omniture

Teknologi Tekanan dan Vakum Robuschi Sokong Loji Rawatan Air Buangan dalam Usaha Banteras Bakteria Berbahaya

Gardner Denver
2019-09-13 03:32 381

SINGAPURA, 13 September 2019 /PRNewswire/ -- Dengan pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat, loji rawatan air buangan berdepan dengan cabaran untuk mengurus peningkatan kapasiti dan mencegah sisa lebihan daripada mengalir ke dalam alam sekitar. Tatkala pakar-pakar dan rawatan air buangan memberi tumpuan untuk memastikan agar loji beroperasi secara optimum dan merawat air buangan dengan berkesan, pakar-pakar seperti Robuschi, oleh Gardner Denver, menumpukan usaha-usaha mereka untuk membangunkan peralatan tekanan dan vakum yang cekap serta berprestasi tinggi yang disesuaikan untuk loji rawatan air buangan.

Rangkaian Pemampat Skru Canggih Robuschi
Rangkaian Pemampat Skru Canggih Robuschi

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bakteria kebal antibiotik, turut dikenali sebagai 'superbug', semakin menjadi ancaman kepada kesihatan manusia. Dengan keupayaan untuk menjangkiti sesiapa jua, dari sebarang peringkat usia dan dari mana-mana kawasan; superbug meletakkan strain pada ubatan moden dengan memanjangkan tempoh penyakit sekaligus meningkatkan kos dan mengurangkan akses kepada ubatan dan rawatan. Kesan berpotensi daripada superbug melangkaui individu, memberi kesan negatif kepada segala-galanya bermula dengan keselamatan makanan kepada pembangunan ekonomi, malah memaksa negara-negara maju kembali ke zaman apabila jangkitan biasa atau luka kecil dengan mudah boleh bertukar menjadi keadaan perubatan yang mengancam nyawa. 

Tatkala usaha pembanterasan terhadap superbug diteruskan, kami semakin banyak belajar tentang organisma ini, dari mana asalnya dan bagaimana kita dapat melindungi diri kita dengan lebih baik terhadapnya. Meskipun tiada satu penyelesaian 'ajaib', jelas bahawa amalan kebersihan dan pengurusan sisa yang betul dapat mengurangkan penyebaran dan kesan superbug. Biarpun mencuci tangan dengan sempurna dan sentiasa mengetahui perkembangan terkini tentang vaksin yang disarankan boleh memberi kesan penting terhadap penyebaran superbug; rawatan air buangan dan amalan pengurusan yang betul memainkan peranan penting dalam mencegah perkembangannya.

Dianggap sebagai penghubung antara manusia dan persekitaran semula jadi, industri rawatan air buangan memainkan peranan penting dalam pembanterasan superbug. Dengan menyingkirkan pepejal dan bahan pencemar daripada kumbahan sebelum mengembalikannya semula ke alam sekitar, loji rawatan air buangan sering menjadi salah satu barisan pertahanan pertama terhadap pembentukan bakteria kebal antibiotik dan pembebasannya ke alam sekitar di mana bakteria tersebut kemudiannya dapat mendekati manusia. 

Dengan sejarah yang panjang dalam membekalkan peralatan pengudaraan kepada industri rawatan air buangan, Robuschi merupakan rakan kongsi yang dipercayai dan andal untuk menyediakan penyelesaian yang berkesan kos kepada loji baharu dan juga pemasangan sedia ada.

Cekap Tenaga.

Loji rawatan air buangan terkenal dengan penggunaan tenaga yang tinggi, dengan kos tenaga menyumbang kira-kira 30% daripada jumlah kos operasi. Sistem pengudaraan bertanggungjawab untuk lebih separuh daripada jumlah ini, menjadikannya sebagai pengguna tenaga yang terbesar dalam loji. Bukanlah suatu yang mengejutkan apabila pengendali menjadikan kecekapan tenaga sebagai suatu keutamaan apabila berusaha untuk mengurangkan kos. Dengan peningkatan kecil dalam kecekapan dapat diterjemahkan kepada penjimatan yang ketara, pengendali semakin beralih kepada peralatan pengudaraan canggih untuk merendahkan kos tenaga dan gaya hidup mereka, serta mengurangkan jejak karbon.

Rangkaian pemampat skru daripada Robuschi direka untuk menyediakan pengendali dengan penjimatan tenaga yang ketara. Menggabungkan elemen inovatif seperti pemampat skru Robuschi, motor magnet kekal dan alatan kawalan proses pintar, pemampat skru Robuschi dapat membantu loji rawatan air buangan mengurangkan separuh daripada kos pengendalian mereka.

