omniture

Huawei Perkenal Strategi Produk Pintar Generasi Akan Datang dan Produk +AI Baharu

Memajukan Kecerdasan dalam Produk dan Penyelesaian ICT bagi Membantu Perusahaan Berjaya dalam Transformasi Digital
Huawei
2019-09-20 14:05 546

SHANGHAI, 20 September 2019 /PRNewswire/ -- Semasa HUAWEI CONNECT 2019, Huawei memperkenal strategi produk pintar generasi akan datang dan produk AI+ baharunya untuk pasaran perusahaan. Produk dan penyelesaian baharu ini termasuk seni bina AI tiga lapisan berasaskan siri produk Enjin AI Turbo, pengurusan rangkaian dan sistem kawalan pemanduan autonomi iMaster NCE, dan platform rangkaian kecerdasan buatan (AI) iMaster NAIE pertama industri; penyetoran kilat sepenuhnya pintar OceanStor Dorado generasi baharu berasaskan pemproses Kunpeng dan Ascend; Huawei OptiXtrans DC908, produk saling sambung pusat data (DCI) pintar pertama industri; dan banyak lagi.

Sun Fuyou, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi Huawei Enterprise Business Group berkata: "Strategi produk generasi akan datang Huawei Enterprise diberi julukan '123456', yang bermaksud kami bermatlamat membina 1 dunia terhubung secara pintar; berfokus kepada 2 senario perkhidmatan - kampus dan pusat data; menyediakan 3 siri produk Rangkaian OptiX Pintar; menawarkan 4 produk siri enjin rangkaian IP pintar; dan memanfaatkan kelebihan 5G, Wi-Fi 6 dan OceanStor Dorado V6 Huawei serta produk dan penyelesaian lain yang dibangunkan oleh Huawei.

"Selain menceburi bidang produk tunggal, Huawei Enterprise juga menyatukan teknologi utama merentas bidang produk yang pelbagai, contohnya, rangkaian IP dan optik, 5G dan Wi-Fi 6, IP dan penyetoran, dan SDN lembut/keras. Berfokuskan kampus dan pusat data, kami memajukan kecerdasan dalam inovasi kami untuk menawarkan produk dan penyelesaian pintar generasi hadapan yang berdaya saing."

Sun Fuyou, Vice President and CTO of Huawei Enterprise Business Group
Sun Fuyou, Vice President and CTO of Huawei Enterprise Business Group

Huawei lancar seni bina AI tiga lapisan untuk mencipta rangkaian IP pintar bagi era AI

Untuk kali pertama, Huawei memperkenal seni bina AI tiga lapisan untuk mencipta rangkaian IP pintar, membawa bersama-sama ketersambungan pintar, pengoperasian dan penyelenggaraan pintar, dan pembelajaran pintar bagi era AI. Seni bina ini termasuk siri produk Enjin AI Turbo, pengurusan rangkaian dan sistem kawalan pemanduan autonomi iMaster NCE, dan platform rangkaian AI iMaster NAIE pertama industri. Syarikat ini telah menyerap kemampuan AI dalam pelbagai lapisan rangkaian IP, meningkatkan sepenuhnya tahap kecerdasan dan memesatkan pembangunan rangkaian untuk menyokong pemanduan autonomi.

Kevin Hu, Presiden Baris Produk Komunikasi Data Huawei berkata: "Huawei akan terus meningkatkan sisi persaingan produk dan penyelesaiannya dengan memanfaatkan kelebihan seni bina AI tiga lapisan untuk rangkaian IP pintar berasaskan siri produk Enjin AI Turbo, iMaster NCE dan iMaster NAIE. Kami berusaha untuk memberi khidmat lebih baik kepada pelanggan global dan rakan kongsi serta menerajui pembangunan rangkaian IP pintar."

Kevin Hu, President of Huawei’s Data Communication Product Line
Kevin Hu, President of Huawei’s Data Communication Product Line

Huawei lancar penyetoran kilat sepenuhnya pintar OceanStor Dorado generasi baharu berasaskan pemproses Kunpeng dan Ascend

Penyetoran kilat sepenuhnya pintar OceanStor Dorado generasi baharu Huawei (siri OceanStor C) ialah platform berkelajuan tinggi hujung ke hujung dibina berasaskan pemproses AI Kunpeng 920 dan Ascend 301. Ia membolehkan pengendalian 20 juta I/O per saat (IOPS) dan mengurangkan kependaman sehingga dalam julat 0.1 ms. Seni bina SmartMatrix dengan ketersambungan penuh dan kebolehpercayaan tinggi memastikan operasi lancar perniagaan teras walaupun dalam kes kegagalan pengawal. Tambahan lagi, berasaskan keupayaan pembelajaran mesin pemproses AI Ascend 301, kadar kena cache baca meningkat sebanyak 50%. Memanfaatkan kelebihan pengaruh ketersambungan AI berasaskan awan, ia juga membenarkan pengurusan pintar kitar hayat penuh, menjadikan pengalaman penyetoran lebih baik secara berterusan ketika penggunaan.

