omniture

HUAWEI CLOUD Luncur Perkhidmatan Awan 43 dikuasakan Ascend Pesatkan Kecerdasan Perusahaan

HUAWEI CLOUD
2019-09-23 07:49 433

SHANGHAI, 23 September 2019 /PRNewswire/ -- Pada hari kedua HUAWEI CONNECT 2019, Huawei secara rasminya mengumumkan peluncuran 43 yang dikuasakan oleh pemproses Ascend. Melalui perkhidmatan ini, Huawei menyasarkan untuk menyediakan kuasa perkomputeran unggul bagi menjadikan perkomputeran dan kecerdasan awan tersedia untuk semua. Hou Jinlong, Presiden Produk & Perkhidmatan Awan & AI Huawei, menyampaikan ucap utama memulakan peluncuran itu.

Dalam ucap utamanya, Hou Jinlong mengumumkan 43 perkhidmatan awan AI baharu yang dikuasakan oleh pemproses Ascend sudah bersedia untuk "memberikan kuasa perkomputeran luar biasa dan memberi kemampuan AI inklusif." Antara perkhidmatannya, Pelayan Awan Elastik AI (ECS) menambah baik prestasi lebih daripada dua kali ganda dan digunakan secara meluas dalam inferens AI, latihan AI, dan latihan pemanduan autonomi. Perkhidmatan inovatif peneraju industri yang lain termasuk:

  • ImageSearch dan Moderasi Kandungan dinaik taraf berasaskan pemproses Ascend 310 menyediakan prestasi lebih tinggi pada kos 30% sahaja, yang terendah dalam industri. Tambahan lagi, integrasi perkakasan-perisian dalam melalui pengendali pesatan imej perkakasan khusus, juga pembangunan semula seni bina dan pemampatan model, menambah baik kecekapan pemprosesan imej dengan hebat. Ini mengurangkan keperluan beban kerja dan membersihkan persekitaran rangkaian.
  • Graf Pengetahuan kelas perusahaan pertama industri membantu pakar menambah baik kecekapan pembangunan graf pengetahuan pada kadar lebih 70%. Model berpacukan pengetahuan yang inovatif memudahkan proses perniagaan dengan memastikan graf pengetahuan boleh dikembangkan dan dikemas kini dengan mudah. Model ini juga membolehkan pengesktrakan pengetahuan sehenti, pemetaan, penumpuan dan pengurusan kitar hayat penuh. Dengan pemproses Ascend, puluhan bilion entiti dan ratusan bilion perhubungan boleh disoal dalam beberapa saat.
  • Perkhidmatan awan pemanduan autonomi Octopus HUAWEI CLOUD bergantung kepada platform data raya CarbonData Huawei. Octopus cekap memproses jumlah besar data, menyetor data ujian panduan tahap PB, dan menyokong dapatan semula ratusan juta rekod data dalam beberapa saat. Berasaskan pemproses Ascend 310 dan 910, Octopus menyediakan peralatan automatik (pemprosesan data, latihan dan simulasi) sepanjang proses pemanduan autonomi. Ini memesatkan kekerapan lelaran algoritma pemanduan autonomi dari berbulan-bulan ke berminggu-minggu dan membantu perusahaan kenderaan membangunkan produk pemanduan autonomi dengan pantas.

HUAWEI CONNECT 2019 ialah satu acara induk tahunan dihoskan oleh Huawei untuk industri ICT global, dan diadakan di Shanghai dari 18 hingga 20 September 2019. Tahun ini Persidangan bertemakan "Kecerdasan Lanjutan" dan bermatlamat untuk mengasaskan platform kerjasama, terbuka dan milik bersama untuk pelanggan dan rakan kongsi bagi meneroka peluang baharu untuk masa depan pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:

https://www.huawei.com/en/press-events/events/huaweiconnect2019?ic_medium=hwdc&ic_source=corp_event2_hc2019

Latar belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global terkemuka infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan peranti pintar. Dengan penyelesaian disatukan merentas empat domain utama - rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan - kami komited untuk membawa pengalaman digital kepada setiap individu, rumah dan organisasi untuk dunia pintar dan terhubung sepenuhnya.

Portfolio hujung ke hujung produk, penyelesaian dan perkhidmatan Huawei berdaya saing dan juga selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai sepanjang hayat untuk para pelanggan kami, berusaha untuk memberdayakan manusia, memperkayakan kehidupan kediaman, dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi.

Di Huawei, inovasi berfokuskan keperluan pelanggan. Kami membuat pelaburan besar dalam penyelidikan asas, bertumpukan penemuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 188,000 pekerja, dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Diasaskan pada 1987, Huawei ialah sebuah syarikat persendirian dimiliki penuh oleh para pekerjanya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

https://www.linkedin.com/company/huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei

Source: HUAWEI CLOUD
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news