omniture

58 Negara Sertai Forum Ekonomi Euro-Asia di Xi'an Bersama Wujudkan Inisiatif Jalur dan Jalan

Xi'an Municipal Government
2019-09-19 03:09 221

XI'AN, China, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Di bawah tema 'Pembinaan Jalur dan Jalan: Kerjasama Peringkat Tinggi dan Pembangunan Berkualiti Tinggi', Forum Ekonomi Euro-Asia 2019 (Forum) diadakan di Xi'an, ibu kota wilayah Shaanxi barat China, telah menghimpunkan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) untuk menggalakkan persefahaman antara negara-negara Asia dan Eurasia selain untuk mencari peluang kerjasama dan pembangunan di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI). Forum ini turut disertai oleh wakil-wakil dari 58 negara, organisasi antarabangsa dan institusi kewangan.

58 Negara Sertai Forum Ekonomi Euro-Asia di Xi'an Bersama Wujudkan Inisiatif Jalur dan Jalan
58 Negara Sertai Forum Ekonomi Euro-Asia di Xi'an Bersama Wujudkan Inisiatif Jalur dan Jalan

Forum telah menggabungkan sumber bakat, modal logistik dan maklumat untuk bersama-sama mewujudkan BRI melalui kerjasama SCO yang dinaik taraf dengan mempercepatkan kolaborasi antara kawasan-kawasan timur dan barat di Eurasia. Ia melihat hal ini sebagai langkah penting antara negara-negara China dan Eurasia untuk menstabilkan ekonomi dunia dalam banyak aspek seperti kecerdasan buatan dan pelaksanaan teknologi tinggi dalam pertanian.

"BRI telah menjadikan Shaanxi sebagai pelopor bagi dasar buka pintu selanjutnya oleh China dan telah menghubungkan Shaanxi dengan anggota-anggota SCO serta negara-negara Eurasia," kata Hu Heping, Setiausaha Jawatankuasa Wilayah CPC Shaanxi. "Menuju ke hadapan, Xi'a akan mengambil peluang ini untuk mengukuhkan pertukarannya dengan negara-negara rakan kongsi dalam bidang tenaga, pembuatan termaju, perdagangan dan pelaburan, ekologi dan pelancongan, infrastruktur mesra alam, logistik dan banyak lagi bidang lain."

Menyasarkan untuk mengukuhkan kerjasama peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menyatukan aspirasi untuk mewujudkan prinsip pembangunan tunggal dan bersama, forum berkenaan terdiri daripada 10 acara satelit yang meliputi aspek kewangan, ekologi, budaya dan pelancongan, meteorologi selain sains dan teknologi. Dialog utama Forum ini ditonjolkan oleh pertukaran asing dalam, ekonomi dan perdagangan, kerjasama perindustrian dan perkhidmatan awam.

Selain itu, 14 aktiviti sokongan termasuk persidangan, festival, persembahan dan pertandingan membantu meningkatkan tahap pembangunan ekonomi berorientasi eksport Shaanxi.

Dilancarkan pada tahun 2005, Forum Ekonomi Euro-Asia diadakan setiap dua tahun. Kini memasuki sesi kelapannya, Forum ini telah membentuk platform penting untuk negara-negara China dan Eurasia bersama-sama mewujudkan BRI dengan mempromosikan lebih 70 hasrat kerjasama rentas sempadan seperti kelab tenaga, dana pembangunan bandar dan juga perpustakaan digital multinasional.

Xi'an, susulan daripada inisiatif Forum ini, akan memainkan peranan pentingnya dalam ekonomi dan pertukaran asing barat China dalam bidang sains dan teknologi sepanjang Jalan Sutera, promosi kebudayaan, model dasar buka pintu dan pengangkutan. Sebagai salah satu zon percubaan di China, Xi'an mengukuhkan kedudukan strategiknya dan berusaha untuk membawakan kekukuhan dalam gaya hidup, pekerjaan dan kemanusiaan.  

Latar Belakang Xi'an 

Ibu kota wilayah Shaanxi barat China, Xi'an ialah destinasi pelancong antarabangsa dengan lebih 3,000 tahun sejarah dan mempunyai tarikan yang terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Kota purbanya. Bandar ini, yang dikenali sebagai "muzium luar China," merupakan titik permulaan Jalan Sutera, jaringan laluan perdagangan purba yang diwujudkan semasa Dinasti Han China yang menghubungkan Timur dan Barat melalui perdagangan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190917/2583170-1?lang=0

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Travel