omniture

Moutai dan AIESEC Anjur Bersama Youth Speak Forum, Kerjasama Silang Galakkan Kebajikan Awam Antarabangsa

Moutai Group
2019-09-18 17:18 346

COLOMBO, Sri Lanka, 18 September 2019 /PRNewswire/ -- YouthSpeak Forum, dianjurkan bersama oleh Kweichow Moutai Group dan pertubuhan sukarela kendalian-belia antarabangsa AIESEC Sri Lanka, telahpun diadakan di Lighthouse Auditorium di Colombo, Sri Lanka pada 11 September lalu. Moutai bersama-sama menganjurkan acara tersebut kerana ia melaksanakan idea tanggungjawab sosial korporat iaitu "Perusahaan Besar Mempunyai Tanggungjawab Amat Besar" dan menumpukan secara proaktif kepada kebajikan awam antarabangsa, memulakan perjalanan baharu untuk menaik taraf imej antarabangsa jenama-jenama negara Cina.

Pada sebelah pagi, Moutai dan AIESEC Sri Lanka bersama-sama mengadakan aktiviti menanam pokok di Tempat Perlindungan Burung Attidiya di Colombo dan persidangan berita YouthSpeak Forum di Lakshman Kadirgamar Institute, menggamit perhatian daripada orang ramai dan media tempatan yang terkenal di Sri Lanka.

Wakil-wakil PBB yang ditempatkan di Sri Lanka serta wakil-wakil belia tempatan menyampaikan ucapan dasar semasa YouthSpeak Forum yang diadakan pada sebelah petang. Seterusnya, peserta-peserta belia mencadangkan rancangan untuk menambah baik persekitaran Sri Lanka. Mereka menyebutkan bahawa tanggungjawab korporat yang dipikul oleh Moutai dan usaha menumpukan kepada pembangunan mampan telah banyak memberi inspirasi kepada belia tempatan.

Dengan cara berhubung dan berinteraksi dengan belia tempatan, Kweichow Moutai Group mengadakan forum ini untuk menyeru orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk melakar kemajuan ke arah merealisasikan matlamat pembangunan mampan. Dalam masa yang sama, Moutai turut menunjukkan contoh klasik untuk membina imej antarabangsa dengan memikul tanggungjawab sosial buat jenama-jenama negara Cina.

Source: Moutai Group
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Corporate Social Responsibility