omniture

Wartawan Asia Tenggara peroleh perspektif baharu tentang Kawasan Teluk Guangdong-Hong Kong-Macau

Nanfang Media Group
2019-09-17 01:46 300

GUANGZHOU, China, 17 September 2019 /PRNewswire/ -- Nanfang Media Group mengundang wartawan-wartawan dari negara-negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam untuk mengunjungi lima buah bandar Kawasan Teluk Lebih Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau mulai 2 hingga 6 September.

 

Ketika mengakhiri perjalanan mereka, wartawan-wartawan berkongsi dapatan mereka daripada masa yang diluangkan di Guangzhou, Shenzhen, Zhuhai, Dongguan serta Zhongshan dan menyimpulkan bahawa mereka perlu mempelajari dan melaporkan lebih lanjut tentang GBA memandangkan peluang-peluang perkongsian antara GBA dan negara-negara mereka kelihatan cerah.

Tan Dawn Wei, Ketua Biro China The Straits Times, menyebutkan bahawa pembangunan GBA akan membawa peluang besar kepada negara-negara dan kawasan-kawasan berjiran. Tan berpendapat bahawa Singapura dan beberapa negara ASEAN akan mencari peluang-peluang daripada rancangan tersebut, bukan sahaja dari segi budaya, tetapi juga dari segi perdagangan, sains dan penyelidikan.

Han Yong Hong, Naib Ketua Editor Lianhe Zaobao berkongsi, "tanggapan saya tentang Dongguan telah berubah dengan ketara. Ia merupakan sebuah bandar yang sedang membangun ke arah teknologi dan pembuatan berkualiti tinggi." Beliau berpendapat bahawa terdapat lebih banyak peluang untuk menjalin kerjasama dalam bidang sains dan teknologi antara perusahaan Cina dan Singapura. Dalam bidang robotik, kerjasama antara universiti-universiti dari kedua-dua negara dan perusahaan penyelidikan di Dongguan boleh menjadi lebih erat pada masa depan.

Sun Jifei, Naib Ketua Editor Indonesia Shang Bao, memberi pujian tentang rancangan pelancongan Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau (HZMB) yang dilancarkan baru-baru ini, "lebih ramai orang akan tertarik kepada wilayah ini sekiranya HZMB dimasukkan dalam rancangan pelancongan ketiga-tiga tempat ini."

Ketika mengunjungi Taman GMTCM, perkongsian antara Guangdong dan Macau, Su Lingyi, Pengarah Jabatan Berita Cina Sing Sian Yer Pao, berkata, "Tahun lalu, mereka mengadakan sebuah forum TCM di Thailand, yang saya hadiri. Taman ini bukan sahaja mempromosikan TCM yang luar biasa kepada pasaran-pasaran luar negara, tetapi turut memperkenalkan ubat-ubatan dan herba luar negara kepada China: situasi yang saling menguntungkan," kata beliau.

Nang Chian Ping, Editor Berita Digital Kwong Wah Yit Poh, berharap agar melalui akhbar mereka, beliau dapat membekalkan rakyat Malaysia dengan maklumat tentang GBA supaya mereka dapat merebut peluang di sana demi faedah kedua-dua pihak.

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201909/nanfang/video.mp4

Source: Nanfang Media Group
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service