omniture

Skyworth pamer sambungan pintar dengan produk kediaman pintar di IFA 2019

Skyworth
2019-09-12 19:03 645

BERLIN, 12 September 2019 /PRNewswire/ -- Skyworth mempamerkan barisan penuh perkakas rumah pintar baharunya di IFA 2019 - pameran teknologi tahunan yang terbesar di Eropah - apabila acara ini membuka pintunya di Berlin pada 6 September.

SKYWORTH in IFA2019
SKYWORTH in IFA2019

Di IFA tahun ini, Skyworth memberi tumpuan untuk membina kawasan pengalaman sistem kediaman pintar, membawakan bersama-sama teknologi unggul generasi seterusnya daripada Skyworth: peningkatan kualiti imej AI, pengecaman pertuturan yang tepat, pengesanan pelbagai tubuh manusia, analisis keselesaan, kawalan jauh pintar dan penumpuan komunikasi rangkaian baharu. Lima sistem pintar berfungsi turut dipamerkan: Penyelesaian lengkap untuk TV Super, pejabat pintar, keselamatan pintar, lampu pintar dan kawalan suhu pintar. Di reruai, TV OLED 88", dengan sokongan untuk 5G, resolusi 8K dan kecerdasan buatan pelbagai benda (AIoT), mencuri tumpuan, membolehkan Skyworth untuk mengukuhkan lagi kelebihan teknologi OLEDnya.

SKYWORTH showcases TV products
SKYWORTH showcases TV products

Ekosistem AIoT skrin besar Skyworth, Swaiot, membuat penampilan sulungnya di IFA. Melalui kawalan suara, Swaiot boleh menghubungkan lebih 6,000 produk perkakas rumah bukan pintar inframerah merentas jenama-jenama dan kategori-kategori. Melalui penyelesaian "dua awan" proprietarinya (awan semantik AIoT + awan peranti AIoT), Skyworth telah menguasai teknologi teras AIoT skrin besar, selain titik kawalan kod dan data teras, menjadi peneraju dalam melengkapkan portfolio teknologi berorientasi masa depan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri.

Di samping itu, Skyworth mendemonstrasikan rangkaian penuh produk pintarnya di IFA 2019, termasuk peti sejuk skrin besar pintar AI Skyworth, mesin basuh penyongsang pemacu-langsung i-DD, penyaman udara Starshine dan bar ais pintar.

Menuju masa depan, Skyworth merancang untuk mempercepatkan pembangunan ekosistem kediaman pintarnya, beralih ke langkah seterusnya dalam pelaksanaan strategi globalisasinya dan mempercepatkan pembangunan barisan jenama sendiri Skyworth dengan matlamat utama untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik buat setiap individu di dunia ini.

SKYWORTH showcases washing machines
SKYWORTH showcases washing machines

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190909/2573710-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190909/2573710-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190909/2573710-1-c?lang=0

 

Source: Skyworth
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news