ZIYANG, China, 20 September 2019 /PRNewswire/ -- Laporan daripada China News Service:
Persidangan Pembangunan Industri Lemon Dunia yang pertama (WLIDC) bermula pada hari Selasa di Anyue, iaitu pengeluar lemon terbesar di China, dan bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan tentang kerjasama perdagangan lemon pada masa depan.
Persidangan ini telah dianjurkan oleh Chinese Citrus Society dan dihadiri oleh banyak pakar dari 10 buah negara, yang mengadakan perbincangan tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan penanaman terpiawai dan inovasi pemasaran.
"Lemon adalah baik untuk kesihatan dan sesuai dengan tema Hari Makanan Sedunia," ujar Zhang Zhongjun, iaitu wakil Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FOA) Bangsa-bangsa Bersatu, dalam ucapannya.
Anyue ialah salah satu daripada lima tapak pengeluaran lemon yang utama di dunia yang meliputi Kawasan penanaman seluas 58,000 mu (9554.74 ekar), dengan jualan mencecah sebanyak 11 bilion yuan, menurut buku biru persidangan.
Pengeluar lemon terbesar telah bekerjasama dengan institut penyelidikan termasuk Akademi Sains Pertanian China dan Universiti Pertanian Sichuan untuk menghasilkan teknologi moden bagi menggalakkan pembangunan kualiti industri lemon.
Pengerusi Chinese Citrus Society, Deng Ziniu mengalu-alukan pencapaian Anyue dalam industri lemon dengan mengatakan bahawa penambahbaikan dalam pertanian saintifik akan mendorong kepada peningkatan nilai tambah produk.
Wu Xu, Datuk Bandar Ziyang, berkata bahawa Lemon Anyue ialah jenama industri pertanian dominan Sichuan yang hebat.
"Sebagai Bandar Lemon China, Anyue menjangkakan lebih banyak peluang bagi kerjasama antarabangsa dalam semua bidang dan bukan hanya memfokuskan hubungan pertanian," kata Wu.
Anyue akan bekerjasama dengan para professional dari seluruh dunia dan institut penyelidikan seperti Universidad Politecnica de Madrid (UPM, Universiti Teknikal Madrid) dan syarikat Amerika yang berkaitan, menurut kerajaan Ziyang.
"Anyue akan memberikan lebih penekanan terhadap pembangunan industri pelancongan, kebudayaan dan industri kreatif," kata Wu.
Annesandra Gandil, profesor Universita degli Studi di Catania, berkata bahawa China mempunyai kerjasama yang meluas dengan Itali dalam industri lemon dan kedua-dua pihak boleh mempunyai lebih banyak hubungan dari segi idea pembangunan dan pemprosesan produk yang mendalam.
Bandar ini akan mengambil tanggungjawab untuk mempercepatkan pembangunan industri lemon dunia dan menyumbang kepada kemakmuran kerjasama dan pertukaran antarabangsa.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190918/2584607-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190918/2584607-1-b?lang=0