omniture

Ekspo Kanak-kanak China 2019, Pameran Perdagangan Unggulan Asia untuk Semua Produk Bayi, Tonjol Trend Pasaran Masa Depan dan Produk Inovatif

China Toy & Juvenile Products Association
2019-09-17 09:00 391

SHANGHAI, 17 September 2019 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh China Toy & Juvenile Products Association (CTJPA), Ekspo Kanak-kanak China (CKE) akan berlangsung mulai 16-18 Oktober 2019 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Sebagai pameran perdagangan B2B Unggulan Asia untuk produk bayi, CKE mengumpulkan produk inovatif yang terkini, jenama yang terkenal di dunia, trend pembangunan industri dan profesional perniagaan daripada semua fungsi mencakupi seluruh rantaian nilai. Ia merupakan platform penyumberan sehenti untuk pembeli antarabangsa serta pintu masuk yang cekap untuk jenama-jenama antarabangsa menembusi pasaran China yang berkembang.

Pasaran produk bayi global dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi dalam tahun-tahun akan datang dengan China menunjukkan potensi yang besar. Perubahan gaya hidup hasil daripada urbanisasi yang pesat dan penduduk kelas pertengahan yang semakin meningkat, khususnya di negara-negara sedang membangun, telah menggalakkan penerimaan rutin berorientasi kemudahan, lalu menjadikan barangan bayi yang inovatif suatu idaman, yang mendorong pembangunan & pertumbuhan industri. Selain itu, peningkatan kesedaran pengguna serta galakan oleh pengeluar tentang penjagaan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak mendorong pasaran lebih maju ke hadapan.

Sebagai tapak pengeluaran yang terbesar di dunia, industri Pembuatan Produk Bayi di China mengeluarkan pelbagai jenis produk, seperti kereta sorong & perabot bayi, produk tunggang, produk penjagaan bayi, produk suapan, makanan, pakaian, barang mainan dan produk lain. Jenama-jenama baru muncul, produk-produk trend yang terkenal dan mod jualan runcit yang inovatif dari China menggamit perhatian seluruh dunia. China telah dan akan terus memainkan peranan yang tidak dapat ditukar ganti dalam industri produk bayi global. 

CKE akan menghimpunkan lebih 2400 pempamer dengan 5000 jenama yang mengadakan pameran di ruang yang diperluas seluas 230,000 Meter persegi. Mereka akan mempamerkan kereta sorong bayi, tempat duduk kereta dan perabot, produk tunggang, barang mainan, pakaian, produk penjagaan bayi dan sebagainya. Ia dijangka menarik 100,000 pengunjung domestik dan antarabangsa. Sebagai kemuncaknya, ekspo ini akan turut menampilkan pengeluar yang sedia mengeksport yang terkemuka dari lebih 20 wilayah pengeluaran utama di seluruh China, termasuk Dongguan (semua produk bayi), Pinghu (kereta sorong bayi), Pingxiang (produk tunggang), Ningbo (tempat duduk kereta) dan sebagainya. Di seminar, forum dan acara, produk-produk baharu akan dikeluarkan dan pakar-pakar industri akan berhimpun untuk berkongsi pandangan industri dan menafsirkan trend pembangunan masa depan.

Dalam tempoh yang sama, Ekspo Barang Mainan China, Ekspo Prasekolah China dan Ekspo Pelesenan China akan ditempatkan bersama-sama. Ini merupakan acara yang wajib dihadiri oleh sesiapa juga yang ingin mendapatkan sumber dari China dan memahami trend perindustrian serta produk inovatif.

Source: China Toy & Juvenile Products Association
Keywords: Advertising Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys New products/services