Pintar dan Fleksibel.

Data dan maklumat dapat memainkan peranan penting untuk membantu pengendali memaksimumkan kecekapan. Diagnostik jarak jauh dan analitik prediktif dapat menyediakan pengendali dengan maklumat dan kefleksibelan yang diperlukan untuk merancang pengendalian, penyelenggaraan dan masa henti dengan lebih berkesan; mengoptimumkan kecekapan dan mendorong penjimatan tenaga.

Pemampat skru daripada Robuschi dilengkapi dengan generasi terkini panel kawalan skrin sentuh antara muka manusia-mesin (HMI); menyediakan pengendali dengan cara yang intuitif dan mudah digunakan untuk pengendalian dan pemantauan peralatan mereka. Mempunyai sambungan tanpa wayar atau Eternet langsung, pemampat Robuschi boleh dipantau dan diselaraskan secara jarak jauh dari mana-mana sahaja di dunia, pada waktu sebenar. Pemampat yang dilengkapi dengan alatan Kawalan Proses Pintar Robuschi dapat membantu pengendali merealisasikan peningkatan kecekapan selanjutnya. Menggunakan teknologi 'pintar' untuk menganalisis data oksigen yang diterima terus daripada proses berkenaan, alatan ini melaraskan parameter operasi unit untuk dipadankan dengan keadaan operasi, kesemuanya tanpa mengganggu proses.

Mudah. Padat. Inovatif.

Pemampat daripada Robuschi menampilkan reka bentuk kompak yang inovatif, 30% lebih kecil berbanding pemampat skru biasa, yang ideal untuk kemudahan-kemudahan yang mana ruang fizikalnya sempit. Membawakan susun atur yang kecil, dengan motor magnet kekal, termasuk stator, rotor dan pemasangan terus pada aci pemampat; dan reka bentuk yang tidak haus, pemampat Robuschi menjamin kesederhanaan dan kemudahan penyelenggaraan.

Dengan papan bekalan elektrik terbina dalam dan pemacu frekuensi pemboleh ubah bersepadu, pemampat Robuschi bercirikan 'pasang dan main' dan didatangkan dengan siap terpasang. Setiap unit hanya perlu dihubungkan kepada kemudahan paip, kuasa elektrik dan sistem kawalan, menjamin pemasangan yang pantas dan mudah. Dilengkapi dengan penyejukan paksa, setiap kabinet elektrik pemampat menyediakan operasi yang andal dan selamat meskipun dalam persekitaran yang paling hangat, manakala susun atur pintar kabinet menyediakan akses mudah dan diagnostik, memudahkan pengesanan kerosakan dan penyelenggaraan.

Sama ada membina loji baharu atau membaik pulih pemasangan sedia ada, pengendali loji berdepan dengan cabaran untuk memilih peralatan yang akan memberi keseimbangan yang tepat antara prestasi, kecekapan tenaga dan kos rendah. Robuschi bertindak sebagai rakan kongsi dipercayai, menyediakan pasukan jurutera berkepakaran untuk bekerjasama dengan pengendali loji bagi menilai aplikasi mereka, memilih teknologi yang tepat dan mengkonfigurasi pemampat mereka menggunakan amalan terbaik. Pendekatan ini memastikan pemampat dapat memberi jumlah udara tepat yang diperlukan oleh setiap langkah dalam proses mereka, lalu memaksimumkan kecekapan dan meminimumkan kos kitaran hayat.

Latar Belakang Gardner Denver                 

Gardner Denver (NYSE: GDI) ialah penyedia global yang terkemuka bagi kawalan aliran misi kritikal dan peralatan mampatan serta komponen selepas jualan berkaitan, barangan habis guna dan juga perkhidmatan, yang dijual olehnya merentas pelbagai pasaran akhir yang menarik dalam perindustrian, industri tenaga dan juga perubatan. Rangkaian luas dan lengkap produk dan perkhidmatan pemampat, pam, vakum dan peniup, berserta kepakaran aplikasinya dan lebih 155 tahun warisan kejuruteraan, membolehkan Gardner Denver untuk menyediakan tawaran produk dan perkhidmatan berbeza untuk kegunaan tertentu oleh pelanggannya. Gardner Denver menyokong pelanggan melalui jejak geografi globalnya melibatkan 41 kemudahan pengilangan utama, lebih 30 pusat perkhidmatan dan pembaikan pelengkap dalam enam benua serta menggaji kira-kira 6,700 pekerja di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190909/2573606-1?lang=0

 

Source: Gardner Denver
Keywords: Machinery Mining/Metals Utilities Water Utilities