omniture

Black Desert SEA Kini Tersedia di Steam

Pearl Abyss
2019-09-19 10:07 231

SEOUL, Korea Selatan, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Pearl Abyss hari ini mengumumkan bahawa Black Desert SEA, MMORPG yang terkenal, kini disediakan di Steam.

Black Desert SEA Now Available on Steam
Black Desert SEA Now Available on Steam

Lihat halaman Steam di sini: store.steampowered.com/app/836620/Black_Desert

Black Desert SEA mempunyai pemain-pemain yang memainkan peranan 'Pengembara' dan melibatkan diri mereka dalam dunia yang menakjubkan dan dan beraneka perincian yang mana aktiviti dan pencarian yang luas menanti bersama sistem pertempuran berasaskan kemahiran pada waktu sebenar dan sistem kemahiran hidup yang ekstensif. Mereka boleh memilih antara berbilang kelas dan mereka bentuk watak unik yang benar-benar menonjolkan diri mereka dan gaya tempur pilihan mereka. Pemain-pemain boleh mengembara bersama Black Spirit yang penuh misteri dan bersama-sama membongkar misteri Black Desert melalui platform serba baharu. 

Bagi meraikan pelancaran permainan tersebut di Steam, semua pakej akses permainan di Steam dan laman sesawang rasmi akan dijual dengan potongan 40% untuk masa yang terhad. Selain itu, acara waktu bermain baharu akan disediakan sehingga 24 September yang membolehkan pemain-pemain mengumpul sehingga lima item yang sukar dijumpai setiap hari dengan menerokai dunia Black Desert. Pengembara boleh merebut peluang untuk diri mereka dan Pengembara baharu yang lain dengan lebih banyak ganjaran melalui acara jemputan berterusan sepanjang waktu ini. Dengan acara-acara tambahan yang bakal berlangsung untuk meraikan penyertaan Black Desert SEA dalam Steam, pemain-pemain boleh mengalami ciri-ciri epik pada permainan dengan pelbagai faedah dan fungsi yang disediakan oleh platform ini.

Ketahui lebih lanjut tentang Black Desert SEA di sea.playblackdesert.com . 

Latar Belakang Black Desert

Black Desert ialah MMORPG aksi dunia terbuka Pearl Abyss, dengan visual canggih dan pertempuran berasaskan kemahiran yang menakrifkan semula genre. Dengan sistem penyesuaian watak paling maju berbanding mana-mana permainan yang kini terdapat dalam pasaran, pengguna dapat keluar daripada kebiasaan dan menghasilkan watak unik yang benar-benar menonjolkan diri mereka. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO dan RPG aksi. Dengan lebih 11 juta pengguna berdaftar, Black Desert untuk komputer peribadi disediakan di lebih 150 negara dan dalam 12 bahasa.

Latar Belakang Pearl Abyss

Ditubuhkan pada tahun 2010, Pearl Abyss telah membangunkan francais MMORPG Black Desert untuk komputer peribadi, peranti mudah alih dan konsol. Semua permainan mereka dibina berdasarkan enjin proprietari mereka dan terkenal dengan grafik canggih. Dengan pelbagai projek yang sedang diusahakan, mereka bersiap sedia untuk meneruskan pertumbuhan sepanjang tahun 2019 dan seterusnya bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai pembangun terkemuka dalam industri permainan. Maklumat lanjut tentang Pearl Abyss disediakan di www.pearlabyss.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190916/2581475-1-b?lang=0

Source: Pearl Abyss
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment New products/services