omniture

Yogurt Gaya Greek Yili AMBROSIAL Dilancar Secara Rasmi dalam Pasaran Asia Tenggara, Terus Perluas Jalan Sutera Tenusunya

Yili Group
2019-09-20 21:30 606

SINGAPURA, 20 September 2019 /PRNewswire/ -- Yili (SHA: 600887), perusahaan produk tenusu yang terbesar di Asia, semalam mengadakan majlis pelancaran di Singapura untuk mengumumkan pelancaran rasmi subjenama AMBROSIAL di Asia Tenggara. Semasa berlangsungnya upacara tersebut, Yili turut mengumumkan kerjasama antara jenama AMBROSIAL dan pasukan Alfa Romeo F1. Ketua Pegawai Eksekutif dan Prinsipal pasukan Frederic Vasseur serta salah seorang pemandu Kimi Raikkonen turut menghadiri upacara tersebut.

(from left to right) Tetra Pak China Marketing Cluster Leader Manuel Calderon, Alfa Romeo F1 Team, Yili Group VP An Lei, Representatives of AMBROSIAL are celebrating the launch of AMBROSIAL
(from left to right) Tetra Pak China Marketing Cluster Leader Manuel Calderon, Alfa Romeo F1 Team, Yili Group VP An Lei, Representatives of AMBROSIAL are celebrating the launch of AMBROSIAL

"Keputusan Yili untuk memperkenalkan AMBROSIAL di Asia Tenggara berasal daripada matlamat untuk menyepadukan sumber berkualiti tinggi di seluruh dunia bagi memberi pilihan makanan yang sihat kepada pelanggan seluruh dunia," jelas An Lei, Naib Presiden Yili Group. "AMBROSIAL berusaha untuk membawakan kepuasan yang lemak dan berkrim kepada kehidupan. Penembusan pasaran ke dalam pasaran Asia Tenggara ialah langkah baharu untuk Yili Group bagi mencapai kumpulan pengguna yang lebih besar di seluruh dunia. Ia juga merupakan satu inisiatif baharu untuk Yili mempromosikan gaya hidup sihat dan pembangunan mampan di Asia Tenggara."

Minuman yogurt gaya Greek yang lemak dan berkrim, dengan lebih banyak protein berbanding yogurt biasa, dihasilkan dengan kultur yogurt istimewa yang dibangunkan oleh Agricultural University of Athens di Greece dan diperbuat daripada susu segar yang bersumberkan padang ragut terpilih.

Produk ini dibangunkan bagi memenuhi gaya hidup moden yang semakin berkembang sebagai kepuasan yan gboleh dibawa bersama dan untuk menyediakan pengguna Asia dengan pengalaman minum yang baharu. Sejak jenama AMBROSIAL dilancarkan pada tahun 2013, ia telah mencapai jualan tahunan sebanyak lebih USD 1.97 bilion.

AMBROSIAL yang dilancarkan dalam pasaran Asia Tenggara disediakan dalam tiga jenis pempakejan bagi tujuan kemudahan, iaitu Tetra-Pak, Tetra-Top dan PET Bottle serta dengan lima perisa iaitu asli, beri biru, strawberi, pic kucing & oat dan mangga & buah markisah.

Pada bulan Julai, yogurt berperisa oren dan nanas AMBROSIAL daripada Yili disenarai pendek sebagai FINALIS dalam kategori "Konsep Terbaik" bagi Anugerah Inovasi Makanan Asia 2019. Yogurt ini akan turut disediakan dalam beberapa pasaran pada masa depan.

Yili bercita-cita tinggi untuk membawakan rangkaian produk yang lebih luas dengan kualiti tertinggi kepada pelanggan di wilayah ini. Yili berusaha untuk menyediakan pelanggan dengan yang terbaik, mendapat sumber bahan berkualiti tinggi di seluruh dunia selain mendorong inovasi dan keupayaan pemasaran. Dengan objektif utama Yili untuk "Berkongsi Kesihatan dengan Dunia", kumpulan ini amat berminat untuk menjadi penyedia makanan sihat yang paling dipercayai di dunia.

Latar Belakang Yili 

Ditubuhkan pada tahun 1956, Inner Mongolia Yili Industrial Group Co. (Yili Group) telah menjadi pengeluar produk tenusu yang terbesar di China dan menduduki tempat pertama di Asia menurut "20 Terbaik Produk Tenusu Global" Rabobank 2018. Yili ialah satu-satunya syarikat tenusu yang menawarkan perkhidmatan untuk kedua-dua sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk. Menggunakan teknologi, Yili menyasarkan untuk membina platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerjasama penyelidikan industri-universiti yang terkemuka di dunia untuk industri makanan kesihatan. Yili dianugerahkan "Amalan Terbaik China" atas pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh UN Global Compact, inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia pada tahun 2017, dan menduduki tempat ketiga dalam senarai "50 Terbaik Jenama Makanan Paling Bernilai di Dunia" oleh Brand Finance pada tahun 2019. Kumpulan ini secara proaktif mendapat sumber susu berkualiti tinggi dari kawasan jalur emas di Asia, Eropah, Oceania dan benua Amerika serta menyasarkan untuk menjadi penyedia makanan sihat yang paling dipercayai di dunia. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190919/2585951-1-b?lang=0

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages New products/services