SINGAPURA, 16 September 2019 /PRNewswire/ -- Sebuah platform pengurusan sumber manusia dan faedah-faedah kakitangan BERPANGKALAN DI SINGAPURA, HReasily, memberi impak kepada pelanggannya, yang membuatkan firma tersebut menjadi pelabur.
Envy Capital melabur sebanyak US$5 juta dalam HReasily, yang mana teknologi sumber manusianya ditujukan untuk perusahaan kecil dan sederhana. Firma induk Envy Capital, Envy Asset Management, mula menggunakan perkhidmatannya pada tahun 2015 untuk mengurus pasukan baharu yang terdiri daripada tiga orang kakitangan sahaja. Hari ini, kakitangan Envy berkembang menjadi 18 orang dan pemimpin-pemimpinnya memperjuangkan impak positif penyelesaian HReasily terhadap budaya tempat kerja.
Pelaburan ini merupakan satu pengiktirafan kepada potensi pertumbuhan HReasily dan pendekatan tangkas terhadap pembangunan produk. En. Pascal Henry, ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama HReasily, berkata bahawa ia begitu bermakna untuk menerima pembiayaan daripada pelanggan yang gembira.
"Kami berbesar hati kerana pengguna akhir kami melihat kami bukan sahaja sebagai penyelesaian digital, tetapi sebagai rakan niaga. Pelaburan mereka pastinya akan mempercepatkan pembangunan kami dan membolehkan kami untuk membangunkan ciri-ciri pada kadar yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada mereka sebagai pelabur kami, tetapi juga komuniti pengguna lebih besar yang menerima khidmat kami."
"Ia boleh diskala," kata Cik Rhiya Lee, timbalan pengarah urusan Envy.
"HReasily telah mendigitalkan pelbagai fungsi perkhidmatan pengurusan sumber manusia kami. Ia mudah digunakan dan menjimatkan banyak masa dan tenaga manusia, membebaskan kami untuk membangunkan aktiviti-aktiviti kemanusian: untuk membina dan menambah baik hubungan. Budaya kami menjadi semakin baik.
"Sistem ini membolehkan kami untuk menambah modul dari masa ke semasa. Selain itu, dari hematnya, dalam jangka masa panjang, terdapat permudahan digital yang lain, yang dapat kami gunakan apabila perniagaan kami berkembang."
Pengarah urusan Envy Capital Ng You Zhi percaya bahawa banyak PKS di Singapura dan rantau ini turut sama mendapat manfaat. Menonjolkan peluang pentingnya untuk pertumbuhan, beliau berkata: "Pasaran itu sendiri baru muncul dan daripadanya kami dapat melihat potensinya. Mereka amat jelas dengan apa yang ingin dilakukan oleh mereka. Bukan sahaja dalam HR, tetapi lebih daripada itu."
Applikasi HReasily mendigitalkan dan mengutomasikan proses HR yang renyah. En. Ng dan Cik Lee berkata tarikannya terletak pada sifat inovatifnya - terdapatnya kemudahan pelaksanaan, suaikenal kemasukan kakitangan, kapasiti untuk pemperibadian dan penambahan konsisten modul-modul baharu.
Tatkala syarikat-syarikat beralih ke arah pengasingan perakaunan mereka daripada fungsi-fungsi pembinaan budaya, teknologi HR seperti HReasily memperkasa pemilik perniagaan untuk bertindak balas dengan lebih baik terhadap keperluan kakitangan, menjadikannya sebagai tempat yang menarik untuk bekerja.
Dengan 30,000 syarikat pada platformnya, HReasily mempunyai pengguna aktif dalam lapan ekonomi merentas Asia: Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam.
Suitnya meliputi fungsi-fungsi teras seperti senarai gaji, tuntutan perbelanjaan, masa dan kehadiran, serta pengurusan cuti. Pada tahun ini, sebagai penambahbaikan, HReasily telah menambah komponen Insurans kepada modul rintis Faedah Kakitangan, dan juga perkhidmatan tanpa label (White Label Solutions). Selain itu, syarikat HReasily merancang untuk memperkenalkan komponen seperti Penjadualan dan Faedah Kakitangan seterusnya, dengan Penilaian Prestasi Kerja, Pelaporan, Suaikenal Kemasukan dan Penjadualan untuk tahun 2020.
Siapa Kami
HReasily ialah sebuah syarikat perkhidmatan berasaskan simpanan perisian applikasi Cloud. Misi Kami adalah untuk memudahkan proses HR. Kami percaya dengan pemerkasaan digital dapat memudahkan pengurusan sumber manusia. Modul-modul kami meliputi fungsi-fungsi seperti senarai gaji, faedah, pengurusan kakitangan. cuti, tuntutan dan pemantauan kehadiran masa. Modul-modul lain untuk fungsi-fungsi seperti penjadualan dan penilaian prestasi sedang dirancang untuk tahun 2020. Kini, kami mempunyai 30,000 syarikat pada platform kami di 8 negara: Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam.
Cik Olivia Leong | Emel: olivia@hreasily.com | Tel: +65-9848-4783
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190910/2575326-1?lang=0