependaman Rendah Ultra Andal (URLLC) pada rangkaian 5G, Huawei berjaya mengaplikasikan rangkaian 5G kepada lombong molibdenum terbesar di China dan mendayakan pemanduan berautonomi trak lombong dan kawalan jarak jauh pengorek. Pengorek di tapak lombong lain di Luoyang, China, boleh dikawal secara jarak jauh dari dewan pameran Huawei di Shenzhen melalui rangkaian 5G. Kedua-dua lokasi ini terletak sejauh lebih 2,000 kilometer antara satu sama lain. Menggunakan ciri Jalur Lebar Mudah Alih Dipertingkat (eMBB) pada rangkaian 5G, syarikat-syarikat perlombongan boleh menjalankan analitik berasaskan AI untuk sejumlah besar video di tapak yang dirakam oleh kamera tetap dan bergerak bagi memudahkan perlombongan yang tepat dan cekap. Teknologi 5G akan membantu mengurangkan banyak operasi manual dalam industri perlombongan dan mendayakan perlombongan pintar tanpa pemandu pada masa depan.
Penyelesaian Pemeriksaan Talian Kuasa AI Pintar
Huawei dan Zhiyang Innovation bersama-sama membangunkan penyelesaian transmisi kuasa pintar. Penyelesaian ini menggabungkan penaakulan bahagian depan, latihan berasaskan awan, dan sinergi pinggir awan. Ia menggunakan pemproses Ascend AI Huawei untuk membina sistem pemantauan transmisi kuasa pintar. Modul pencepatan Huawei Atlas 200 AI dengan pemproses Ascend AI terbenam disepadukan ke dalam unit pemantauan tiang dan menara. Selepas pemasangan dibuat, unit-unit ini dapat menjalankan analisis pintar untuk tiang dan menara. Modul-modul ini berfungsi dengan awan untuk mengemas kini algoritma pengesanan pada waktu sebenar dan memantau serta menghantar secara automatik unsur bahaya yang berpotensi seperti pencerobohan mekanik, objek asing, dan sarang burung ke pusat pemantauan tanpa bantuan manual. Dengan cara ini, kecekapan pemeriksaan talian kuasa ditingkatkan lebih lima kali ganda berbanding kaedah tradisional dan operasi talian kuasa yang selamat dan stabil dapat dijamin.
Transformer Pengagihan Pintar + Pengkomputeran Pinggir
Huawei, China Electric Power Research Institute, State Grid Shandong Electric Power, State Grid Jiangsu Electric Power, NARI Group dan XJ Group bersama-sama melancarkan jenis baharu transformer pengagihan pintar. Tansformer pengagihan pintar baharu ini menerima pakai konsep reka bentuk 'terminal tentuan perisian' dan menggunakan seni bina pengkomputeran pinggir terbuka. Penaiktarafan dan ciri-ciri tambahan boleh diaplikasikan secara fleksibel melalui aplikasi, meningkatkan konfigurasi sumber dan mempertingkat tindak balas kepada perubahan keperluan oleh rangkaian pengagihan kuasa. Produk ini melaksanakan fungsi pasang-dan-main yang inovatif dan saling sambungan antara peranti. Ia menjalankan analisis komprehensif setempat dan proses membuat keputusan pintar pada pelbagai jenis data terkumpul dan menyokong keperluan perkhidmatan seperti analisis kegagalan kuasa, pengurusan status peranti pengagihan kuasa, kawalan pengecasan kenderaan elektrik, dan khidmat pelanggan yang berkualiti tinggi dengan berkesan.