omniture

Huawei FusionSolar Kuasakan Pusat Perubatan Terbesar Dunia di Jordan

Huawei
2019-09-13 02:57 523

AMMAN, Jordan, 13 September 2019 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian ICT dan tenaga rangkaian yang terkemuka di dunia, berganding bahu dengan pengeluar dan pemaju solar Jordan Philadelphia Solar bagi memberi kuasa kepada ladang fotovolta (PV) yang terbesar di dunia yang dibina untuk kemudahan penjagaan kesihatan tunggal, Abdali Medical Center, di Amman.

Huawei FusionSolar Kuasakan Pusat Perubatan Terbesar Dunia
Huawei FusionSolar Kuasakan Pusat Perubatan Terbesar Dunia

Loji kuasa solar 8.2 MW menerima pakai Penyelesaian PV Pintar Huawei FusionSolar sepenuhnya termasuk penyongsang rentetan PV pintar SUN2000-42KTL dan SmartLogger, berserta panel polihabluran Philadelphia Solar dengan 325 Wp yang meliputi lapangan seluas 86,000 meter persegi.

Penyongsang rentetan pintar paling laris terjual Huawei SUN2000-42KTL berfungsi sebagai pusat utama untuk loji PV ini, yang mempunyai kecekapan maksimum 98.8% dan kecekapan Eropah 98.6% yang membawa kepada hasil yang tinggi. Dengan mengurangkan pergantungan kepada komponen seperti kotak penggabung DC dan kabinet pengagihan kuasa, penyelesaian rentetan dapat membantu memendekkan tempoh pemasangan dan menjadikan seluruh proses lebih mudah dan lebih cekap. Berpegang kepada konsep reka bentuk "sedikit lebih baik", Huawei komited untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian yang mudah. Penyongsang rentetan Huawei mencapai tahap perlindungan IP65, reka bentuk penyejukan semula jadi dan tidak mempunyai komponen rentan seperti fius, yang memberikan kira-kira 99.996% ketersediaan yang diperakui oleh TUV.

Huawei FusionSolar Kuasakan Pusat Perubatan Terbesar Dunia, Clemenceau Medical Center
Huawei FusionSolar Kuasakan Pusat Perubatan Terbesar Dunia, Clemenceau Medical Center

Kuasa elektrik yang dijana oleh loji ini akan menampung penggunaan pusat perubatan itu sendiri, membolehkannya untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan andal yang berkualiti tinggi dan bertumpu pesakit daripada sumber tenaga bersih yang selamat dan untuk menggalakkan penyelidikan, pendidikan serta budaya kecemerlangan di rantau MENA. Philadelphia Solar dan Huawei berdedikasi untuk menggunakan teknologi termaju daripada industri solar bagi melanjutkan usaha kelestarian dunia.

Latar Belakang Philadelphia Solar:

Ditubuhkan pada tahun 2007, Philadelphia Solar merupakan syarikat pengeluar panel fotovolta (PV) yang pertama dan satu-satunya berpangkalan di rantau MENA. Aktiviti-aktiviti utama syarikat selain pembuatan panel PV adalah untuk membangunkan, mereka bentuk, membina, memiliki dan mengendalikan loji fotovolta komersial dan perindustrian berskala utiliti.

Sebagai kontraktor EPC yang mengkhusus dalam reka bentuk dan pelaksanaan loji kuasa solar, Philadelphia Solar memberi penekanan khas kepada pembinaan "tepat pada masanya dan mengikut peruntukan" serta penyerahan projeknya, dioptimumkan untuk memberikan output yang unggul.

Latar Belakang Huawei:

Huawei ialah penyedia penyelesaian ICT dan tenaga rangkaian yang terkemuka di dunia, kini menyediakan produk dan penyelesaian tenaga rangkaian di lebih 170 negara, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga billion orang di seluruh dunia. Huawei menyepadukan inovatif teknologi maklumat digital seperti AI, IoT, data raya dan pengkomputeran awan, dengan teknologi PV, bagi mempromosikan penyelesaian PV pintar yang utama dalam industri untuk senario berskala utiliti, komersial dan kediaman. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh firma perunding global IHS Markit, Huawei berada pada kedudukan No.1 di seluruh dunia bagi penghantaran penyongsang selama empat tahun berturut-turut, dari tahun 2015 hingga 2018. Untuk maklumat lanjut. sila kunjungi: solar.huawei.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190911/2576430-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190911/2576430-1-b?lang=0

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Health Care/Hospital Oil/Energy Utilities Contracts New products/services