Peter Zhou, Naib Presiden Baris Produk IT dan Presiden Data Pintar dan Domain Penyetoran Huawei, berkata: "Dengan pembangunan pantas teknologi termoden seperti 5G, AI dan Internet Benda (IoT), pelbagai barisan aplikasi dan jumlah data besar dijana, yang mencipta keperluan mendesak terhadap pemprosesan data masa nyata. Infrastruktur data mesti dinaik taraf untuk memenuhi tuntutan ini. Penyetoran kilat sepenuhnya pintar OceanStor Dorado, penyelesaian penyetoran pintar generasi hadapan, mempersembahkan pengalaman bertahun-tahun Huawei dalam teknologi penyetoran kilat sepenuhnya, dan bermatlamat untuk membantu pelanggan mendapatkan sebanyak mungkin nilai daripada nilai data mereka dengan lebih baik."

Zhou juga mengumumkan pelancaran Flash Only Plus, satu skema penyetoran kilat sejagat, yang menjadikan penyetoran kilat sepenuhnya lebih mampu milik, lebih mampu dicapai dan mudah digunakan.

Peter Zhou, Vice President of Huawei's IT Product Line and President of Huawei’s Intelligent Data and Storage Domain
Peter Zhou, Vice President of Huawei's IT Product Line and President of Huawei’s Intelligent Data and Storage Domain

Huawei umum strategi Rangkaian OptiX Pintar untuk perusahaan dan produk baharu termasuk OptiXtrans DC908, produk DCI pintar pertama industri

Huawei mengumumkan strategi Rangkaian OptiX Pintar untuk perusahaan dan memperkenal tiga siri produk inovatif - OptiXtrans, OptiXaccess dan OptiXstar - untuk mengawal pusat data optik penuh, penghantaran optik penuh, dan senario kampus optik penuh. Produk yang baru dilancarkan termasuk:

  • OptiXtrans DC908 Huawei, produk DCI pintar pertama industri, disesuaikan untuk pelanggan pusat data global bagi memastikan antara hubung pusat data yang lancar. Produk ini berasaskan seni bina yang diringkaskan dan menyokong penyediaan perkhidmatan satu klik tanpa pengendalian profesional. Pengerahannya memakan masa kurang daripada lapan minit. Dengan kapasiti penghantaran 48T menerusi fiber optik tunggal, ia boleh mengurangkan bilangan sambungan fiber sebanyak 90% untuk satu tapak. Dilengkapi dengan cip dan algoritma khusus, rangkaian-rangkaian boleh diuruskan secara pintar.
  • OptiXtrans E9600 Huawei, peranti penghantaran optik penuh pintar pertama disesuaikan untuk perusahaan, boleh digunakan secara meluas dalam industri penting untuk pembangunan sosial dan ekonomi rakyat, seperti tenaga, kuasa dan elektrik, pengangkutan, pendidikan dan kewangan. Keselamatan tahap industri memastikan kebolehpercayaan tinggi penghantaran data penghasilan jarak panjang.
  • OptiXaccess dan OptiXstar Huawei ialah siri produk akses optik dan terminal optik direka bentuk untuk perusahaan yang bertujuan untuk membentuk semula rangkaian kampus tradisional dengan fiber optik yang mesra alam dan meningkatkan kecekapan pengoperasian perusahaan.

Richard Jin, Presiden Baris Produk Penghantaran dan Akses Huawei berkata: "Penstrukturan semula rangkaian tradisional ialah satu keperluan mendesak bagi perusahaan yang sedang menghadapi transformasi digital. Berasaskan kelebihan teknologi optik fiber dalam jalur lebar, penggunaan tenaga dan kestabilan penghantaran, semakin banyak industri mula menggunakan sambungan optik untuk pengeluaran dan pengoperasian bagi mengurangkan kos penghantaran rangkaian, meningkatkan kecekapan operasional, dan menambah baik pengalaman perniagaan. Bagi mencapai matlamat ini, Huawei sebagai peneraju industri optik, telah memperkenalkan strategi Rangkaian OptiX Pintar dan siri produk inovatif 'tiga Optix' untuk pasaran perusahaan bagi membina ketersambungan optik meluas sebagai asas optik penuh untuk transformasi digital perusahaan."

Richard Jin, President of Huawei’s Transmission & Access Product Line
Richard Jin, President of Huawei’s Transmission & Access Product Line

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190918/2584765-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190918/2584765-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190918/2584765-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190918/2584765-1-d?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news