omniture

CHINT Anjur Persidangan Inovasi Global mengenai Penyelesaian Tenaga Pintar

CHINT
2019-09-17 23:39 362

WENZHOU, China, 17 September 2019 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Inovasi dan Pembangunan Pasaran Global, dianjurkan oleh CHINT, penyedia penyelesaian tenaga pintar yang terkemuka di China, diadakan Wenzhou dari 9-11 September, memberi tumpuan pada "Tenaga Global, Saling Sambung Pintar". Acara ini bertujuan untuk meneroka cabaran dan peluang yang dihadapi oleh sektor tenaga di samping menyediakan platform bagi tujuan demonstrasi produk-produk baharu dan inovatif.

Nan Cunhui, pengerusi CHINT Group menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Inovasi dan Pembangunan Pasaran Global
Nan Cunhui, pengerusi CHINT Group menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Inovasi dan Pembangunan Pasaran Global

Acara ini menarik perhatian para ilmuwan daripada institusi akademik, pakar industri dan pengusaha utama dari lebih 140 negara, selain rakan niaga CHINT dari seluruh dunia. Para peserta berhimpun untuk berbincang dan berkongsi kepakaran tentang trend-trend industri dan isu-isu kritikal. Perbincangan yang diketengahkan termasuk ucapan dasar berhubung pencapaian inovatif CHINT dalam era Industri 4.0, simpanan tenaga & solar, grid pintar, meter pintar serta medan voltan rendah.

Pencetus trend dalam penyelesaian tenaga pintar, CHINT telah memperkenalkan pelbagai sistem, penyelesaian dan produk pintar serta berautonomi yang didorong oleh data dan pembelajaran mesin. Pusat Data CHINT menerima pakai pengkomputeran awan untuk menawarkan perkhidmatan data bagi pembuatan dan pengurusan perindustrian. Dalam Internet Pelbagai Benda Tenaga dan Internet Pelbagai Benda Perindustrian, CHINT menghasilkan penyelesaian dan sistem untuk memacu transformasi serta pertumbuhan. Semasa sesi persidangan dan promosi, CHINT mempamerkan inovasi dan produk utamanya, termasuk CHINT Cloud (Platform Internet Perindustrian CHINT) yang baru diperkenalkan dan meter elektrik CHINT Kunlun baharu. Syarikat ini membentangkan pengenalan terperinci tentang penyelesaian pintar baharunya untuk sistem kabinet kawalan elektrik, selain penyelesaian baharunya untuk simpanan tenaga elektrik dan perlindungan kebocoran ke bumi. Dalam sesi promosi, CHINT bukan sahaja menyampaikan kepada audiens tentang profil holistik perniagaannya di seluruh dunia, tetapi juga trend yang paling terkini dalam industri dan mod perniagaan yang inovatif.

Selain pelbagai produk dan perkhidmatan yang inovatif, CHINT juga berjaya menyerahkan pelbagai projek tenaga dalam beberapa negara Inisiatif Jalur dan Jalan termasuk Mesir, Vietnam, Bangladesh dan Brazil.

Lily Zhang, Naib Presiden CHINT Electrics menyampaikan ucapan mengenai strategi luar negara CHINT
Lily Zhang, Naib Presiden CHINT Electrics menyampaikan ucapan mengenai strategi luar negara CHINT

CHINT kini menawarkan perkhidmatan di lebih 140 negara melalui 22 cawangan seluruh dunia, disokong oleh tiga pusat penyelidikan dan pembangunan global di Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik, menghasilkan lebih 4,000 paten.

Latar Belakang CHINT

CHINT ialah penyedia penyelesaian tenaga pintar yang terkenal di dunia. Untuk mematuhi trend pembangunan bersepadu antara tenaga moden, pembuatan pintar dan teknologi digital, CHINT menerima pakai One Cloud & Two Nets (Satu Awan & Dua Rangkaian) sebagai strategi perniagaan, memberi tumpuan pada sistem tenaga bekalan, penyimpanan, penghantaran, peruntukan dan penggunaan. Dengan membangun menjadi sebuah perusahan platform, CHINT menyediakan pakej penyelesaian tenaga untuk institusi awam, pengguna perindustrian & komersial serta pengguna terminal, dengan membina ekosfera operasi tenaga pintar serantau.

Laman Sesawang: http://en.chint.com/ 
Facebook: https://www.facebook.com/chintgroup/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/chintelectric/ 
Twitter: https://twitter.com/GroupChint 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190916/2581512-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190916/2581512-1-b?lang=0

Source: CHINT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Oil/Energy Utilities Trade show news