WENZHOU, China, 18 September 2019 /PRNewswire/ -- CHINT, penyedia penyelesaian tenaga pintar yang terkemuka di China telah membawakan barisan produknya yang holistik ke Persidangan Internet Pelbagai Benda untuk Industri dan Tenaga (CITIE) yang berlangsung mulai 10 September hingga 13 September di Wenzhou, wilayah Zhejiang.
Acara tersebut diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa di Wenzhou dan membawakan 12 bahagian bertema yang mempamerkan dunia saling hubung yang semakin berkembang melibatkan bekalan tenaga dan teknologi canggih. Menyumbang kepada persidangan tersebut, CHINT mempamerkan pelbagai produk pintar dan model digital daripada sektor tenaga, pengautomatan, pengilangan dan pengurusan bandar. Pengunjung berpeluang melihat secara mendalam bagaimana sumber tenaga baharu dan grid elektrik generasi seterusnya, taman perindustrian, pengilangan dan utiliti dihubungkan melalui satu sistem pusat CHINT. Dalam sistem tersebut, yang juga merupakan kemuncak pameran CHINT, turut dipaparkan ialah inovasi dalam Internet Pelbagai Benda Tenaga dan Internet Pelbagai Benda Industri yang dibangunkan oleh CHINT.
"Kami amat teruja untuk mendemonstrasikan produk-produk CHINT di CITIE. Dengan mengundang pengunjung untuk mengendalikan dan berinteraksi dengan sistem kami, kami berharap agar dapat mencipta pengalaman yang unik dan imersif," kata Nan Cunhui, pengerusi CHINT Group.
Tenaga baharu pintar
CHINT membekalkan produk dan perkhidmatan PV yang diguna pakai di seluruh dunia. Di kawasan pameran, pengunjung dapat menyaksikan dan mengetahui butiran tentang projek-projek PV buatan khas syarikat yang dilaksanakan di seluruh dunia, dijayakan melalui pemodelan 3-D, penstriman langsung dan data operasi waktu sebenar.
Bekalan kuasa pintar
Pengunjung dapat meneroka penyelesaian tenaga inovatif CHINT dalam pengautomatan tenaga, pemantauan dan pengagihan kuasa. Mereka juga boleh menaiki model skala digital yang akan membawa pengunjung dengan pantas sepanjang trek digital yang dipenuhi dengan penyelesaian futuristik termasuk stesen kereta api terkini, stesen janakuasa dan bangunan komersial serta kediaman yang dicipta untuk dunia saling terhubung.
Pengilangan pintar
Buat julung kalinya, para tetamu berpeluang untuk melihat kilang dan perkhidmatan pengilangan CHINT, termasuk model interaktif lantai kilang. Dikendalikan oleh platform pengawasan digital, pengunjung dapat mengawal kilang berkenaan secara manual. Mereka yang berjaya mengurus proses tersebut boleh membawa pulang produk buatan mereka sendiri, yang boleh dilihat oleh mereka "melurut" daripada tertib pengeluaran.
Latar Belakang CHINT
CHINT ialah penyedia penyelesaian tenaga pintar yang terkenal di dunia. Untuk mematuhi trend pembangunan bersepadu antara tenaga moden, pembuatan pintar dan teknologi digital, CHINT menerima pakai One Cloud & Two Nets (Satu Awan & Dua Rangkaian) sebagai strategi perniagaan, memberi tumpuan pada sistem tenaga bekalan, penyimpanan, penghantaran, peruntukan dan penggunaan. Dengan membangun menjadi sebuah perusahan platform, CHINT menyediakan pakej penyelesaian tenaga untuk institusi awam, pengguna perindustrian & komersial serta pengguna terminal, dengan membina ekosfera operasi tenaga pintar serantau.
Laman Sesawang: http://en.chint.com/
Facebook: https://www.facebook.com/chintgroup/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/chintelectric/
Twitter: https://twitter.com/GroupChint
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190916/2581602-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190916/2581602-1-b?lang=0