omniture

LONGi Menang Pesanan 500MW untuk panel Hi-MO 4 berkuasa tinggi di Vietnam

LONGi Solar
2019-09-20 02:50 393

HANOI, Vietnam, 20 September 2019 /PRNewswire/ -- LONGi dan DLG Solar menandatangani kontrak untuk projek PV 50MW di Vietnam, yang akan menerima pakai modul-modul Hi-MO 4 berkuasa tinggi yang terkini daripada LONGi berdasarkan wafer monohabluran M6 baharu. Ini merupakan satu lagi pesanan megawatt Hi-MO 4 sejak pelancarannya pada Mei 2019 di Intersolar Europe.

Terletak di Wilayah Ninh Thuan, projek ini akan meliputi kawasan seluas 60 hektar dan menjana sehingga 80,000 MWj setiap tahun. Jumlah pelaburan dianggarkan mencecah US$50 juta.

Varian 72-sel Hi-MO 4, panel-panel yang ditetapkan dalam projek ini, mencapai kuasa maksimum 440W. Prestasi berkuasa tinggi ini bukan sahaja menjimatkan kos BOS, tetapi turut meningkatkan penjanaan kuasa dan juga pendapatan. Ini merupakan satu penanda aras bagi menggalakkan pembangunan pesat pasaran fotovolta Vietnam.

"Saya memilih LONGi lantaran kualiti produknya dan jenama yang mantap, yang mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan pelanggan dan rakan kongsi seluruh dunia. Saya tidak pernah meragui kualiti LONGi dan saya yakin sepenuhnya daripada inovasi berterusan anda dalam teknologi dan produk," kata Ta Quoc Dung, Pengurus Besar DLG Solar.

"Vietnam ialah pasaran utama untuk hala tuju strategik luar negara LONGi." En. Dennis She, Naib Presiden Kanan LONGi Solar berkata, "Kami menghargai kepercayaan dan sokongan daripada pelanggan kami. LONGi telah menempah lebih 2GW pesanan untuk modul-modul Hi-MO 4 kami dan dapat memenuhi sepenuhnya kehendak pasaran. Kami akan menyediakan produk monohabluran berkecekapan tinggi dengan LCOE yang lebih rendah dan tenaga elektrik bersih yang berpatutan untuk perusahaan dan penduduk tempatan berdasarkan permintaan berbeza dalam pasaran PV Vietnam."

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO?lang=0

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities Contracts