omniture

HUAWEI CLOUD Lancar Perkhidmatan Kluster EI dan Kembar Pintar Perindustrian

HUAWEI CLOUD
2019-09-20 13:24 472

SHANGHAI, 20 September 2019 /PRNewswire/ -- Pada hari pertama berlangsungnya HUAWEI CONNECT 2019, Zheng Yelai, presiden Unit Perniagaan Awan Huawei, menyampaikan ucapan yang bertajuk "Menyeberangi Jurang Komersial - Membina AI Inklusif". Beliau mencadangkan empat kunci untuk melaksanakan AI dengan jayanya dan mengumumkan pelancaran rasmi Perkhidmatan Kluster EI dan Kembar Pintar Perindustrian yang canggih.

En. Zheng mengulas, "Huawei telah membina penyelesaian AI tindanan penuh, semua senario; kini masanya telah tiba untuk membawa pelaksanaan AI ke tahap seterusnya. HUAWEI CLOUD akan mendorong pelaksanaan ke hadapan. Kami akan bekerjasama dengan begitu banyak perusahaan untuk merapatkan jurang komersial AI agar AI dapat memberi manfaat dan membawakan kecerdasan kepada setiap industri."

Zheng Yelai Lancar Kembar Pintar Perindustrian HUAWEI CLOUD
Zheng Yelai Lancar Kembar Pintar Perindustrian HUAWEI CLOUD

Empat Kunci Pelaksanaan AI yang Berjaya 

Pelabur-pelabur global begitu bersemangat tentang AI. Tahun lalu, Huawei mencadangkan 3 senario AI utama: kerja berjumlah tinggi yang berulang-ulang; pengalaman pakar; dan kolaborasi berbilang domain. Setakat ini, Kecerdasan Perusahaan HUAWEI CLOUD telah diaplikasikan dengan jayanya kepada lebih 500 projek dalam 10 industri termasuk pengurusan bandar, pembuatan, penjagaan kesihatan, automobil, kampus dan Internet.

En. Zheng turut mengulas bahawa "untuk melaksanakan AI dengan jayanya, kita perlu menyelaraskan empat peranan utama: senario perniagaan yang jelas, ISV/SI, peranti/proses dan platform AI."

1. Senario perniagaan yang jelas merujuk kepada sempadan dan objektif yang ditakrifkan dengan baik, senario gelung tertutup dan data yang mencukupi. Sebagai contoh, Sanlian Hope, penyedia teknologi gentian sintetik Cina, memeriksa filamen secara visual. Pekerja-pekerja hanya mampu memeriksa 100 meter terakhir bagi setiap kili, lantas menimbulkan isu-isu jaminan kualiti yang mungkin terjadi. Sejak tahun 2018, Sanlian Hope bekerjasama dengan HUAWEI CLOUD untuk menggunakan AI bagi meningkatkan pemeriksaan kualiti gentian sintetik. Kini, mereka dapat memeriksa kualiti bagi setiap kili.

2. Kuasa pengkomputeran yang tersedia. Pada masa kini, kuasa pengkomputeran tidak mencukupi, mahal dan sukar untuk diperoleh. HUAWEI CLOUD kini menyediakan Perkhidmatan Kluster EI yang terpantas di dunia, dikuasakan oleh Atlas 900 untuk menyediakan pembangun dengan kuasa pengkomputeran yang mencukupi dan cekap kos. Kluster EI ini mengandungi ribuan pemproses Ascend 910 dan dapat menyempurnakan latihan ResNet-50 melalui ImageNet hanya dalam masa 59.8 saat, 15% lebih pantas berbanding pesaingnya. Tidak seperti perkakasan tradisional, Perkhidmatan Kluster EI dapat diperuntukkan serta merta bagi menyediakan kuasa pengkomputeran yang boleh diskala dengan anjal bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

3. Sentiasa mengembangkan perkhidmatan AI. Dalam era AI, membina sistem gelung tertutup dalam talian adalah amat penting.

4. Organisasi dan bakat yang sepadan. Bakat, organisasi dan proses hendaklah begitu sepadan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada manusia. Lapangan Terbang Shenzhen bekerjasama dengan HUAWEI CLOUD untuk membina sistem peruntukan tempat parkir pesawat pintar. Sistem ini membebaskan pengendali daripada tugasan berulang-ulang dengan mempelajari peraturan dan menganalisis pengalaman terdahulu yang bernilai. Penggunaan bas ulang alik dikurangkan apabila nisbah dok penerbangan meningkat, lalu mempertingkat pengalaman perjalanan penumpang.

Kembar Pintar Perindustrian HUAWEI CLOUD, Enjin baharu untuk Kecerdasan Perindustrian

HUAWEI CLOUD secara rasminya melancarkan Kembar Kecerdasan Perindustrian untuk industri pembuatan. Sebagai enjin baharu untuk transformasi industri pintar, ia mengaplikasikan pelbagai teknologi seperti enjin pengecaman pintar dikuasakan-graf pengetahuan, enjin ramalan pintar berasaskan-model AI dan enjin pengoptimuman membuat-keputusan.

Kembar Kecerdasan Perindustrian HUAWEI CLOUD telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti tenaga, perlombongan, kuasa elektrik, simen dan serat kimia. Sebagai contoh, HUAWEI CLOUD bekerjasama dengan China National Petroleum Corporation (CNPC) untuk menggunakan enjin pengecaman pintar bagi membantu mengenal pasti takungan hidrokarbon, mempercepatkan pengenalpastian sebanyak 70%. HUAWEI CLOUD bekerjasama dengan Golden Stone Group untuk menggunakan enjin pengoptimuman pintar bagi meningkatkan ketepatan ramalan pengadunan arang batu dan kualiti kok kepada lebih 95%. Ini dapat memberi penjimatan kepada syarikat sebanyak lebih CNY 10 bagi setiap tan kok.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur serta peranti pintar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190918/2584491-1?lang=0

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services