omniture

Teo Choo Guan menang "Anugerah Keamanan Dunia" Sweden

Rakyat Malaysia pertama terima Anugerah Keamanan Dunia
WAKi International Group
2019-09-19 14:49 343

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Pengasas dan pengerusi WAKI International Group Teo Choo Guan telah menjadi rakyat Malaysia pertama yang dianugerahkan Anugerah Keamanan Dunia 2019.

Teo menerima anugerah tersebut di atas usaha dan baktinya dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti yang memupuk keharmonian dan hormat-menghormati antara pelbagai agama.

Teo Choo Guan menang "Anugerah Keamanan Dunia" Sweden
Teo Choo Guan menang "Anugerah Keamanan Dunia" Sweden

Lebih dikenali sebagai 'Pak Teo', beliau merupakan salah seorang daripada tujuh yang tercalon dari 120 negara berbeza.  Teo berpegang pada idea mewujudkan keamanan dan keharmonian dunia dengan menggalakkan pelbagai aktiviti berkaitan agama. 'Menjalani hidup yang hormat-menghormati antara satu sama lain dengan mengambil berat dan saling berkongsi sememangnya menjadi pegangan hidup yang amat penting buat saya,' ujarnya.

'Kami mengambil inisiatif dengan melakukan kerja sosial yang sejajar dengan visi kami apabila melibatkan usaha meningkatkan kesedaran tentang kemanusiaan di seluruh dunia. Konsep asas tentang kemanusiaan adalah untuk menghormati satu sama lain tanpa mengira perbezaan latar belakang dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain,' kata Teo dalam ucapannya semasa menerima anugerah.

'Kita hendaklah sentiasa menghormati perbezaan yang ada di antara kita. Sentiasa berkongsi dan mengambil berat antara satu sama lain walaupun kita berbeza. Maka dengan ini kita mampu mencipta dunia yang harmoni.'

Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam mempromosikan kerja-kerja amal seperti membina masjid, gereja dan kuil di Asia Tenggara dan China. Beliau juga sangat aktif dalam kerja-kerja amal umum seperti memberi sumbangan kepada badan-badan atau yayasan sukarela tanpa mengambil kira bangsa atau agama.

Beliau menjelaskan pegangannya tentang kerja sosial dan memberitahu bahawa terdapat tiga fasa dalam membina kemanusiaan menerusi kerja sosial.

'Tahap pertama adalah untuk memahami pentingnya saling hormat-menghormati. Tahap kedua adalah untuk menjelaskan kebenaran. Kita hanya bertindak setelah kita benar-benar faham.  Ketiga minda hendaklah sentiasa peka supaya kita mampu melakukan kerja sosial dengan lebih baik walaupun menghadapi cabaran.'

'Tindakan hanya akan diambil apabila kita memiliki pemahaman yang jelas tentang tujuannya dan mendapat gambaran penuh tentang kerja sosial yang akan dilaksanakan. Tentunya akan ada cabaran dan halangan di sepanjang jalan, akan tetapi dengan fikiran yang jelas dan tujuan yang kuat, kita mampu menghadapinya dan mara ke hadapan,' katanya.

Hubungan
Syarikat: WAKi International Group 
Pegawai: SiaoEe Teo
Emel: Hantar Emel
Negara: Malaysia
Laman Sesawang: http://www.waki.asia

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190917/2583199-1?lang=0

Source: WAKi International Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Awards Corporate Social Responsibility