omniture

Huami Perkenal Amazfit X - Produk Konsep Baharu

Huami
2019-09-21 00:22 596

Acara pelancaran produk "Pergerakan Pintar" membawa kita teknologi skrin melengkung Amazfit yang baharu untuk produk konsepnya iaitu Amazfit X.

Sorotan:

  1. Amazfit memperkenalkan produk konsep skrin melengkung HD yang baharu.
  2. Skrin mempunyai resolusi 326ppi dan 100% penepuan warna NTSC.
  3. Amazfit X akan dilancarkan pada 2020.

BERLIN, 21 September 2019 /PRNewswire/ -- Huami (NYSE: HMI), iaitu teknologi yang tersenarai di AS telah menjalankan acara pelancaran produk yang sangat berjaya tahun ini di IFA di Berlin. Selepas kemunculan pertama kalinya di peringkat antarabangsa di MWC pada tahun ini, syarikat ini memperkenalkan produk konsep Amazfit X di Berlin.

Amazfit X: Skrin Melengkung Fleksibel 92° | Resolusi HD 326ppi | Kecerahan 430nits | 100% Penepuan Warna Tinggi NTSC | Paparan AMOLED 2.07" | Bateri Litium Melengkung 7-hari [1] | Badan Logam Sepenuhnya

Walaupun produk ini hanya akan dilancarkan pada 2020, Mr. Wang Huang, iaitu pengasas, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Huami menjelaskan rupa produk dan beberapa spesifikasi teknikal seperti Skrin Melengkung Fleksibel 92°. Skrin melengkung 2.07-inci baharu yang diuji pada masa ini, telah menunjukkan keputusan dalam makmal menakjubkan seperti 100% penepuan warna NTSC dan skrin dengan kecerahan 430 nit.

Skrin resolusi HD 326ppi juga datang dengan bateri litium melengkung dan papan induk 3 bahagian yang disambungkan melalui FPC untuk disesuaikan pada badan melengkung jam. Teknologi dan proses untuk melenturkan kaca adalah sangat rumit, yang mana ia mesti dipanaskan sehingga 700°C. Selain daripada itu, jam ini tidak akan mempunyai apa-apa butang fizikal demi untuk menghasilkan satu badan yang licin; sebaliknya, ia akan dilengkapi dengan butang sensitif tekanan tersembunyi yang bertindak balas terhadap sentuhan.

Akhir sekali, bateri peranti 220mAh akan bertahan kira-kira 7 hari[¹]. Badan melengkung akan muat pada pergelangan tangan dengan kedudukan yang lebih selesa. Kelengkungan ini juga memberikan skrin yang lebih besar, kira-kira 244% paparan lebih besar berbanding peranti boleh pakai yang lain dengan saiz yang sama, yang membolehkan pengguna melayari lebih banyak maklumat.

Lebih banyak ciri-ciri dan fungsi Amazfit X boleh didapati pada masa depan apabila produk menghampiri hari pelancarannya.

Pastinya sebuah peranti boleh pakai baharu yang dicari-cari ramai pada 2020.

Media
Untuk menghubungi jabatan Perhubungan Awam Huami, sila hubungi raul@zepp.com
Untuk memuat turun imej Amazfit X, sila klik di sini.
Facebook / Instagram / Twitter / Web

[1] Berdasarkan ujian makmal. Jangka hayat bateri adalah berbeza bergantung pada penggunaan.

 

Source: Huami
Related Stocks:
NYSE:HMI
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news