omniture

Shisen Hanten by Chen Kentaro di Mandarin Orchard Singapore menang sebagai restoran China bertaraf Michelin yang tertinggi di Singapura selama empat tahun berturut-turut

Mandarin Orchard Singapore
2019-09-20 16:14 152

SINGAPURA, 20 September 2019 /PRNewswire/ -- Shisen Hanten by Chen Kentaro di Mandarin Orchard Singapura masih mengekalkan kedudukannya sebagai restoran China bertaraf Michelin yang tertinggi di Singapura untuk tahun keempat berturut-turut selepas ia dianugerahkan dua bintang dalam Panduan MICHELIN Singapura 2019.

Chef Eksekutif, Chen Kentaro dan pasukannya di Mandarin Orchard Singapore untuk meraikan kemenangan penilaian Michelin mereka
Chef Eksekutif, Chen Kentaro dan pasukannya di Mandarin Orchard Singapore untuk meraikan kemenangan penilaian Michelin mereka

"Ia merupakan suatu penghormatan yang hebat untuk dikenali sebaris dengan barisan restoran mewah di Singapura," kata Chen Kentaro, Chef Eksekutif restoran Szechwan yang eponim. "Amat sukar untuk terus meningkatkan standard restoran dengan pelbagai landskap kulinari yang hebat dan kompetitif di Singapura. Saya terus dipandu oleh visi saya untuk menggalakkan penghargaan yang lebih tinggi bagi hidangan Szechwan, dan diinspirasikan oleh rasa minat dan sokongan daripada semua tetamu kami."

Restoran ini yang dilancarkan pada 2014 sebagai kemunculan kali pertama di peringkat antarabangsa bagi rangkaian restoran Szechwan Shisen Hanten yang terkenal di Jepun, Shisen Hanten by Chen Kentaro ialah produk legasi kulinari yang membanggakan yang bermula pada 1958 dengan penubuhan restoran Shisen Hanten yang pertama di Jepun oleh Chinese émigré, Chen Kenmin, yang kemudian dikenali sebagai "Bapa hidangan Szechwan di Jepun".

Restoran ini kemudian diwariskan kepada anak lelaki sulungnya, Chen Kenichi, dengan nama gelaran "Szechwan Sage" dan merupakan salah seorang Iron Chef yang sangat terkenal di Jepun. Shisen Hanten berkembang di bawah pimpinan Chen Kenichi sebagai perniagaan keluarga di seluruh Jepun untuk menjadi rantaian restoran yang disanjung secara meluas pada hari ini.

Generasi ketiga, Chen Kentaro, kini meneruskan legasi keluarga ini. Di Shisen Hanten by Chen Kentaro, beliau menzahirkan kemahirannya dalam bidang Szechwan melalui hidangan inovatif yang menggabungkan rasa yang lebih tradisional dengan cita rasa Jepun. Menu item yang paling popular ialah Mapo Doufu Chen, iaitu resepi asal keluarga Chen menggunakan doubanjiang (pes kacang parang bercili) yang ditapai lebih daripada tiga tahun. Hasil akhirnya ialah hidangan tofu yang luar biasa lembut dan halus yang sangat lazat dinikmati apabila digandingkan dengan cara yang menyelerakan bersama semangkuk nasi Hokkaido yang wangi. Resepi lain yang mesti dicuba ialah Sup Mee Pedas Asli Chen; Filet Ikan Stew dengan Sos Lada Szechwan Pedas Super; dan Lada Cili Szechwan dan Ayam Tumis.

Shisen Hanten by Chen Kentaro bergabung dengan senarai hotel dan restoran Michelin di Singapura buat kali pertama pada 2016 dan mencapai taraf bintang tertinggi untuk restoran China di negara ini dan mengekalkan statusnya sejak itu.

Panduan MICHELIN bermula lebih daripada seratus tahun yang lalu dengan menganugerahkan bintang kepada penubuhan restoran mewah yang hebat. Hari ini, ia memberikan penilaian kepada lebih daripada 30,000 penubuhan di lebih 30 buah wilayah di seluruh tiga benua. Dengan sistem penilaiannya yang unik, Panduan MICHELIN ialah ciri bagi kualiti restoran mewah untuk restoran di seluruh dunia. Ia berusaha keras untuk melindungi ketanpanamaan pemeriksanya yang ditugaskan untuk memberikan penilaian kepada restoran yang berbeza berdasarkan kualiti ramuan, penguasaan perisa dan teknik memasak, personaliti chef dalam hidangan, nilai wang, dan kekonsistenan antara lawatan.

Penilaian dua bintang digambarkan sebagai "restoran yang berbaloi untuk dikunjungi, menunjukkan masakan yang hebat dan hidangan yang disediakan dengan mahir dan teliti untuk kualiti yang baik".

Bagi maklumat lanjut tentang Shisen Hanten by Chen Kentaro di Mandarin Orchard Singapore, lawati www.shisenhanten.com.sg.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190918/2584657-1?lang=0

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Restaurants Retail Travel Awards