omniture

Ekspo Barang Mainan China 2019, Pameran Perdagangan B2B No.1 Asia untuk Barang Mainan dan Produk Bayi, Tonjol Trend Pasaran Terkini dan Produk Inovatif

China Toy & Juvenile Products Association
2019-09-16 11:56 541

SHANGHAI, 16 September 2019 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh China Toy & Juvenile Products Association (CTJPA), Ekspo Barang Mainan China kali ke-18 (CTE 2019) akan berlangsung pada 16-18 Oktober 2019 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Sebagai pameran perdagangan B2B No.1 China untuk barang mainan dan produk bayi, CTE menghimpunkan produk terkini, jenama yang terkenal di dunia, trend pembangunan industri dan profesional perniagaan daripada semua fungsi mencakupi seluruh rantaian nilai. Ia merupakan platform penyumberan sehenti untuk pembeli antarabangsa serta pintu masuk yang cekap untuk jenama-jenama antarabangsa menembusi pasaran China.

Tahun ini, CTE akan meluaskan skala pamerannya kepada 230,000 meter persegi, menjadi tuan rumah untuk 2,400 pempamer dengan hampir 5,000 jenama popular meliputi kategori produk yang paling komprehensif.

CTE menerima sokongan hebat daripada kerajaan tempatan wilayah-wilayah pengeluaran barang mainan utama seperti Guangdong, Jiangsu dan Zhejiang, yang juga merupakan tapak eksport barang mainan yang utama. Perusahaan-perusahaan terkemuka dari wilayah-wilayah pengeluaran tersebut mengambil bahagian dalam ekspo kami sebagai astaka pilihan dan mempamerkan semua kategori barang mainan termasuk barang mainan kayu, barang mainan plastik, mainan lembut dan peralatan sukan. Kelebihan eksklusif ini mendorong CTE untuk menjadi ekspo barang mainan yang paling komprehensif di seluruh dunia. Tambahan pula, CTE ialah saluran terbaik unutk pembeli antarabangsa memahami industri barang mainan dan pengeluar barang mainan China serta berpeluang untuk berhubung dengan pembekal berkualiti dari China yang tidak terdapat di acara-acara lain, lantas membantu mereka membangunkan kelebihan daya saing dalam pasaran.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kemajuan teknologi dan pembangunan ekonomi di China telah menyuntik dinamik baharu ke dalam industri barang mainan. Daripada hanya menumpu pada pengeluaran OEM pada masa lalu, pengeluar meletakkan kepentingan yang lebih tinggi kepada reka bentuk dan inovasi. Di CTE 2019, pengeluar OEM/ODM Cina yang berpengalaman, perusahaan domestik utama dengan IPR serta nama jenama mereka sendiri akan mempersembahkan produk terkini dan juga inovasi teknologi mereka.

Selain itu, CTE menawarkan pelbagai program melibatkan acara, seminar dan forum, yang mana produk-produk baharu akan dikeluarkan dan pakar-pakar industri akan berhimpun untuk berkongsi pandangan serta menafsirkan peraturan pasaran, piawaian dan trend pembangunan masa depan.

Diadakan setiap tahun sejak dimulakan pada tahun 2002, Ekspo Barang Mainan China 2019 akan ditempatkan bersama-sama Ekspo Kanak-kanak China, Ekspo Prasekolah China dan Ekspo Pelesenan China. Keempat-empat acara ini akan bergabung untuk membawakan segala-gala yang diperlukan oleh pengunjung daripada industri barang mainan, produk bayi, sumber prasekolah dan pelesenan.

Source: China Toy & Juvenile Products Association
Keywords: Advertising Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys Children-related news Trade show news