omniture

Tinjauan APAC PR Newswire Dedahkan Kualiti Kandungan sebagai Keutamaan Tertinggi untuk Wartawan

PR Newswire
2019-09-12 08:22 449
  • Wartawan Asia-Pasifik (APAC) (25%) menganggap kualiti kandungan - bukan metrik pembacaan - sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) nombor satu mereka. Parameter penting yang lain termasuk bilangan sasaran kisah berita asli dan penglibatan media sosial.
  • Siaran akhbar terus menjadi sumber yang paling dipercayai untuk kisah berita, dengan lebih dua kali ganda wartawan mempercayai siaran berita rasmi (27%) berbanding saluran media sosial (10%).

HONG KONG, 12 September 2019 /PRNewswire/ -- Tatkala media APAC dan golongan profesional perhubungan awam (PR) mula memahami tentang kemajuan teknologi yang pesat dan peralihan keutamaan audiens, hari ini PR Newswire menyiarkan laporan Tinjauan Media Asia-Pasifik 2019 (Asia-Pacific Media Survey 2019) bagi mengesan sejauh mana wartawan menyesuaikan diri.

Laporan tahun ini merupakan yang terbesar seumpamanya oleh PR Newswire di rantau ini, menyoal selidik hampir 1,000 wartawan dan ahli profesional media daripada sembilan pasaran utama iaitu Australia, tanah besar China, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Vietnam. Bagi membantu perniagaan antarabangsa memahami landskap media APAC yang pelbagai dengan lebih baik, pasukan Pembangunan Audiens kami turut menyusun senarai sepuluh media perniagaan terbaik[1] dalam setiap satu daripada sembilan pasaran ini.

Meskipun metrik pembacaan menjadi lebih mudah didapati, 25% wartawan menunjukkan bahawa kualiti kandungan merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) tertinggi mereka, diikuti dengan bilangan kisah berita asli, contoh X cerita seminggu dan penglibatan media sosial, seperti perkongsian media sosial bagi kandungan.

Keputusan tinjauan tentang petunjuk prestasi utama wartawan
Keputusan tinjauan tentang petunjuk prestasi utama wartawan

Tinjauan ini mendapati bahawa sumber berita yang disahkan adalah lebih bernilai berbanding sebelum ini. Sebagai contoh, 73% daripada wartawan di tanah besar China percaya bahawa ketepatan berita merupakan pertimbangan utama mereka apabila menilai suatu cerita. Siaran akhbar kekal sebagai sumber maklumat yang paling dipercayai dengan lebih dua kali ganda wartawan daripada daripada kebanyakan pasaran APAC (lapan pasaran utama, tidak termasuk tanah besar China) mempercayai siaran akhbar rasmi (27%) berbanding saluran media sosial (10%). Keputusan turut menunjukkan peningkatan 5 mata peratusan untuk kepercayaan terhadap siaran akhbar berbanding 22% pada tahun 2016-2017.

Keputusan tinjauan tentang sumber paling dipercayai untuk wartawan
Keputusan tinjauan tentang sumber paling dipercayai untuk wartawan

Sumber-sumber berita yang disahkan memainkan peranan penting apabila wartawan menghasilkan cerita mereka. Apabila mencari petikan untuk cerita mereka, wartawan daripada kebanyakan pasaran APAC berkemungkinan besar mencari kenalan perniagaan peribadi (60%), diikuti dengan siaran akhbar (51%).

Fakta-fakta utama yang lain daripada laporan ini termasuk:

  • Foto beresolusi tinggi (29%) merupakan unsur multimedia yang paling digemari dalam liputan berita oleh wartawan daripada kebanyakan pasaran APAC, dengan 25% memilih video, diikuti dengan maklumat grafik (21%).
  • Wartawan berminat untuk meningkatkan set kemahiran mereka bagi menghasilkan kandungan yang berkualiti. Dibandingkan dengan tinjauan terakhir kami pada tahun 2016-2017, wartawan di seluruh rantau APAC menunjukkan permintaan yang lebih tinggi untuk latihan dalam pelaporan mendalam serta kemahiran menemuramah.
  • Komunikasi berbilang bahasa adalah penting untuk perniagaan berkembang ke peringkat global. Wartawan di Hong Kong, Malaysia dan Singapura memberi maklum balas terhadap tinjauan ini dalam pelbagai bahasa manakala hampir 100% wartawan di tanah besar China, Taiwan, Indonesia, Korea Selatan dan Vietnam memberi maklum balas dalam bahasa tempatan utama mereka, lalu mencerminkan keutamaan audiens mereka.

"Untuk perniagaan yang beroperasi secara global, usaha meningkatkan kesedaran jenama dan reputasi merupakan tugasan penting yang mana liputan media memainkan peranan kritikal," kata Lynn Liu, Pengarah Perkhidmatan Pembangunan dan Pengedaran Audiens. "Di rantau APAC, penting agar perniagaan antarabangsa memahami peralihan landskap media dan keutamaan wartawan tempatan untuk menjadi rakan media yang lebih bernilai. PR Newswire komited untuk membantu perniagaan menceritakan kisah mereka di rantau yang pelbagai dan dinamik ini."

PR Newswire berharap untuk membincangkan dapatan utama tinjauan ini di acara Media Coffee kami yang bakal tiba. Untuk memuat turun laporan penuh Tinjauan Media Asia-Pasifik 2019, sila klik di sini.

Latar Belakang PR Newswire

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd. (NYSE: CISN), ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.prnasia.com.

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Pasukan Pemasaran Asia PR Newswire
+852 2572 8228
asia.marketing@prnasia.com

[1] Berdasarkan pengunjung unik bulanan

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190910/2575241-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190910/2575241-1-b?lang=0
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160617/8521603993LOGO-d?lang=0

Source: PR Newswire
Related Links:
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Survey, Polls & Research